Pentadbiran Najib lemah, rasuah punca ekonomi negara teruk
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lemah dan rasuah mengakibatkan Malaysia mengalami defisit yang teruk dan hutang negara melonjak kepada RM540 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Lebih RM400 bilion hanya ketika Najib memerintah. Pentadbiran lemah dan rasuah, flip flop dalam ekonomi. Saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahu kedudukannya.
“Kerajaan harus memperbaiki ekonomi dengan membanteras rasuah dan memastikan kerajaan ditadbir secara telus dan penuh tanggungjawab,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera sempena pembubaran Parlimen hari ini.
Beliau menjawab demikian kepada soalan kononnya ketidakstabilan politik di Malaysia akibat perjuangan Pakatan Rakyat yang diterajuinya sebagai punca ketidaktentuan ekonomi di Malaysia.
Ia sebahagian soalan ‘berat’ yang diasak kepada Anwar sepanjang wawancara empat minit secara siaran langsung bermula jam 6.10 petang tetapi dijawab Ketua Umum KEADILAN itu dengan jitu.
Sambil kesal kerana pembangkang pula dipersalah berikutan masalah ekonomi negara, Anwar berkata: “Tentunya, kita tak dapat diterima (tuduhan itu).
Secara fakta, Anwar sebelum dipecat melalui konspirasi politik pada 1998 dan berperanan sebagai Menteri Kewangan berjaya mengurangkan hutang dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan.
Sebaliknya, pada era Najib, hutang negara melambung kepada RM456 bilion pada akhir 2011 iaitu 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar – melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang pada 1997.
Undilah PAS!
BalasPadamAlhamdullillah !
BalasPadamMemang ada tanda tanda Malaysia perlukan penyelamat , PM yang matang dan tidak menongkat langit ikut hawa nafsu. DS Anwar Ibrahim adalah selayak yang ada buat masa ini.
Alhamdullillah !!!!
Si Bacul akan tetap dengan sifat Baculnya, baling batu sorok tangan.
Tahniah Pakatan Rakyat.
bodoh sangat si najib razak ni.. yg perabeh duit negara tentulah puak yg memerintah, yg berkuasa menggunakan duit rakyat sewenang2. PR yg blum memerintah pulak dipersalahkan. tu la.. masa kecik hidup senang lenang dahtu sekolah malas. dh besar jd bengap....
BalasPadamAlhamdulillah! selepas PRU13 ni Malaysia akan punya PM yang selayaknya menjadi PM. Insyaallah! dibawah kepimpinan DSAI rakyat Malaysia akan menikmati hidup sebagai sebuah negara maju yang memenuhi inspirasi rakyat. Tidak ada penindasan, korupsi dan lain-lainnya yang berteraskan kepada ISLAM dan SUNAH.
BalasPadamyg celik ekonomi akan nampak segalanya. yg buta ekonomi, akan terus membuta.
BalasPadamBiarlah pada kali ini PM Malaysia adalah seorang pejuang rakyat.Dia tahu peritnya kehidupan rakyat bawahan dan bukannya seorang PM dari golongan bangsawan yang tak reti apa itu kesusahan dan penderitaan.Nyata sekali Sdr.Anwar telah diuji.
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamWalaupun Anwar menafikannya, tetapi realitinya Anwar dan Pakatan Rakyat memang mempunyai peranan yang besar dalam kedudukan ekonomi negara.
Dengan kehilangan status penguasaan 2/3 dalam Parlimen, kedudukan pembangkang semakin kuat sehingga mampu memberi tekanan yang berkesan kepada Kerajaan yang memerintah.
Apatah lagi dengan penguasaan Pakatan Rakyat kepada 5 (kemudian 4) buah negeri, menyebabkan kedudukan kerajaan BN semakin goyah.
Natijahnya, Pak Lah digulingkan dan Najib naik memerintah.
Najib memulakan program-program GTPnya yang kebanyakannya bersifat populis yang bertujuan untuk menarik semula para pengundi.
Program ekonomi yang menyokong kroni yang digencatkan oleh Pak Lah dihidupkan semula.
Rakyat diberikan rasuah berbentuk BR1M, TR1m dan sebagainya.
Jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dan menaikkan imej Najib.
Najib sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula negeri-negeri yang tumbang.
Semua perbelanjaan ini dan kepincangan pentadbiran wang semuanya menyebabkan hutang negara bertambah.
Semuanya kerana kekuatan politik Pakatan Rakyat.
Semuanya kerana salah Pakatan Rakyat yang menang pilihanraya.
Anon 5.50am..
BalasPadamKenyataan kamu secara dasar bersetuju bahawa BN salah guna kuasa tetapi masih menunding jari kpd PKR.
Kerajaan bukan shj menggunakan duit rakyat sewenang wenang nya malah menyalah kn org lain..
Kalau fasal makan kita tahu memilih kedai dan menunya demi selera yang tak terbatas. Kalau fasal pakaian kita mahu yang cantik dan berjenama, kenderaan dan sebagainya. Maknanya kita tidak terikat dan bebas untuk memilih. Apa kata pada PRU ke 13 nanti kita sama-sama pakat pilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah kerajaan Persekutuan demi untuk menyelamatkan negara. Kita buang jauh-jauh UMNO/BN dan biarkan ia berkubur tanpa nisan.
BalasPadamIngat, kuasa berada di tangan pengundi. Jangan bimbang dan ragu untuk pangkah calon-calon Pakatan Rakyat sama ada PAS, PKR dan DAP. UMNO/BN sudah tidak boleh diharap lagi kerana pemimpin-pemimpinnya pengamal rasuah, melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa.
Di satu peringkat umporno dan konco-konconya dlm bn tiba2 sedar yg mereka sudah kehilangan kepercayaan rakyat dan besar kemungkinan akan hilang kuasa jadi langkah2 segera perlu diambil utk segera mengumpul kekayaan. antara langkah ketara yg diambil ialah dengan melaksanakan projek2 besar yg dilambung tinggi kosnya. sikit buat ikat bata supaya semua nampak projek jalan dan yg selebihnya masuk poket buat beli beg, cincin dsbnya. hingga kat bini pun bagi sampai berbillion rm, kononnya utk prog permata negara, rupanya permata cincin. mca pun nak jugak, saki baki mic pun nak jugak itu belum komponen bn yg lain. sebab itulah bila naji.... suruh taik mamut srwak letak jawatan taik jwb tunggu dulu byk lagi hasil bumi srwak dia nak kaut, lepas ni mu nak beri sapa pun jadi km srwak bagi ajalah. tu yg dok tertongok lagi si taik mamut tu.
BalasPadamtak cukup dgn duit dalam perbendaharaan kaut duit petronas hingga hampir kosong tabung ptronas. kalau tak caya pi tanya hassan mrican.
itu belum ambil kira pihak2 lain yg nak ambik kesempatan lagi tuh. cthnya rapid pengerang, projek asal 800 juta kendian jadi 1.4 billion ..... woo punyalah markup harga sampai main con lari sebab tak nak nama company tercemar dengan mainan puak2 ni.
urus ekonomi mcm budak pra-sekolah lepas tu nak salahkan orang lain, mangkuk hayun punya manusia ... tapi heran ada lagi manusia2 bodo yg dok sokong lagi kes kena rasuah br1m rm500.
kalau dah beli cincin harga berjuta, negara kaya mana pun boleh jatuh bankrup
BalasPadamNajib tau UMNO/BN akan kalah sebab itu dia "belanja" dan "sedekah" sakan sebelum umum bubarkan Parlimen.Najib tau yang dia gunakan adalah wang rakyat,bukan bapak UMNO punya.Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya kePutrajaya,Pakatan Rakyatkah yang akan menanggung semua beban itu.Najib tak kisah asal dapat "beli" undi.
BalasPadamRM400billion?? Apa yang mamat najib ni buat dalam tempoh yg singkat tu? Sedangkn Madey yg terkenal dengan pembangunan materialistik pon x berhutang banyak tu.... rakyat yang masih tak nampak tentunya sudah buta hati dan buta perut!!
BalasPadam