Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sebagai akibat dari berlakunya ‘tsunami Cina’ disanggah oleh para pemimpin Umno sendiri.
Terbaru, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berpendapat adalah tidak wajar untuk mengaitkan keputusan PRU13 lalu sebagai isu perkauman.
Katanya, adalah tidak adil untuk menuduh dan menyalahkan kaum tertentu terhadap keputusan PRU13 lalu dan perkara itu tidak boleh dibiarkan berlaku.
“Kita tidak boleh membiarkan sebarang percubaan untuk menjadikan keputusan pilihan raya sebagai isu perkauman. Tindakan tuduh-menuduh dan menyalahkan mana-mana komuniti adalah tidak adil dan tidak memberi manfaat,” katanya.
Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa semua pihak berhenti dari menuding jari dan memainkan isu perkauman selepas PRU13, yang jelas merujuk kepada kenyataan Najib itu.
Khairy meminta semua pihak bertenang dan sesiapa pun tidak harus lekas membuat kesimpulan dan menyalahkan sesuatu kaum.
Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan bahawa bukan bangsa Cina sahaja yang memihak kepada pembangkang, perubahan juga berlaku di kawasan-kawasan bandar.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas di Parlimen Temerloh menggesa rakyat supaya menjauhi dari bersikap rasis berhubung keputusan PRU13 dan beliau yakin rakyat tidak mengundi berdasarkan sentimen perkauman.
Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, rakyat sebaliknya mengundi berdasarkan prospek pembangunan seperti isu-isu utama seperti insfrastruktur dan kebajikan.
Saifuddin berkata, walaupun beliau tewas di kawasan majoriti Cina tetapi para pengundi bukannya anti Melayu dan sama ada mereka mengundinya (Saifuddin) atau tidak, rakyat telah membuat pilihan yang bijak.
Apa lagi Cina mahu
Ketika diasak oleh para wartawan mengenai apa komen beliau tentang tajuk muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Apa lagi Cina mahu” Selasa lalu, Najib cuba mengelak dan menyatakan anda patut lihat apa kata akhbar-akhbar Cina pula, apa yang dilaporkan bukannya semua betul.
Kenyataan Najib yang berbaur perkauman ini adalah satu percubaan untuk menyalahkan orang-orang Cina yang ramai sudah beralih dan menyokong Pakatan Rakyat pada PRU13 dan beliau enggan menyalahkan diri sendiri maupun partinya, Umno-BN.
Mungkin kerana sudah menyedari akan kesilapannya, semalam Najib melalui Twitternya berkata, tugas beliau seterusnya adalah untuk mengharmonikan isu perkauman.
“Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu-isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan,” katanya.
Tetapi beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa bukan sahaja masyarakat Cina menolak kepimpinannya tetapi orang-orang Melayu dan masyarakat India terutama di bandar secara keseluruhan sudah menolak Umno-BN.
Jika diambil kira jumlah undi untuk Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ternyata BN telah tewas dalam PRU13. Untuk 222 kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat memperolehi 5,623,984 undi manakala BN memperoleh 5,237,699 undi.
Untuk 505 kerusi DUN pula, Pakatan Rakyat memperoleh 4,879,699 undi manakala BN memperoleh 4,513,997 undi.
Prestasi BN di bawah Najib juga merudum teruk berbanding prestasi BN pada PRU12 di bawah Abdullah Badawi. Semasa Pak Lah BN memenangi 140 kerusi parlimen dan semasa Najib BN mendapat 133 kerusi iaitu kehilangan sebanyak tujuh kerusi Parlimen.
Ini berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mendapat 82 kerusi Parlimen pada 2008, telah meningkat kepada 89 kerusi pada 2013; penambahan sebanyak tujuh kerusi.
Untuk kerusi DUN pula, semasa Pak Lah, BN memenangi 344 kerusi DUN tetapi semasa Najib, jumlah kerusi DUN yang dimenangi BN merosot teruk; tinggal hanya 275 kerusi.
Berbanding dengan prestasi Pakatan Rakyat, kerusi DUN yang dimenangi pada tahun 2008 ialah sebanyak 161 kerusi dan meningkat kepada 230 kerusi pada PRU13, pertambahan sebanyak 71 kerusi. -FMT
Sudah lah Pak Lah ... KJ ... hang pa berdua dah tak relevan lagi.
BalasPadamKena ingat Pak Lah ambil dari Tun M tahun 2004 dalam keadaan BN tip top tapi tahun 2008 merudum teruk sebab hang pa berdua lah.
Najib ambik masa BN dah terok dan dalam PRU-13 dapat rampas balik Kedah dan Perak. Lepas tu hang pa berdua masih nak kondem Najib pulak.
Pasai Tsunami Cina tu memang betoi kenape nak selindung2 lagi. Hang pa ada apa2 ka ... hang pa nak raih sokongan dari kaum Cina yg terang2 swing atau hang pa nak jatuhkan Najib. Please jangan buat kecoh lagi. Dok diam2 sajalah lg bagus. So tolonglah Najib kalau hang pa berdua sayangkan Malaysia dan UMNO.
nmpknye kata2 najib da x relevan oleh ahli partinye sendiri..
BalasPadamahaha
Kita bermain suatu permainan yang mana kita tahu dan sedari bahawa peraturannya berat sebelah tetapi kita tetap bermain. Yang hairan kenapa pihak yang menang "merajuk"?
BalasPadamSalahkah kebanyakan Cina tidak mengundi Melayu atau Cina dalam BN? Adakah dengan mengundi Melayu atau Cina dalam BN, barulah dikatakan bangsa yang bersyukur? Adakah dengan mnegundi Melayu atau Cina dalam PR dicop sebagai pengkhianat negara?
Aku memang sifat para penyokong tegar UMNO. Kadang-kadang kasihan melihat tutur depa seolah-olah tidak berilmu pengetahuan. Lebih suka berbicara dengan perasaan dari berbicara secar ilmiah.
Depa (Cina dan Melayu dalam BN) menuduh DAP menipu Cina dengan menjanjikan perkara-perkara yang tidak mungkin berlaku (pada mata depa)? Aku tak percaya sebab tak kan semua Cina di Malaysia ni "buta". Jangan lupa bahawa Cina ni ialah satu kaum yang cukup calculative. Sentiasa "mengira" untuk masa depan anak-anak mereka.
UMNO/MCA/... dalam BN sehingga hari ini masih tak faham akan tuntutan golongan muda hari ini. Yang depa tu timbulkan ialah perkauman. Sedangkan masyarakat hari ini amat benci pada ketidakadilan, rasuah yang melampau, kenyataan rasis yang bodoh dan bangang, jawapan pemimpin-pemimipin yang seolah-olah anggap rakyat ni bodoh, sombong dan angkuh pemimpin, cubaan rasuah rakyat dengan BR1M, cubaan merosakkan "mata hati" rakyat dengan mempersembahkan video-video fitnah seks, ...
Bila berbicara tentang video seks Tok Pa, yang kita hairan ialah kenapa pihak yang merakam video itu tidak menghubungi polis atau jabatan agama tetapi sebaliknya menghebohkan video tersebut di internet. Nampaknya niat jahat mereka. Sepatutnya depa panggil pihak berkuasa datang dan serbu tempat Tok Pa melakukan "kecurangan". Kan Polis tu budak suruhan depa. Kalau aku, aku akan tangkap Tok Pa secara "RED HANDED". Lepas tu, Tok Pa akan hilang terus dari arena politik negara.
Begitu juga dengan "sumpah" Kaki Dubur Pol. Manusia laknatullah ni sudah menggunakan kaabah sebagai tempat menabur fitnah. Inilah Melayu Pertama yang mempermainkan kaabah. Melayu yang lain .... ikut tumpang sama. Lepas ni, kita patut membuka TANAH PERKUBURAN MELAYU bagi puak ni sebab depa dah tak layak disimpan di TANAH PERKUBURAN ISLAM. Haramjadah punya manusia, buat malu umat Islam sejagat. Ya, Allah swt, ya Tuhan ku, kau binasakanlah manusia jahat ini. Tunjukkanlah kehebatanMu, ya, Allah swt agar tiada lagi manusia di Tanah Melayu ini mempermainkan agama Kau. Insyaallah.
Kelakar lah pic najib ni and that's so ironic bro! Hah jangan tahan aku under ISA pula sebb gelakan pic si najib ni, takan la takda demokrasi utk bgelak tawa dalam mesia kan heheh
BalasPadamSudah keluar dari Kandang sama , dulu kini dan selamanya sama aja perangai dan mentaliti nya.
BalasPadamBacul bah!
Beend dah tak relevan
BalasPadamPM terBODOH dan memBODOHEMBUKAN dulu
BalasPadamkini selamanya arwah paarti um NO yg telah diharamkan tapi menyambut 67thn
LEMBU um NO jga mengkhinati melayu slps menang diPPinang DULU menyerahkn
pd GERAKAN..dgn semangat setiakawan.
semasa kempen bangga dpt sokongan Cina dimana2.muhyidin jadi BODOH bila
diacah msyrakat cina tidak undi b end
jk tidak selesaikan masalah mereka.40
murid sekolah cina dpt rm3juta.sekolh
aku melayu smpai skrg makmal kompter pun xde sejak bapok hishamudin jd mpelajaran dn sebab tu fuad jg kalah krn ugut guru2 yg menetang rasuah,seleweng um NO
Najib Najib baik kau berundur sebelum rakyat gulingkan kau.. Tak lama dah Najib.. rakyat dah tak sabar dah ni
BalasPadamKalau korang perasan,macai upahan pun da start berkempen ikut kem tuan masing2....macai atas sekali tu kita boleh ketegorikan sebagai macai kem najib...da cemas la tu,da nak kena cantas cam yg dia buat kat Pak Lah dulu...Pak Lah amik dari Mahathir dalam keadaan UMNO da nak jatuh,rakyat undi sbb ingt dgn tercalon Pak Lah,ada la pembaharuan,tapi rupanya hampeh jgk
BalasPadamPM yang tak tahu MALU klu di negara lain Jepun atau Korea atau negara org putih bila rakyat dah tak mahu mereka terus letak JAWATAN
BalasPadamAnonymou May 9, 2013 at 6:21 PM...
BalasPadamBiar betul ko kata Pak Lah ambil BN dari Dr. M dalam keadaan tip top...
Piirah mabok...
PRU tahun 1999 menunjukkan penolakan orang Melayu kepada UMNO akibat dari tindakan Dr. M mengaibkan Anwar di khalayak ramai...
Dijangkakan BN akan hanyut dalam PRU tahun 2004 andaikata Dr. M masih memimpin BN pada masa itu...
Jadi kemenangan besar BN dalam PRU tahun 2004 tu lebih kepada menunjukkan kegumbiraan umat Malayu di Malaysia atas perletakan jawatan PM oleh Dr. M.
Diorang nie memang bodoh.. Pandai nak memaki nak mehamun. kalau berdebat tergigit lidah pulak..
BalasPadamkes bodoh. nak kacau DAP waktu pilihanraya. nak disqualifiedkan atas sebab kerusi eksekutif..
boleh tarik balik pulak. bkn sebab dap masuk PAS sahaja.
pasal UMNO lama & UMNO baru takut org complain. mcm ludah ke langit jer UMNOngok ni.. Dari peringkat atas sampai la macai peraih undi tempoh hari.. bercakap tak ikut akal. Semoga Allah tinggikan ilmu & iman kita semua. Amin
tak apa lah bro najib tak usah cakap banyak2,time to pencen for good,kalau menang tanpa penipun ok,tapi kalau asyik nak kelentong rakyat masa dah tiba utk pencen
BalasPadamNajib patut letak jawatan dari jawatan Presiden Umno.
BalasPadamNajib patut pencen secepat mungkin majoriti rakyat tak suka dia.
BalasPadamNajib cuba tutup Tsunami Penipuan SPR/UMNO?
BalasPadam