Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.
"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.
Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.
"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.
"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.
Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.
Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai Khalid isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dicalonkan di kawasan idamannya, Pasir Mas, mempersoalkan mengapa beliau tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli dipilih menjadi calon BN.
Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli yang menjadi Naib Presidennya dalam Perkasa dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam.
"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," laman Astro Awani memetik beliau berkata. -HD
Umno Shah Alam kena terima hakikat kerana Zul Kulim ni adalah pilihan Najib...kesian jugak dengan dia, kalau tidak di Shah Alam, mana lagi dia nak pegi???...nak masuk PKR balik pintu dah tertutup rapat, PAS??? lagi lah tok leh....kalau nak masuk MIC takut MIC tak terima...inilah pelacur politik yang menjadi kesayangan Najib
BalasPadamDulu BN dengan lantang mengumumkan semua calon mereka akan ditapis oleh MACC dan SPR, ini kah hasil tapisan ? Kah...kah...kah
BalasPadamPas dan PKR sudah lama singkirkan atas sebab tertentu. Tidak sangka BN boleh iktiraf. Terkilan kerana tiadakah wakil dlm Umno yg layak. Pd aku Hassan Ali lebih layak .
BalasPadamBudaya yg menjatuhkan dan merugikan Umno. 24 jam shj itu yg akan aku buat. Muktamat.
BUDAKBOY
BalasPadamPemimpin umNOmore pening kepala yang amat sangat.. tu pasal zulkulim disembelihkan..
Gua mau tengok zulkulim hilang deposit, insya Allah..
Jangan bimbang for sure deposit money will be fly with the owner,muka tebal calun ini memang tak tau malu,sudahlah mantan wakil mp yang dipecat bertanding pula dikawasan dikawasan yang direstu oleh ahli UMNO sendiri dan dok mengaku pula UMNO perlukan seorang wakil sepertinya,maka itu UMNO telah dapat dua kali malu,satu dari ahli sendiri dan satu lagi dari Parti lawan yang mempersendakan kredibiliti Najib yang membuat pilihan dan beri laluan pada orang luar yang langsung tiada harga diri,seperti kata bidalan " Kera dihutan diberi makan anak dirumah dibiar kelaparan "' . Itulah UMNO dibawah pimpinan Najib.
BalasPadampagi tadi 3 bilik gerakan tutup, dah ptg dengar pulak berbelas bilik gerakan amno tutup, tak pasti pulak kesahihannya, yg pasti org amno pun malu nak mengaku geng dgn katak sekor ni.
BalasPadamdulu aku pernah tulis kat blog zul kulim ni aku nak tengok kesudahannya bila dtg pru13, sekarang dah mula nampak akan hasil tingkah lakunya sendiri, alangkah manisnya dpt tengok nasib yg bakal menimpa insyaallah di dunia lagi Allah akan tunjuk balasan, baru padan dgn muka tak tau malu dia tu.
Pengundi Shah Alam dah hilang sabar dengan UMNO. Yang lelaki baharu tersedar bahawa mereka masih ada "batu".
BalasPadamIni tandanya UMNO dah tak ada calon dah. Terpaksa simpan calon ikut rasa diaorang bukan ikut kehendak rakyat. So UMNO are you're ready to become opposition?
BalasPadamTahniah DUMBNO......
BalasPadamOrang UMNO sejati yang berfikir dan dapat hidayah sahaja yang dapat membezakan perjuangan UMNO ni betul ke tidak sekarang ini. Bagi mereka yg tidak berfikir dan tidak dapat hidayah akan terus bergelumang dalam perjuangan yg sia2 sampai ke usus yang busuk. Ingat-ingatlah wahai orang2 UMNO serta kawan baru UMNO Zul Kulim.
BalasPadamTakbiiirrrrr!!!!!! Ini kalilah TUKARRRRRR!!!!!!!!!!
BalasPadam