Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru orang ramai hadir yang akan hadir di Stadium Kelana Jaya malam ini (8 Mei) agar mengenakan pakaian serba hitam.
Menurut beliau, tindakan tersebut sebagai lambang protes kepada penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berlangsung Ahad lalu.
“Ini adalah satu langkah yang untuk membersihkan negara ini daripada penyelewengan dan penipuan pilihan raya, kini tiada peluang untuk pembaharuan tanpa pilihan raya yang adil dan bersih,” kata Anwar.
Semasa pilihan raya berlangsung baru-baru ini, BN dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pelbagai penyelewengan dan penipuan bagi membolehkan parti itu menang.
Antaranya termasuklah penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal, warga asing dan cubaan menyeludup masuh atau keluar peti undi dari tempat pengiraan.
Anwar: Perhimpunan esok permulaan sebuah pergerakan yang akan digeruni
Perhimpunan esok di Stadium Kelana Jaya adalah permulaan kepada satu pergerakan yang akan digeruni untuk membersihkan sistem pilihan raya negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, ia petanda satu lagi episod seperti “Reformasi” pada 1998 bakal berulang.
Anwar dalam sidang media hari ini memberikan amaran keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tampil membuat penjelasan atau berdepan kebangkitan rakyat.
“Ini (perhimpunan) adalah permulaan kepada pergerakan yang akan digeruni untuk membersihkan negara ini daripada salah laku dan penipuan dalam pilihan raya.
“Tidak akan ada perubahan tanpa pilihan raya yang adil dan bersih,” kata Anwar di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.
Perhimpunan tersebut dirancang akan diadakan esok pada jam 8.30 malam dan ke semua orang ramai yang hadir esok disarankan untuk memakai serba hitam sebagai tanpa berkabung ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13 dua hari lepas.
“Pada masa sama, saya gesa rakyat memakai warna hitam atau apa-apa sahaja berkaitan sebagai tanda bantahan,” tambahnya lagi.
Sebaik pengumuman keputusan pilihan raya pada 5 Mei, bantahan semakin kuat ke atas SPR dan kerajaan pemerintah Barisan Nasional kerana didakwa melakukan penipuan disamping salah guna kuasa lain.
Malah di dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter, orang ramai mula meletak gambar peribadi mereka bergelap dan hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihan raya yang memihak kepada BN dengan majoriti kecil.
BN mendapat 133 kerusi Parlimen, majoriti kecil untuk membentuk kerajaan pusat, pada masa sama kehilangan tujuh kerusi pada Pilihan Raya 2013, manakala Pakatan Rakyat (PR) pula mendapat 89 kerusi untuk memperbaiki keputusan mereka pada 2008.
Penipuan dan salah guna kuasa yang menjadi perhatian PR antaranya adalah tentang penggunaan dakwat kekal yang mudah tanggal dan juga isu pengundi hantu, serta pengundi dua kali atau lebih.
Malah, pemimpin PR dan agen calon di pusat penjumlahan undi juga mendedahkan peti undi tambahan yang tiba-tiba dibawa masuk ke dewan pengiraan, dewan tiba-tiba kehilangan bekalan elektrik, beberapa agen parti tidak diberi borang 14 dan lain-lain.
Dalam pada itu, Anwar juga mengumumkan tentang penubuhan sebuah pasukan khas yang akan diketuai Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk mengumpul maklumat dan bukti penipuan serta keraguan yang dilapor seluruh negara.
“Pasukan ini akan mencari bukti kukuh terhadap kawasan tertentu yang didapati keputusannya diragui.
“Mereka akan bekerjasama dengan Bersih dan pasukan lain dalam PAS serta DAP,” ujarnya lagi.
Menurut Anwar, terdapat sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang mana keputusannya diragui dan mereka akan membuat siasatan serta mencari bukti penipuan, kemudiaan langkah seterusnya akan diambil sama ada akan mengambil tindakan di mahkamah ataupun tidak.
Semalam, Anwar berkata akan mendapatkan sokongan orang ramai untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN yang baru dipilih, serta menambah pilihan raya kali ini adalah “penipuan yang paling teruk dalam sejarah” bagi mengekalkan penguasaan kerajaan tersebut di pusat.
Pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 juga berkata mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan BN sehingga selesai laporan penipuan undi.
PR memenangi 89 kerusi pada pilihan raya kali ini, ia juga menunjukkan penambahan ketara bilangan kerusi negeri daripada 197 pada 2008 kepada 230.
BN tewas teruk di kebanyakkan kawasan bandar-bandar utama dari George Town, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar-bandar besar di Johor, dimana ia bukti golongan kelas pertengahan dan bandar merupakan kumpulan yang prihatin dengan isu-isu seperti rasuah, kos saran hidup naik dan jenayah.
Malam ni kami akan trun,ini kalilah,ini bukan arab spring,tapi malaysian durian,tipu pilihanraye,kami trun ke jalanraya
BalasPadamKaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Ibnu Majah)
BalasPadamkalau pilihanraya boleh membenarkan kita membuat pilihan secara telus, dah lama pilihanraya diharamkan di Malaysia
BalasPadamkalau pilihanraya boleh membenarkan kita membuat pilihan secara telus, dah lama pilihanraya diharamkan di Malaysia
BalasPadamYesss...jgn takut nyatakan kebenaran..lawan tetap lawan..reformasi..ini kalilahh takbirrr!!!...
BalasPadamAKU DATANG AKU PROTES PROTES KERAJAAN HARAM
BalasPadamAKU DATANG AKU PROTES PROTES KERAJAAN HARAM
BalasPadamHow on earth d 1st count pktan won n recount shows otherwise..spr n bn umno must had done their magic here..we were robbed..
BalasPadamLet justice prevail..tonite will b d starting point to clear this darkness cloud surrounding malaysian for the last 56 years..
We are gentlemen to accept a fair defeat but through fraud n mishaps. .that need to fight till the end..
Why a lot of blackouts at the counting station..mere coincidence?
Why the ink cannot last even a day?
Why there were foreigners caught having ic but cld not speak malay n sang negaraku..n yet confirmed legitimate registered voters by spr?
These are questions that puzzled all malaysian..we need an answer n not just an excuse to cover up by saying chinese tsunami..such a moron!!
borang 14...blackout...dakwat cap ayam...seludup peti undi...penerbangan misteri Air Asia...tsunami bangla myanmar ...banyak lagi...siapa ingat tolong tambah lagi...Najib najib ko mesti tak lena tdo sebelah Kak Mah kan??
BalasPadamborang 14...blackout...dakwat cap ayam...seludup peti undi...penerbangan misteri Air Asia...tsunami bangla myanmar ...banyak lagi...siapa ingat tolong tambah lagi...Najib najib ko mesti tak lena tdo sebelah Kak Mah kan??
BalasPadamBolehkah tuan GB nyatakan pendirian PAS terhadap keputusan pru13 ini? Saya ada terdengar bahawa majlis syura tidak berminat utk buat petisyen kerana mereka menerima keputusan pru ini dengan hati yang terbuka kerana telah menunaikan solat hajat secara besar-besaran di stadium bagi memohon pertolongan Allah sblm pru berlangsung..
BalasPadamMohon pencerahan (dan harap2nya perkara ini tidak benar)
Pada saya Pakatan telah menang besar! Oleh itu kita perlu memulakan kerja secepat mungkin tanpa perlu merisikokan negara kepada sebarang peperangan sesama sendiri. Kita perlu menunjukkan model kerja yang baik dari sentiasa bertelingkah. Masa 5 tahun adalah singkat, mulakan kerja sekarang..
BalasPadamKerja kuat 5 tahun kena tipu dalam sehari, kerja kuat lagi 5 tahun kena tipu lagi dalam sehari.Rakyat kini ' Dari hidup menjadi bangkai lebih baik . . . . . .bergalang tanah'.
Padamberapa tahun pun kalau SPR tidak dibersihkan takkan ada harapan? Bukan menolak takdir tapi kita kena usaha tukargantikan SPR. Kan baik kalau SPR dikendalikan oleh pihak tidak berkepentingan seperti penyimpan mohor besar Raja2 misalnya, tidaklah hanya sekadar pengumuman anak bulan kelihatan semata2...ada juga kerja lain utk kepentingan rakyat...tak gitu?
BalasPadamSaya sokong dan dokong perjuangan rakyat, saya rasa apa yang perlu dibuat sekarang ialah mengompol sebanyak mungkin maklumat dan bukti kecurangan bn sahabat syaitan ini, bawa kemahkamah dengan bukti yang amat jelas, video dan gambar bahkan orang-orangnya jika boleh. Buatkan mahkamah menentukan kesahihan MP & ADUN ini. SEPERTI KES YONG TECK LEE (SABAH DILUCUTKAN KELAYAKAN SEBAGAI MP dan diberikan kepadalawannya. KERANA UNDI HANTU DAN RASUAH PILIHANRAYA.
BalasPadamlain kali suruh jer anuar ibrahim buat sendiri.jadi polling agent, sapu cat jari dan jaga peti undi. baru telus
BalasPadamBila kita mendoakan yang terbaik bagi diri kita, Allah tetap berikan yang terbaik...
BalasPadamSiapa pun yang memerintah adalah ketentuan Allah, setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik...Jadilah insan yang bersyukur.
Jika masih belum terbaik, kaji balik diri kita, apa niat kita, apa doa kita, apa tindakan kita dan apa kita fikir dalam menentukan sesuatu perkara...
adakah lebih positif atau negatif.
Yang terbaik adalah, belajar dan cari ilmu menjadi usahawan, belajar kenali diri dan tugas sebagai hamba Allah itu adalah yang terbaik.
Saya yakin, apa yang terjadi adalah yang terbaik yang Allah berikan.
HIka penipuan sekalipun, tak akan diizin Allah jika perkara tu tidak mendatangkan kebaikan kepada kita.... Yang baik semua datang dariNya...
yang tersirat adalah,Allah mahukan penyatuan umat Islam di negara kita tercinta ini...
Apakah ada kemungkinan pilihanraya di handle oleh PBB atau badan pilihanraya yg di lantik PBB bagi memastikan pilihanraya yg adil? Turun jalan raya tidak akan selesaikan masalah, ianya akan activate banyak masalah, renung2 fikir2 secara bijaksana dan berhikmah.
BalasPadamwahai rakyat malaysia... bangkit bangkit bangkit bangkit bangkit..... kita kena kuatkan perjuangan selalu dan iringkan doa kalian.... tunduk dan lihatlah akan kehinaan kita pd sisi allah.... terlalu kerdil kita pd pandangan allah..... apa jasa kita? apa kekuatan kita.... duit kita takkan boleh beli perjuangan.... perjuangan adalah pengikat kekuatan hati kita ke jalan allah..... kita belum jumpa penamat nya..... penamat adalah hari kematian kita....... kalau ke jalan allah 100% alhamdulillah .... kalau kita terpesong walau pun sedikit..... parah lah akibatnya di akhirat kelak..... pulihkan jiwa kita ke jalan allah.... biar lah mulut seiring jugak dgn kata hati.... perjuangan perjuangan.... adakah aku berjuang utk Islam..... demi nama Islam yg sangat indah.... dan mendamaikan bila di dgr.......... akhir kata bg ku di manakah makam kita disisi allah.... atas nama PERJUANGAN ISLAM...
BalasPadamakhirnya aku bersemangat kembali....kita berjuang menegakkan kebenaran......semoga kita berjaya
BalasPadamPakatan Rakyat telah melakukan yang terbaik demi menjaga hak rakyat..
BalasPadamSampai bila rakyat ditipu oleh kerajaan yang sedia ada. Sampai bila badan-badan yang sepatutnya berkecuali tunduk kepada kehendak kerajaan yang memerintah. Sepatutnya mereka telus dalam menjaga hak rakyat dan bukan cenderung kepada parti yang memerintah.
sebab itu, PR perlu membuat tindakan sepatutunya supaya cengkaman kuku besi ini tidak mencengkam badan-badan ini serta membebankan rakyat...
terus berjuang demi rakyat.. takbir......