26 Sep 2013

Pelakon Anita Baharom Lebih Tenang Selepas Bertudung


Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri ‘Dunia Baru’, Anita Baharom mendedahkan yang dia kini berasa lebih tenang selepas mengenakan tudung semenjak beberapa bulan yang lalu.

“Alhamdulillah, kini selepas bertudung, saya rasa lebih tenang. Sebenarnya, saya sudah lama berniat untuk mengenakan hijab. Namun saya tak tahu bila masanya.

Beberapa bulan yang lalu, suami saya yang merupakan seorang penerbit di sebuah stesen televisyen menjalani penggambaran di Tanah Suci Mekah dan perubahan saya bermula selepas mendapat pengalaman di sana,” jelas Anita memulakan perbualan.

“Hati saya tergerak untuk mengikut sekali suami saya ke sana. Tujuan saya bukanlah hendak ‘kacau’ suami menjalani penggambaran tetapi saya memang sudah lama pasang niat ke Mekah.

Alang-alang suami saya mahu ke sana, jadi saya sudah mempunyai mahram untuk menunaikan ibadah Umrah. Alhamdulillah, saya mula mengenakan tudung ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Mekah sehinggalah ke hari ini,” ujar Anita lagi.

3 ulasan:

  1. Ramai dari golongan artis yang mula bertudung. Dikatakan mahu berubah terus sebagai muslimah bertudung. Ada yang betul tapi ada juga yang kantoi.

    BalasPadam
  2. Akak yg sebelah umah akupun nak gak bertudung......tp tak tau bila jugak. Ada sorang lagi akak tu aku ingat dah takder lama dah....rupa2nya dia dah bertudung lama dah. Patut tak perasan pun kat dia..........fikir2lah....
    Tutup aurat tu wajib, bkn kene tgu masa....tp syukurlah akhirnya ttp juga. Cuma jgn sbb ikut trend lah....skrg ni ramai sgt yg bertudung mcm2 jenis menyanyi......

    BalasPadam
  3. Sama ada semua artis continue bertudung atau tidak yang pastinya Aurat wanita bukan sekadar bertudung tetapi merangkumi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak wanita.

    I sengaja katakan ni kerana banyak wanita di luar sana beranggap bertudung sahaja sudah kira menutup aurat dan kalau hanya bertudung sahaja semua wanita pun boleh buat. Ingat tubuh badan wanita juga dikira sebagai aurat.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.