8 Mei 2013

PAS Tak Tuntut Jawatan MB Selangor, Ramai Mahu Khalid Kekal


Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

21 ulasan:

  1. Nasib baik Hassan Ali tak bertanding atas tiket PAS dlm PRU13. Kalau tidak, entah apa gelagat dia nak jadi MB.

    Sekarang dia dapat lihat betapa PAS Selangor menjadi semakin kuat selepas dia meninggalkan PAS.

    BalasPadam
  2. Alhamduliiialh..telah ada kesepakatan dalam PR..Tan Sri Khalid..teruskan perjuangan menjadi MB Selangor...

    BalasPadam
  3. Anggap sahaja saranan asan ali dan perkasa tu sebagai bisikan syaitan

    BalasPadam
  4. Hasan ali tu macam hidung tak mancung pipi .....penyibuk je...

    BalasPadam
  5. Selayaknya TS Khalid jadi MB berdasarkan Rekod Lapuran Odit Negara.

    BalasPadam
  6. Saya dan rakan-rakan sangat-sangat bersetuju TS Khalid menjadi MB Selangor.

    BalasPadam
  7. tak kisah pkr @ pas.Apa2 pun A.B.C.D dah la.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah, syabas pas kerana telah keluar kenyataan tegas yg melenyapkan segala usaha menghasut org musuh.

    tak tau nak kata apa dekat hasan ali ni, muka tak tau malu langsung, bukan saja dah kena tendang dr pas, org pas dah anggap hang tu musuh ketat dah oiii... yg menyibuk urusan org pasai apa????? bgtau tau kwn2 hang dlm pas yg sekepala tu yg kami benci benci benci.. hang pi kwn dgn zul nordin dan nasha tu baru setaraf, blah laaaa.

    BalasPadam
  9. Tapi nanti kena hati-hati kena insist yg MB dari PKR wajib Tan Sri Khalid kalau tak nanti tiba2 yg nama naik nanti Azmin pulak.. awas sikit tangan2 ghaib dari PKR..

    Smlm pun Azmin dh buat press conference dgn org2 Pas n Dap Selangor kat Shah Alam tanpa jemput TS Khalid..

    Pandangan peribadi.. batul/salah Wallahualam..

    BalasPadam
  10. Yang ni yang sepatutnya berlaku....biarkan pimpinan PR buat keputusan....bukan berkokok sana sini buat spekulasi salahkan orang sana sini....
    PAS minat untuk jadi MB di negeri yang majoriti sokong PAS....Perak dulu tu mmg kira bonus....tapi dlm masa 11 bulan DS Nizar dapat tarbiyah rakyat Perak....sampai skrg orang Perak nak kepada Nizar jadi MB....

    BalasPadam
  11. Hasan Ali,Ibrahim Ali,Ummi Hafilda Ali semua hidung memang tak mancung,kemek je.Ibarat sampah yang sentiasa di sapu ke tepi,kena abaikan semua kenyataan.Orang lain semua tak kena,salah sendiri tak pernah mengaku.

    BalasPadam
  12. Tan Sri Khalid u are the best even I ahli PAS, kita melihat pada wibawa seseorang.

    BalasPadam
  13. Aku rasa,yg nak ajak kita redho dan mula berkempen untuk pru seterusnya ni cybertroopers umno...matlamat utama diorang lepas menang cara tipu ni ialah buat rakyat terima je dengan apa2 alasan pun supaya mereka selamat untuk kali ini...mereka akan merancang penipuan yg seterusnya yg juga akan jd lebih halus dan licik... Hidup2 pengundi kena tipu depan mata dan dalam keadaan sedar pulak tu...siapa yg terima je memang B@#@H!

    BalasPadam
  14. Tahniah Pakatan Rakyat, Tahniah Rakyat Selangor !!!!

    DAP telahpun menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim jadi MB Selangor.

    Tiada sesiapa pun dalam PAS buat masa ini yang sesuai atau setanding layak menjawat MB Selangor, jauh lagi Presiden PAS yang jika di banding bagai langit dan Pasar Payang.

    Kalau nak benchmark MB Selangor, biarlah dengan calon yang bijak matang kredible. Si benggap bahalol tak payah ler.... Banyak pun ada Doktor sana, Doktor sini tapi kualiti Bahalol tak guna juga.

    Alhamdullillah !!!!

    BalasPadam
  15. Jangan risau....PAS pusat memang tak berminat jadi MB Selangor....Mungkin permintaan PAS negeri je tu....ala sekadar test market untuk dibincangkan....kalau semua tak setuju x perlu la....

    PAS tetap komited jawatan MB untuk negeri2 yang wakil rakyat PAS lebih dari separuh....negeri2 yang dipimpin ulama....itu sebabnya PAS memilih kerusi2 di TRG bila ada pertindihan....Sapa kata xkan ada penentangan dari PKR, ABU atau golongan baru dalam PAS sendiri bila usul hukum Allah diketengahkan?....

    BalasPadam
  16. Tahniah,semoga Selangor lebih makmur dan t.pelihara dari tgn syaitan yg dikenali

    BalasPadam
  17. tan seri khalid, jangan azmin

    BalasPadam
  18. Tak kiralah ulama atau bukan Allah MB. yang penting memerintah dengan jujur dan amanah kerana Allah dan hendak mendengar suara ramai. Kalau ulama pun tapi tak pandai memerintah, penyokong pun lari. Sepenggal je, buat apa.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah kekal TS Khalid sebagai MB tanda permufakat pakatan rakyat

    BalasPadam
  20. Tan sri Khalid ya bukanya azmin ali ...syabas Pas selangor ...

    BalasPadam
  21. kalau anuar bagi pada azmin, semua pakat2 membantah....azmin tolonglah terima hakikat rakyat selangor hanya inginkan TS Khalid sebagai MB

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.