arita Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.
Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.
Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung pedalaman. Gambar hisan.
Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi.
Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains.
Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.
Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.
Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.
Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Esa, Batu Pahat, Johor.
Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun.
Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.
Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.
Namun, setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.
Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal.
Setiap tahun, kementerian membuka permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat permohonan berbelas-belas kali.
Cikgu Idayu reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.
Di sepanjang proses permohonan itu, dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal.
Pertengahan tahun ini apabila rayuan pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kenal dengan beliau.
Sambil jari jemarinya mengisi borang itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.
Beberapa hari lalu keputusan diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun, permohonannya ditolak sekali lagi.
Permohonannya untuk bersatu di bawah satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal.
Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan, sedang menerima rawatan akibat tekanan.
Lebih tertekan, setelah tujuh tahun berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. Kerana itu saya mahu duduk berdekatan dengan suami saya…”
Sebagai penulis, saya tidak pasti di mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini.
Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya – mengadu kepada saya, setelah segala usahanya selama ini gagal. Mengadu kepada saya adalah jalan terakhir beliau.
Tulis beliau kepada saya: Keluarga kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya minta tolong dengan menteri-menteri UMNO, takda satu tandatangan mereka yang laku… jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa.”
Kisah Cikgu Idayu, saya anggap adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa.
Bagi saya dalam puluhan ribuan guru di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru baru setiap tahun, apakah sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham dengan sistem proses pertukaran itu.
Mereka memberi alasan pengkhususan saya sudah penuh di Terengganu,” katanya.
Jika satu, dua tahun mungkin kita boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula?
Apakah semua pihak mahu melihat Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya?
Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri-menteri serta timbalan-timbalannya, tolonglah teliti kes ini.
Saya berharap janganlah dihukum Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.
Saya difahamkan Kementerian Pendidikan memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu Idayu ini boleh diselesaikan.
Jika ini pun susah hendak diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara maju? -suarainsan
Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Mohon pihak KPM turun padang !
BalasPadamSabar lah, kerana semua manusia pasti diuji. DIA lebih mengetahui. Bukan kamu sorang aje. Belum ade rezeki.
BalasPadamSuami nenek ketika anak berumur 1 thn berpisah dgn nek, kerana suami bertugas di seberang. Masa tu tak de hp, tak de tambang murah air asia.
Suami tinggal di kuarter, habiskan masa lapang mendalami agama, begitu juga nenek. Suami balik sesekali , dan dalam susah2 & ujian tu, kami dapat anak2 pun masih tak tinggal sama.
Anak2 tak rapat dgn ayah mereka, tapi mereka faham pengorbanan kami cari rezeki kerana Allah. Bila anak2 & org2 muda sekarang mengeluh, kami ada modal untuk respond & beri motivasi , Itu belum lagi org dulu2 yg lahirkan anak2 sampai >10, tapi mereka sangat sabar & makin dekat pada Allah.
Susah2 dulu adalah pengalaman yg sangat berharga, dgn syarat ujian tu tak menyebabkan kamu berputus asa, jadi negatif serta jauh dari Allah.
InsyaAllah Allah akan beri kelegaan pada masa yg sesuai di sisiNya, dalam pada tu, ujian2 lain akan datang hingga tua & renta & sampai akhir hayat, tu baru di dunia.
InsyaAllah kamu bisa menghadapinya, sbb bekalan & ilmu yg kamu cari & dapat masa susah & tak putus asa.
Sekarang banyak bas express, kamu masih muda, sihat, tak de hal. Zikir banyak2 dlm bas.
Usaha teruskan, dekatkan diri pada Allah, berdoa & tawakkal.
nek ckp sonang,tp yg menanggung tu lg berat bahu memikul
Padaminilah kerenah yang terpaksa dihadapi oleh guru2, begitu juga saya dan pasangan yang sama2 bertugas sebagai pendidik. walau 2 tahun memohon tapi masih gagal. kami dari kedah ingin pulang ke terengganu kerana rumah dan tanah yang dibeli sejak 4 tahun telah siap. saya terpaksa menanggung kos pinjaman perumahan di terengganu dan kos sewa rumah di kedah. yang hairannya ada kawan2 guru yang bersuamikan askar, senang2 jer dapat tukar. sekali minta terus dapat. ada kawan (guru)saya yang 10 kali bertukar sekolah dan negeri kerana mengikut suami pegawai askar. memang mudah sgt! kenapa saya dan isteri sebagai pendidik di anak tirikan oleh kementerian kami sendiri....
BalasPadamsaya merupakan seorang guru...saya memang dapati pegawai atasan di putrajaya nii kebanyakannya tiada
BalasPadamkebijaksannan menyelesaikan masalah....senang cerita pegawai IQ
tiada.....saya pernah diposting sebanyak 3 kali dalam setahun masa mula mula kerja sebagai guru....kerana kecuaian pegawai posting kan saya di sekolah yg sudah cukup guru.......
Kasihan cikgu idayu..tapi knapa suami cikgu idayu tak mintak tukar ke johor. Bukankah suaminya kerja wardar penjara. Saja nak tanya?
BalasPadamTak yahlah nak jual nama umno tu.. org yg simpati jadi menyampah.. diam2 udahlah.. usahakn suami pindah ke johor. Sungguh2.
BalasPadamKat johor nipun ada penjara. Kluang aje ada 2 penjara..
Kalau cikgu Idayu itu anak kroni UMNO, sudah tentu dia akan ditugaskan di sekolah depan rumah.
BalasPadamSaya pun pernah mengalami kisah yang hampir sama dengan cikgu Idayu. Mula-mula di kawasan pendalaman Sarawak, habis itu ke sebuah sekolah yang jauhnya 120 km dari rumah. Lepas itu 52 km. Akhir-akhirnya naik berang dan terus letak jawatan.
Menteri cakap bohong.Dia baca apa yang pegawai tulis saja depan wartawan.
BalasPadamSebenarnya semua negeri di Malaysia ada kekosongan guru sekolah menengah dan rendah.
Menteri pun kena jual dengan pegawai dari kemeterian sahaja.
Pegawai cuba hendak tutup tembelang kelemahan mereka.Sebab itu dilaporkan negeri yang ada kaitan dengan isu ini katanya tak ada kekosongan.
Begitulah pemimpin dan Menteri buat kerja tipu rakyat.
Kalau masaalah yang amat kecil ini tak boleh tolong susahlah nak cakap.
Sekarang ramai Menteri Temberang yang di payungi pegawai bermuka-muka.
Kesian pada guru ini.
isteri saya setahun mengajar di papar,sabah.lepas tu dipindah ke bagan serai perak, smk Abu Bakar al-baqir selama 5 tahun.saya kat kelantan, berulang alik ke perak.nasib baik dalam sekolah ada kuaters, naik bas express sampai kat kemunting 3.30 pagi,lepas tu naik teksi cas sampai rm25..sampai disekolah, pengawal kadg2 tertidur, terpaksa la panjat pagar sekolah..
BalasPadamjom cikgu2 dan semua kakitangan awam yg tak puas hati dgn kementerian masing2, kita sokong pakatan rakyat. jgn lg sokong bn yg suka menipu dan membenankan rakyat. pilih la kerajaan yg menjaga kebajikan rakyat.
BalasPadamPuan Idayu,
BalasPadamMungkin rezeki puan di negeri Johor kot? Kalaulah kita sentiasa berfikir bahawa ini adalah kehendak Allah swt, insyaallah, hati kita lebih tenang.
Saya setuju dgn Anon Nov 30, 10.12 am, bawa berzikir banyak-banyak dan solat sunat banyak-banyak. Insyaallah, selesaikan perasaan sakit hati dan sakit jiwa.
Bagi Anon Nov 30, 10.18 am, duduk di Kedah (laki bini pulak tu). Yang hangpa galak sangat pi beli rumah kat Terengganu tu buat apa? Itu adalah tindakan sendiri yang menyusahkan diri sendiri. Masalah hang tu beza dengan Puan Idayu, tau. Dua perkataan saja, PADAN MUKA.
Tumpang tanya. Di Malaysia ni ada satu penjara saja ke iaitu di Dungun, Trengganu? Wahai suami Cikgu Idayu, selama 8 thn berjauhan dgn isteri, x bolehkah anda bertindak? Fikir2kanlah sbb murid darjah satu pun tahu yg jumlah penjara di Malaysia ni ada banyak juga...
PadamApa blh buat, KPM lebih - lebih lagi menteri pendidikan mana peduli hal mcm ni. Dengan tambahan lagi tiada had pengambilan guru baru, adalah mustahil utk guru lama nak pindah sebab kekosongan tersebut terpaksa diisi olh guru baru yg for sure terpaksa berhijjrah.
BalasPadamDgn menteri skg kerjanya berbusiness dgn rakyat, sampaikan ke pencen takkan dpt berpindah ke tempat asal.
Anda semua silap KPM , Menteri dan pegawainya bertaraf dunia..guru yg tidak bijak..
BalasPadamDorg ni kalau "diulur" sikit laju la kerjenye.. Klu setakat mohon isi borang je..
BalasPadamMmg jawabnye borang tu berhabuk dlm almari la jawabnye.huhu..
#TurutSimpatiDenganCikIdayu#