9 Mei 2013

[VIDEO] Rafizi Mengaum: Kita Akan Buru Semua Yang Terlibat Dalam Penipuan PRU 13.


Pakatan Rakyat akan mencari semua yang terlibat di dalam penipuan semasa pengundian pada 5 Mei lalu termasuk Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seleweng dan pemandu bas yang membawa pengundi ragu.

“Bermula minggu ini, saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan menumpukan setiap satu saat hidup kami untuk mencari pencuri-pencuri undi kita,” kata ketua siasatan itu, Rafizi Ramli.

Rafzi, yang baru dilantik untuk mengetuai jawatankuasa khas siasatan itu, berkata usaha ini akan membuktikan kepada semua pihak bahawa wujudnya beberapa insiden penipuan dan penyelewengan pada PRU-13.

“Kita akan cari Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menipu, kita akan kejar pemandu-pemandu bas yang bawa pengundi asing ke tempat kita.

“Kita akan tunjukkan bukti satu persatu mengapa kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib wajar ditumbangkan kerana kerajaan haram,”
katanya dalam ucapan di perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat”

“Saya minta semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang tahu nilai keadilan, kita mesti tolak penyelewengan dan penipuan ini.

“Saya minta rakyat Malaysia membantu berikan bukti supaya kita cabar dia di mahkamah, di jalan, kita lawan mereka di Parlimen sampai menang,” katanya yang baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Rafizi turut akan berkerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) serta parti komponen Pakatan Rakyat bagi mencari bukti berhubung penyelewengan ini.

Pakatan percaya bahawa proses pengundian dan kiraan undi pada 5 Mei lalu penuh dengan insiden penipuan seperti ejen calon yang dihalang daripada mengawal kotak undi awal dan penglibatan warga asing sebagai pengundi.



20 ulasan:

  1. kah kah kah jgn mimpi lah rafizi dan penyokong pr semua. taida kerajaan haram didunia ini jatuh di pilihan raya... kesemua jatuh di jalan raya...Mesir, tunisia, Iraq.. libya..

    BalasPadam
  2. dulu ingatkan Azmin adalah pelapis kepada pimpinan DSAI kerana ketokohan dan semangat juang beliau tapi hari ini Azmin telah menunjukkan his true colour dan saya kagum dgn kegigihan anak muda bernama Rafizi ini dan seolah2 memberi petunjuk dialah org yg layak mengantikan DSAI suatu hari nanti.

    BalasPadam
  3. bayangkan jika TGNA takda,anwar takda dan LKS takda siapakah yang menjadi teraju perjuangan untuk membela hak rakyat dan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman ke atas rakyat??? Kami mencari orang sanggup berkorban demi mnjaga dan mempertahankan hak orang islam khasnya dan rakyat malaysia amnya. harapan kami hanyalah pada orang-orang yg TAKDA kepentingan dan agenda PERIBADI seperti Rafizi,Husam,LGE, Saifudin, Salahudin. jadilah seperti Hassan AlBana atau Jose Rizal yg pertaruhkan nyawa untuk hak rakyat......

    BalasPadam
  4. Rafizi menjadi ikon anak muda skrg selagi tidak bpaling tadah dlm perjuangan...

    BalasPadam
  5. RAFIZI JANGAN MENGALAH,TERUSKAN SIKIT LAGI PERJUANGAN KITE..

    BalasPadam
  6. AlhamduliLlah,
    Apbila diberi tugas anak muda ini tak banyak bicara, terus mencari jalan penyelesaian yang bermertabat dan mulia. Ke mahkamah kita, INGAT KES YONG TECK LEE di Sabah ia dikira tidak sah dankemenangan diberi kepada pihak lawan kerna menipu, merasuah danpengundi hantu.......
    Ayoh ramai-ramai beri sokongan ada bukti serahkan kepada team beliau.... Di jalan kita ada Chik Gu Bad di Dewan kita ada Rafizi..... Combinasi hebat.... Mahkamah tak tulus di jalan ada Pahlawan.
    Ayuh senua pendukong Pakatan, PKR, PAS & DAP BANGKIT BERI SOKONGAN.

    PERJUANGAN BELUM SELESAI....


    Tokwan Perak.

    BalasPadam
  7. Kerajaan tertegak secara penipuan,sogokan,ugutan,fitnah,media haprat adalah KERAJAAN DAYUS,KERAJAAN PONDAN,KERAJAAN HARAM JADAH tak selamanya kamu boleh menipu rakyat akan tiba masanya KERAJAAN INI AKAN TERLINGKUP samada Di Plihanraya seterusnya atau Porak Peranda di dalamnya.
    Penipuan tak selamanya bermaharajalela menipu mangsanya ,Dengan Kekuasaan Nya Kebenaran Mengatasi Penipuan akan tiba jua.Kalau dilihat analisis PRU lalu menampakkan undi yang kamu dapat semakin kurus Ini menandakan Spesis biru semakin menghampiri tarikh tamat tempoh .Tidak ada Kerajaan Akan Kekal Untuk Selama lamanya KECUALI Kerajaan Allah.Keredhaan Allah Yg Kami Mahukan Bukannya Keredhaan Manusia.

    BalasPadam
  8. Jom turun ke jalan raya

    BalasPadam
  9. Husam dah kena cantas kat Kelantan dah tinggal Rafizi je

    BalasPadam
  10. Memang berbaloi pilih Rafizi. kami restu usaha Rafizi untuk mengetuai misi Operasi Blackout 13. May the force be with you..

    BalasPadam
  11. Memang berbaloi pilih Rafizi. kami restu usaha Rafizi untuk mengetuai misi Operasi Blackout 13. May the force be with you..

    BalasPadam
  12. Memang berbaloi pilih Rafizi. kami restu usaha Rafizi untuk mengetuai misi Operasi Blackout 13. May the force be with you..

    BalasPadam
  13. nak tangkap kaki pelesit ni kena tangkap guru pelesit ni dulu dapat guru nya dapatlah anak murid nya alamatnya ramai pelesit yang akan kena tembak dihalilintar

    BalasPadam
  14. politik Malaysia akan hilang seri bila TNGA, LGE,LKS,DSAI mula menghilang...namun percayalah yang patah kan tumbuh dan yang hilang kan berganti ..ada dulu macam sokong ...tapi kini dah nak berpaling...biarkan.biarkan..biarkan...tapisan'filter' pakatan ini berjalan mengikut arus. Nanti kita 'rakyat' akan nampak JELAS SIAPA LAWAN /KAWAN/NAK JAWATAN DLL. ISLAM KAN GEMILANG DENGAN RAKYAT YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT. JANGAN PATAH SEMANGAT..TERUSSKAN PERJUANGAN .Moga Allah terus membimbing kita.

    BalasPadam
  15. Sesebuah parti yang tidak sah. ..haram menubuhkan kerajaan...chegu bard ngan rafizi tolong siasat sampai kerajaan yg haram ini dibubarkan....buat GE baru...insya allah

    BalasPadam
  16. Bukti yang dikehendaki sila pegi jumpa bagla2 yg bekerja disemua kilang2 dan estate yg employ pekerja bagla, krna bkn kesuma mrka akan menipu krna ada yg berckp benar dgn apa yang umno bagi pd mrka. sy dpt bckp dgn sorg bangla yg tak pegi krna tpaksa kerja pd hari tu.."dia kata mrka diberi ic dan dijanjikan blh terus bekrja dM'sia dgn syarat mengundi lambang dacing, mrka tdk tahu BN tu ape pun!Dan mrk diberi RM1,000 dan dibawa dgn Bus, sbyk 5 buah bus dsedikan utk kilang itu saja..belum lagi dikilang atau estate yg lain..perkara ini berlaku di Perak!!

    BalasPadam
  17. We support you rafizi..may the truth be revealed!

    BalasPadam
  18. baik lah rafizi.... cepat sikit tak sabar nak tugu apa outcome dia...

    BalasPadam
  19. Go rafizi go ..kemukakan data dan bukti... penipuan perlu dibuktikn.. kalau pru14 najib masih panjg umur pasti lagi hebat penipuannya..silap2 rakyat mongolia dbawa masuk

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.