1 Sep 2013

Seorang Kakitangan Awam Maut Terjun Hotel


Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.

“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya. -HM

9 ulasan:

  1. Nauzubillah! Takutkan manusia melebihi takut kpd. Allah.

    BalasPadam
  2. Saya takut mati...banyak dosa2 saya..post ni myedarkan yg saya masih ada peluang bertaubat sbelum mati..bertaubat secepatnya mungkin esok kita mati jangan lalai dgn dunia

    BalasPadam
  3. Pegawai penjawat awam Grade 1 boleh lepas kalau kow tim.

    Kalau pegawai polis nak kena tangkap mungkin ditembaknya pegawai jabatan agama.

    BalasPadam
  4. Pegawai penjawat awam Grade 1 boleh lepas kalau kow tim.

    Kalau pegawai polis nak kena tangkap mungkin ditembaknya pegawai jabatan agama.

    BalasPadam
  5. Kes orang melayu lagi......

    Sedih, orang melayu masih berfikiran jahiliyah.

    BalasPadam
  6. Satu lagi kes orang yang beragama Melayu. Kalau dia beragama Islam semestinya dia tak akan buat perkara sedemikian.

    BalasPadam
  7. Cakap biar berlapik broo. Entah2 mamat nie tergelincir masa nak melarikan diri bukannya sengaja terjun !

    BalasPadam
  8. Kesian hamba Allah ini, mudah2an dia sempat bertaubat & insaf, tapi bgaimana pemimpim2 negara kita yg terang2 melakukan kezalimam thdap rakyat bawahan, berterusan dgn sengaja pula tu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.