30 Nov 2013

Isteri Curang Berzina Dua Kali Sehari Dengan Majikan

Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.

Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.

“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.

“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.

“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.

Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.

“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.

“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.

6 ulasan:

  1. Jika benar kejadian itu, cepat cepatlah berpisah supaya pompuan tu dapat bersama kekasihnya

    BalasPadam
  2. kejadian2 seperti menyebabkan sang suami lain asyik berprasangka buruk kepada isteri bekerja..

    BalasPadam
  3. asyik-asyik suruh laki ceraikan isteri dia yg baik punya kongkek dgn laki lain..

    apa cite dlm hukum islam...kalu lelaki dan pompuan bujang berzina--hendaklah dirotan 100 kali...manakala lelaki dan pompuan yang telah berkahwin dan melakukan zina- apa dia hukuman dia...direjam sampai mati..la nie...ikat jamin bayar denda 100-1000-10000-100000 ribu itu aje ke? alangkah murahnya hukum ALLAH S.W.T diperkotak-katikan oleh Manusia Yang Mengaku Beriman Kepada ALLAH S.W.T..

    patutlah bala datang menimpa-nimpa negara 1malaya ku ini...jadikan padang jarak padang terkukur pun bagus jugak...ingatan untuk diriku dan segala manusia ISLAM!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku sokong 100%....30/11/2013-2/12/2013 bodoh nya org sokong yg buat salah..

      Padam
  4. mamak putera indah juga curang dengan isteri orang dari parit sulong apabila suami perempuan tu kerja luar di singapore

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.