Khalid Ibrahim jangan lupa budi PAS - Shahbudin Husin
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terlihat tidak matang apabila seakan-akan melenting dengan teguran Pemuda PAS Selangor yang mempersoalkan kemerosotan pasukan bola sepak negeri itu sehingga gagal masuk ke peringkat suku akhir dan mengaitkannya dengan kekurangan penajaan dan menyebabkan ramai pemainnya berhijrah ke pasukan lain untuk musim depan.
Dalam jawapan balasnya terhadap kritikan Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan itu, Khalid menjelaskan bahawa syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) menyalurkan kira-kira RM7 juta setahun kepada pasukan bola sepak negeri atau dalam erti kata lain melebihi kos pembinaan sebuah masjid.
"Bermakna adakah Pemuda PAS berminat kita buat masjid atau menggalakkan bola sepak. Kita kena buat pilihan," kata Khalid lagi.
Sesiapa pun yang membaca kenyataan Khalid itu pasti akan geleng kepala, kalau pun tidak memaki dan menyumpah seranah terhadapnya. Apa kaitannya pembinaan masjid dengan pembangunan bola sepak? Penasihat kerajaan negeri Selangor, Anwar Ibrahim yang sedang berada di luar negara sekarang juga pastinya turut geleng kepala dan sedikit terganggu percutiannya dengan kenyataan Khalid yang tidak matang dan dan separuh masak itu.
Dalam erti kata lain, jika sebelum ini ada menteri yang mengatakan tukarlah makan ikan dan daging kerana harga ayam sudah mahal, tanamlah sayur kerana sayur mahal, pindahlah ke luar negara atau duduk dalam hutan jika tidak setuju dengan undang-undang dan sistem pilihan raya, jangan beli rumah jika rumah begitu mahal, gula akan dinaikkan harganya kerana rakyat banyak penyakit kencing manis dan sebagainya lagi, ternampak bahawa Khalid juga sudah dijangkiti aliran pemikiran yang sama sekarang ini.
Tiada jauh bezanya beliau dengan menteri-menteri Umno yang selama ini mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal dalam sesuatu isu yang melibatkan rakyat.
Khalid jelas tidak boleh ditegur dan dikritik sedangkan niat Pemuda PAS membuat teguran itu adalah dengan niat yang baik, lebih-lebih lagi pasukan Selangor adalah pasukan yang hebat dengan sejarahnya sebelum ini dan kegagalan memasuki peringkat suku akhir adalah sesuatu yang memalukan.
Jika tidak dibendung dan tidak diperbaiki segera serta pemain bola sepak yang berbakat pula dibiarkan dipancing oleh pasukan lain yang mempunyai dana lebih besar, tidak mustahil musim depan pasukan Selangor lebih merosot prestasinya dan mungkin untuk masuk ke pertandingan Piala Malaysia pun tidak layak.
Dalam hal ini, teguran dan kritikan Pemuda Selangor tidak ada salah dan celanya, lebih-lebih lagi PAS dan PKR bersama-sama berada dalam Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan negeri Selangor sekarang ini.
Teguran Pemuda PAS tentunya bukan saja kerana merasakan mereka adalah rakan dalam gabungan tetapi juga kerana Khalid dan kerajaan negeri selalu berbangga sebelum ini dengan kemampuan mengumpulkan rizab tunai melebihi RM2 bilion yang digambarkah sebagai tanda aras pentadbiran yang cekap, berhemah dan telus.
Tetapi tentunya tiada gunanya berbangga dengan rizab sebanyak itu jika untuk pembangunan bola sepak pun terlalu berkira dan menjadi haji bakhil sehingga digambarkan jika pembangunan bola sepak terpaksa menggunakan dana yang melebihi RM7 juta, maka pembinaan masjid akan terjejas.
Bukankah antara tujuan berjimat cermat dan mengumpulkan tabungan itu supaya akhirnya duit itu dapat dibelanjakan untuk faedah rakyat dan kepentingan negeri dan membangunkan bola sepak serta mencipta kejayaan adalah juga sebahagian daripada usaha kerajaan negeri yang membangkitkan rasa banggga di hati rakyat.
Tentulah lebih membanggakan lagi jika di ketika bola sepak terus mahu, syiar Islam dan pembinaan masjid juga tidak tergendala.
Tolonglah Khalid, janganlah buat lawak yang membuatkan rakyat jadi meluat. Perbandingan antara bola sepak dan masjid langsung tidak kena dan memalukan rekod serta prestasinya sebagai tokoh korporat dan pentadbir yang dibanggakan selama ini.
Kalau pun mahu membuat perbandingan, janganlah bandingkan bola sepak dengan masjid. Macam menghina agama pula bunyinya dan seolah-olah mengeluarkan lebih daripada RM7 juta untuk bola sepak merupakan suatu dosa besar sedangkan ada tabungan berjumlah RM2 bilion. Apakah rizab tunai RM2 bilion itu mahu disimpan dalam bank saja?
Kenyataan Khalid ini turut menimbulkan rasa kurang senang Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali yang segera menyindir dalam Twitternya dengan antara lain menulis, "jom kita bermain bola sepak dan jangan lupa ke masjid" dan "tahniah PKNS FC, tapi jangan lupa ke masjid".
Di kalangan rakyat biasa juga ramai yang bersungut dan mencebik bibir kepada Khalid atas kenyataan tidak matang dan sikap haji bakhil yang ditunjukkan itu. Malah ada yang bertanya, apa sudah jadi Khalid sekarang sedangkan dulu sikap dan perangainya tidaklah sebegitu?
Dalam menempelak Pemuda PAS yang berniat baik membuat kritikan demi pembangunan bola sepak negeri Selangor serta dalam masa yang sama membuat perbandingan tidak logik antara bolas epak dan masjid, Khalid juga seharusnya tidak lupa bahawa kerusi yang didudukinya sekarang ini adalah atas ehsan PAS juga berikutan PAS menang lebih banyak kerusi berbanding PKR dalam pilihan raya umum lalu.
Hanya atas dasar kesepakatan dan memikirkan PAS sudah ada Kelantan untuk ditadbir dan DAP ada Pulau Pinang, maka persetujuan diberi kepada PKR untuk menjadi Menteri Besar di Selangor supaya masing-masing mempunyai kuasa yang seimbang dalam Pakatan Rakyat.
Tetapi melihat cara Khalid melibas Pemuda PAS seolah-olah beliau terlupa budi dan jasa PAS itu. – shahbudindotcom
Aku sokong khalid bab nie... Pemuda PAS yang bongok..keluakan statement..cuba belajar untuk tanya sendiri khalid secara tertutup..johor bole beli pemain sebab bukan duit kerajaan negeripun... RM7juta dah cukup nak tambah berapa lagi? 200juta ker..itukan duit rakyat bro.. PAS dah bercelaru sebab ulamak bangang da masuk dan mencucuk jarum.. bezakan prof dgn ulamak..nie semua bullshit...yang bersama akar umbi,TURUN KE JALAN RAYA masuk penjara keluar penjara yang sanggup berjuang majoriti BUKAN ULAMAK. Ulamak PAS majoriti sembunyi belakang jubah dan serban...
BalasPadamApa ni ko anon 9.19. Macam tak matang je bercakap. Lansung takde adab sopan je. Wa rasa lu bukan pkr atau dap lebih2 lagi pas. Sebab ahli pakatan tak bercakap sebusuk itu. Macam kurang ajar je cakap. Selalunya yg bercakap macam ni adalah orang omno je yg aku tau lah. Oleh itu...ko ni jangan menyebuk kat blog PR ni ko pergi ke blog papagomo ke atau blog parpukari kat situ boleh lah ko maki hamun macam mana pun yg ko suka.
Padambisa la dah lama duduk kerusi empok PAS sabar aja la... p/raya 14 nanti.
BalasPadamYg saya faham, maksud MB tu dia dah bagi peruntukan RM7 juta (lebih dri peruntukan masjid).
BalasPadamPrestasi bukan hanya pada RM yg diperuntukan, berkaitan dgn hal lain jugak
Mungkin beliau xminat bola/sukan, maka ia tidak meletakkan kepentingan di situ
Waallahualam
My2cents
Harap PAS jangan sibuk-sibuk mengungkit itu ini. Kalau benar sepakat bantulah MB yang pada pandangan saya menjalankan peranan dengan baik.
BalasPadamsebagai MB, beliau berhak utk tegurkan..napa tulisan sini mengatakan MB lupakan budi PAS apa bendanya, Pas yg lebih terhutang budi kerana PKR lebih pandai menghormati kwn2 sama PR, sebelum ni PKR dominan di Selangor, PAS menyuburkan dia sesenang hati sbb tu leh tambahkan ADUN dia. Sedangkan negeri2 lain bila Pas dominan, PKR susahnya nak berkembang..sedangkan Pas x berapa diterima kebanyakan, Pas terus nakkan lebih kawasan..PAS lebih sanggup kalah, asalkan calon dia yg bertanding..Pas suka gunakan jarum2 dibelakang utk cucukkan kwn2 lain..
BalasPadamAku sokong PAS tapi banyak pemudanya akal pendek terbawa2 perangai UMNO. Nak jadi pasukan yang baik bukan semata2 minta duit kat kerajaan negeri. Peruntukan bola sepak untuk segelintir orang shj walaupun peminatnya seluruh negeri Selangor. masuk stadium still kena bayar. jadi pasukan kena la pandai cari sponsor lain. kalau bagi 10juta ke 20 juta pun ada yang masih rasa tak cukup kalau prestasi tetap buruk. Orang tak nak datang stadium. mana nak dapat duit. JDT belanja besar. tapi tetap bukan yang paling hebat dalam liga M. dengan PKNS pun kalah juga. jadi kalau pemuda PAS nak dilihat pandai cuba bagi proposal yang lebih baik dari nak pow duit kerajaan negeri lebih2. kalau idea baik orang akan sokong. Ingatlah budaya dalam penyokong PR (yang bukan ahli parti) tak akan ikut telunjuk orang atas memputa tuli, tapi ikut idea yang bernas dan selari dengan jiwa rakyat.
BalasPadamAlahai..yg hentam Khalid ni pun saja nk pecahkan kesatuan PR..tp syg GB pun bleh siar berita camni..duit rizab yg ada tu duit rakyat..utk digunakan pd rakyat..apa hebatnya bleh jd juara kalo rakyat nk pergi stadium pun sakit, xdak duit...kalo sblm ni Selangor berjaya pun, apa kesan langsung kpd kerajaan negeri dan rakyat?
BalasPadamIalah bw lah discuss baik2 bro.
BalasPadamKlau nak kluar statemen biarlah yg berintegriti.jgn ikut mnteri umno yg bodoh sombong ...
Kita kerap celupar. MB Selangor tu manusia mcm kita juga. Jgn kerana silap cakap sedikit kita hentam berapi2.Cuba bawa brtenang.
BalasPadamKenapa skang ni pemuda2 PAS mentality dah mcm puak2 umngok yea? Ketua pemuda pun 2 x 5
BalasPadamMkn duit haram jugak ke
-fread-
Aku tgk pemuda cuba nk tunjuk peranan sbg pemuda.. Khalid plak bg jawapan yg agak kurang berlapik.. Rakyat plak dok kena racun yg ikatan dlm pr ni tak kuat.. Pantang ada perbezaan pendapat, mesti ada mcm2 andaian (tak kira la dlm sebuah parti ke, dalam pr ke).. Kalau bn, siap komponen ugut nk kuar barisan lg.. Tp masih dilihat steady.. ni la punca pr nampak lemah dan diragui..
BalasPadamPemuda PAS ni bukan tau apa yang berlaku.ADUN PAS dari kalangan pemuda PAS pun bila dah menang terus tak tunjuk muka.Lagi teruk dari ADUN UMNO.Cari lah isue yang membina rakyat untuk di utarakan,bukan hal seperti peruntukan bola sepak yang tak penting ni.Apa guna kalau pasukan Selangor menang semua piala,tetapi kebajikan rakyat di abaikan.Dan peruntukan kepada pasukan bola di beri keutamaan,sedangkan duit tu boleh buat banyak lagi perkara yang dapat memberi kebaikan pada rakyat.Nampaknya Pemuda PAS dah hilang arah,kerena itu mereka berfikir macam UMNO.Jadi lebih baik kita undi UMNO pada PRU 14 nanti,sebab pemuda PAS pun dah berfikir macam UMNO.
BalasPadamAku sokong MB Khalid bukan kerana dia tu MB tapi pemikirannya yang waras. Pemuda PAS janganlah jadi bodoh dengan menyalahkan MB terutama dalam soal bola sepak ni. Apa kelebihan yang boleh didapati dengan kecemerlangan bola sepak berbanding kecemerlangan agama????
BalasPadamTeringat aku akan satu riwayat di zaman Nabi saw. Seorang sahabat Nabi telah mewakafkan tanahnya yang penuh dengan tanaman pokok kurma semata-mata kerana beliau tersyik dengan bunyi-bunyian burung di dalam kebunnya. Bukankah bola sepak ini telah melekakan begitu ramai remaja? Ramai yang tinggalkan solat semata-mata kerana bola sepak. Perkara ini adalah kenyataan yang tak mampu kita menafikan. Adakah pemuda PAS bangga dengan perkara-perkara seperti ini? Pemuda PAS harus ingat bahawa dalam mengejar kecemerlangan bola sepak, tidak harus ada "kos melepas". Lihat apa yang berlaku di Langkawi. Inikah yang dikatakan kecermelangan?
Sebagai muslim, mengejar kecemerlangan akhirat adalah keutamaan tanpa menjejaskan kecemerlangan duniawi. TAPI sekiranya kecemerlangan duniawi telah menjejaskan arah kecemerlangan akhirat, ianya harus dilepaskan sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat Nabi saw.
Nasihat kepada Pemuda PAS. Jangan ikuti jejak UMNO yang selalu menganjurkan aktivit-aktiviti yang mengasyikkan. Di hujungnya, siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka. Bezanya antara PAS dengan UMNO ialah PAS untuk agama Islam dan UMNO untuk Melayu. Ada faham????
Secara peribadi, dlm byk2 komen yg ini agak munasabah. Jgn sbb masalah bola, 2 negara berperang.
PadamIngatkah kita yg Yahudi ada perancagan sulit di sebalik "S"?. Song, Sport, Sex... Pernah tak dibuat kajian, yg tengok bola di stadium di negeri bawah PR, peratus yg tak solat dari asar, magrib dan isyak seterusnya subuh esoknya?. Saya jangka "MELAMBAK". Apa akan terjadi jika puak2 ni tub tub otw balik...berdentum dan innalillah..
So, tak pelah dgn apa yg ada. Biarlah org nak beli pemain Selangor. Anggap jer mcm BN beli pengundi PRU jer.
Maaf jika luahan saya ni menyusuk hati korang.
Harap ia dapat dielakkan berlaku kerana mungkin inilah salah satu sebab kenapa ada segelintar pemimpin PAS especially ulama nak pertimbangkan perjanjian antara PAS dengan PKR.
BalasPadamJangan hanya kerana ini PKR terpaksa diasingkan daripada perjanjian dan ini memberi peluang kepada parti munafik UMNO untuk berkuasa semula.
Sebenarnya..aku kecewa dgn PAS isu bola sepak boleh ko ckp seseorg tu tak ade semangat..fikiran mcm macai umno..dan lain2..sebenarnya otak ko tu yg dah di racuni dgn pemikiran umno! Jgn lah bertopengkan Islam semata2..kamu tahu kan sejarah BOLA SEPAK tu dtg dari mana????
BalasPadamDi harap pemuda PAS lebih bijak dalam memberi pandangan..kenapa mahu melenting kalau di beri pilihan masjid atau bola sepak?? adakah kamu juga semacai umno yg pentingkan duniawi?
Bacalah kitab...bola yg kau sepak tu asal usulnya adalah kepala para pejuang Islam yg di pancung dan di sepak kan sebagai permainan "Bola Sepak"..
Ulasan aku, jgn masuk PAS kerana nama ISLAM shaja kalau pemikiran kamu UMNO
BOLA NI BUAT GITU2 JE LAH.. BANYAK LAGI YG LEBIH PENTING... BANYAKAN N NAIK TARAF SEK AGAMA LEBIH UTAMA... KEMBALI LIHAT TUJUAN JIHAD SELAMA NI.. MENUJU AKHIRAT
BalasPadamSebagai Timbalan Ketua Pemuda
BalasPadamseharusnya ada banyak perkara lain
yang lebih penting harus
diketengahkan bagi menuju arah
perpaduan dan kesatuan ummah.
Seharusnya penyampaian sesuatu isu
kena ikut saluran, bukan boleh
cakap macam meludah ditepi jalan,
mana adab-adab sebagai seorang
pemimpin yang telah dilantik..
Cuba elakkan jalan-jalan yang
membawa keretakan dan
perpecahan... Berbaris-barislah
kesatu arah jangan sampai dalam
menyusun langkah kita terpisah..