4 Apr 2013

[VIDEO & GAMBAR] ‘Tolak’ Umno-BN: Anak Muda Kutip Tantatangan 1 Kilometer


Gabungan Anak Muda Tolak Umno-BN (Tolak) melancarkan kutipan tandatangan rakyat Malaysia bagi merubah pimpinan pentadbiran negara.

Di atas kain putih, Tolak mensasarkan tandatangan sepanjang satu kilometer dan kempen ini akan menjelajah ke seluruh negara.

Pelancaran di hadapan kompleks membeli belah Sogo jam 12 tengahari semalam berjaya menarik perhatian orang ramai menurunkan tandatangan.

Lebih 26 NGO lain bersama Tolak selain sokongan pimpinan utama NGO lain seperti Royalti, Felda dan Lynas.

Pengerusi Tolak, Mohd Azan Safar menyatakan, pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandakan paluan gelombang pilihan raya dipalu.

“Tolak bersiap sedia untuk membawa gelombang ini ke seluruh Malaysia agar Umno-BN tidak lagi diberikan mandat pada PRU-13,” katanya.

Tujuh tuntutan tolak adalah:

1- Umno-BN mengamalkan politik lucah, fitnah dan samseng bagi mempengaruhi rakyat demi survival politik mereka

2- Umno-BN mengamalkan rasuah dan kronisme sebagai budaya dalam parti dan pentadbiran negara.

3- Umno-BN gagal menguruskan ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang dan kos sara hidup yang tinggi.

4- Umno-BN campur tangan dalam IPT dan menyekat kebebasan akademik mahasiswa dan universiti

5- Umno-BN melakukan ketempangan dalam sistem demokrasi negara dan perjalanan pilihan raya.

6- Umno-BN menafikan hak rakyat dan mengadakan kepentingan bangsa Melayu dan pilihan raya.

7- Umno-BN gagal mengangkat martabat kaum wanita dan menunaikan hak-hak asasi golongan itu

Minggu lalu, Tolak memulakan siri jelajah di sekitar Lembah Klang dan berakhir di hadapan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya.

Dalam kejadian berkenaan, lima pimpinan Tolak ditahan polis ketika berhimpun.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pembubaran Parlimen sekaligus memberikan laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.








18 ulasan:

  1. aku first time mengundi. aku siswi jurusan undang undang. aku ingin malaysia bebas dari cengkaman bn.

    BalasPadam
  2. ibu pilihnraya....BN menang bmkna mrka akn lama lg mmernth.....jika PR kalah.....mrka akn kalah dn teus kalah.....inilh turning point utk BN dn PR

    BalasPadam
  3. Free Malaysia!!!sembahyang hajat jgn tinggal...mintak pada Allah semoga rakyat berjaya membentuk kerajaan baru yang adil,prihatin..selamat berjuang untuk semua..kita berjuang untuk ke arah Malaysia Baru!!walau tak ke medan perang memegang senjata namun jihad kita adalah dengan memegang sebatang pensel yang boleh merubah landskap negara..hancur kerajaan zalim!!!hapus kerajaan korup!!!

    BalasPadam
  4. 7 petala langit.
    7 petala bumi.
    7 tuntutan anak muda.
    tolak bn/umno
    jangan tak tolak.
    kalau ke pahang tu,
    jangan lupa ke pekan.
    biar tambah kecut teloq najib.

    BalasPadam
  5. Kami, PR/PAS/DAP/PKR
    tidak kisah, kalah. Dulu pun kalah.
    Kami, bukannya gila kuasa macam
    BN/UMNO/MCA/MIC.
    Tapi, kami mahukan
    Daftar Pengundi mesti putih bersih.
    8 tuntutan Bersih mesti ditunaikan.
    Itu saja.
    Lepas itu, kalau BN menang, kami akur.
    Sudah itu, kehendak rakyat.
    Apa masalahnya?

    BalasPadam
  6. SYABAS ANAK-ANAK MUDA MALAYSIA ! BAKAL PEMIMPIN & TERAS KEWIBAWAAN KEPIMPINAN NEGARA TERCINTA,BAKULSAMPAHKAN REGIM PENYANGAK & PERASUAH SPESIS PENYAMUN TARBUS SEKUTU APCO YANG TAK KENAL HARAM HALAL ! ABU SAHAJA PENYELAMAT NEGARA,INI KALILAH !

    BalasPadam
  7. aku 1st time mengundi. aku siswa medic. aku ingin malaysia bebas dari cengkaman PR.

    BalasPadam
  8. Aku siswa .Aku undi PR. Aku mahu teruskan belajar sampai master secara percuma. Akan ku tabur bakti ku kpd anak bangsa. Hidup PR .

    BalasPadam
  9. Saya pelajar tingktan 6 Pra Universty tp xboleh mgundi lg tp saya amat berharap Pru ke-13 akn dimenangi oleh pktan pmbgkang.. amin!!

    BalasPadam
  10. Anak-anak muda diMalaysia,tanpa mengira bangsa dan keturunan,memang mahukan PERUBAHAN.Yang masih berselimut dengan gebar UMNO hanya Pak Cik dan Mak Cik dikampong dan diFELDA yang tak ada informasi dan butiran tentang kejahatan,rompakan dan kezaliman UMNO.Jenis yang senang dibeli dengan sehelai kain batik dan kain pelikat serta BRIM RM 500.Inilah masaalah pengundi Melayu dikampong dan diFELDA.

    BalasPadam
  11. Tolong pastikan siswa medic 11.49am bayar PTPTN tinggalan umnuuu sampai langsai,bayar tol, minyak petrol dan cukai kereta yg tinggi. Depa kaya, pasai tu x jadi masaalah.

    BalasPadam
  12. Aku guru sejarah (1982-2013). Bekas anak muridku yang aku ajari mereka. Ingatlah UMNO banyak menyelewengkan fakta sejarah. Mereka kata mereka pejuang kononnya. Sebenarnya, mereka adalah acuan Malayan Union yang ditinggalkan British. Anak muridku yang kini sudah layak mengundi, maka gunakan peluang ini menghapuskan UMNOBN di bumi Malaysia yang tercinta ini. Marilah kita bangsa Malaysia bangkit dengan wawasan baru (lupakan Wawasan 2020 yang banyak tersirat agenda yang hanya menguntungkan segelintir keparat UMNOBN) ke arah kemajuan anak bangsa dan ibu pertiwi kita. Ayuh! lupakan UMNOBN. Anak-anak muridku, cuba pengaruhi ibubapa anda, datuk nenek anda, sahabat handai, rakan taulan,jiran tetangga, ipar duai, abang adik anda, saudara-mara anda, pangkahlah Pakatan Rakyat. Aku merayu untuk bumi tercinta ini, inilah peluang anda melakukan untuk Malaysia yang gemilang pada masa akan datang kerana anda berani mengubah lanskap politik yang chauvinistik, kronistik, kehidupan hedonisme, politik barbarianisme, sekularisme, dengan menegakkan ISLAM. PAS FOR ALL. Takbir. - Dr.Es Sugianto (Rembau)

    BalasPadam
  13. 7 sebab mahasiswa nyatakan inilah yang perlu semua rakyat Malaysia faham kenapa kita outkan UMNO dari Putrajaya. Jangan kerana usia anda menyatakan diaorang menderhaka. Tapi ilmu yang mereka perolehi adalah lebih banyak dari kita yang sudah hidup berpuluh - puluh tahun satu hapak ilmu pun tak ada. Percayalah pada kata mahasiswa tersebut. Renungkanlah.

    BalasPadam
  14. anon 11:49 siswa medic...takat standard ko x pyh bermegah la...ko layak jd siswa medic for animal je la..ko pi rawat lembu2 kat ijat yg tengah dok meroyan tu... bodoh piang punya siswa...

    BalasPadam
  15. Hidup mahasiswa! Zaman aku dulu mahasiswa terkongkong. Era kematangan mahasiswa kembali gemilang.. Teruskan wahai pelapis pejuang negara! Cayalah!

    BalasPadam
  16. Tegakkan Islam.Tegakkan kebenaran.Tegakkan keadilan.Tegakkan hak rakyat.Hapuskan pemimpin yg rakus.Tolak BN!!!

    BalasPadam
  17. Siswa medic masuk ikut pintu belakang. Tak pandai pon sbb dok jilat jadi macai jkkkkkkkk je tu bole masuk u.

    BalasPadam
  18. Aku keja kilang yg tiada pinjamam ptptn pun menolak umno,bukan untuk diri sendiri tapi untuk anak cucu

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.