17 Apr 2013

Kenapakah Dr Mahathir Masih Tak Ditangkap & Didakwa?


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa segera menangkap dan mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menghasut dan memfitnah.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Peguam Negara perlu bertindak segera sebelum beliau meminta peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir yang memfitnahnya mengenai dalam blognya 11 April lalu.

Semalam penyandang Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis di Kuala Lumpur terhadap Mahathir dan memberi peluang Abdul Gani menangkap dan mendakwa Mahathir kerana menghasut dan memfitnah.

“Saya sendiri juga sudah dua peluang kepada Dr Mahathir untuk menarik balik dan memohon maaf kerana blog cauvinis itu sebelum mengambil tindakan undang-undang.

“Dua hari lalu, “operasi hitam” terbaru pada PRU-13 apabila muncul video seks kononnya membabitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, membuktikan UMNO cukup terdesak sehingga sanggup berbohong dan memfitnah.

“Taktik kotor seperti itu juga pernah dimainkan UMNO/BN pada 1990 ketika kempen termasuk menuduh Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah yang memakai topi Kadazan dengan simbol salib menjual Islam kepada Kristian di Sabah,” katanya dalam kenyataan media di Gelang Patah, semalam.

Kit Siang penyandang Ahli Parlimen Ipoh Timur juga berkata, bukan setakat Tengku Razaleigh, malah Dr Mahathir sendiri juga pernah memakai topi Kadazan dengan salib ketika melawat Sabah.

Beliau berkata, media tradisional kawalan BN juga menyiarkan iklan untuk mewujudkan rasa takut dan panik di kalangan pengundi seperti akhbar Utusan Malaysia bertajuk “sokong Membawa Rebah” manakala Nanyang Siang Pao dengan “ingatan Sejarah” yang kedua-duanya menggambarkan pertumpahan darah, ganas, kebakaran dan pembunuhan beramai-ramai.

“Saya masih ingat ketika bertanya Dr Mahathir pada perbahasan di Parlimen selepas PRU 1990 samada beliau diberi “lampu hijau” terhadap muslihat kotor UMNO/BN, dan sekarang, saya yakin Mahathir di belakang kedua-dua “muslihat kotor” itu apabila mencipta pembohongan dan fitnah dalam blognya dengan menuduh saya mahu orang Cina di Gelang Patah dan Johor tidak bekerjasama dengan orang Melayu”; menggesa orang Cina di Johor suaya membenci orang Melayu dan mewujudkan konfrontasi tidak sihat antara orang Melayu dan Cina di Johor,” katanya.-Roketkini


Dr Mahathir sedang usaha hancurkan negara - Salahudin


Saranan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa akan berlaku konfrantasi kaum jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah boleh menghancurkan negara ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Jika hancur negara ini kerana tercetusnya konfrontasi kaum akibat hasutan secara tidak langsungnya itu, Dr Mahathirlah yang bertanggungjawab.

"Kalau berulang lagi rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dr Mahathirlah pencetusnya,"
tegas beliau.

Bagi Salahuddin, bekas Presiden Umno itu amat jelas anti-perpaduan dan sangat tidak bertanggungjawab apabila mendakwa kononnya konfrontasi kaum akan menggantikan kerjasama Melayu Cina di negara ini jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah.

Malah, katanya lagi, semakin terbukti dengan amat jelas kepada rakyat bahawa perbuatan mengapi-apikan kebencian antara kaum adalah satu-satunya senjata Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Menulis dalam blognya, Perdana Menteri keempat itu berkata, "Apabila Kit Siang memutuskan untuk bertanding kerusi majoriti Cina di Gelang Patah, ia adalah disebabkan beliau mahu orang-orang Cina di situ dan di Johor menolak untuk berkerjasama dan berkongsi dengan orang-orang Melayu.

"Konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang menyebabkan Malaysia stabil dan makmur. Kerjasama itu akan berakhir jika Kit Siang menang di Gelang Patah".

Salahuddin menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu secara tidak langsung menghasut supaya dicetuskan konfrontasi antara kaum jika Kit Siang menang.

"Walaupun beliau tidak menghasut secara langsung, tetapi apa yang ditulisnya jelas merupakan taktik untuk menghasut secara tidak langsung.

"Ia taktik lama yang sudah biasa kita lihat," katanya.

Salahuddin berkata, sukar untuk ditolak kemungkinan mereka yang terpedaya dengan hasutan tidak langsung Dr Mahathir itu akan mengamuk dan mencetuskan konfrontasi antara kaum," katanya.

"Dr Mahathir mungkin memerah otak supaya tulisannya tidak dilihat menghasut tetapi semakin ia cuba untuk tidak kelihatan menghasut semakin terdedah niat yang cuba disembunyikannya itu.

"Kalau Dr Mahathir fikir cara dia menulis itu dapat menyembunyikan niatnya untuk mencetuskan konfrontasi kaum, ia tak ubah seperti menutup bangkai gajah dengan nyiru," katanya.

Bagi Salahuddin, Dr Mahathir hanya tahu melihat apa sahaja yang berlaku dari sudut pandangan perkauman Umno sahaja.

"Saya tidak mahulah kata Dr Mahathir menulis dari sudut pandangan perut busuk Umno tetapi bekas Presiden Umno itu sendiri pernah menulis Umno busuk hingga ke usus atau 'rotten to the core'.

"Dia hanya mampu melihat dari sudut itu sahaja dan tidak tahu apa-apa tentang perpaduan kaum yang semakin berjaya dibina oleh Pakatan Rakyat setelah dimusnahkan oleh sentimen perkauman yang tidak henti-henti diapi-apikan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu," katanya.

Salahuddin menegaskan, tidak ada sebab sesiapa pun hendak berkonfrontasi jika Kit Siang menang di Gelang Patah.

"Kit Siang tidak membawa mesej perkauman sempit seperti Umno
.

"Malah, beliau membawa semangat Datuk Onn Jaafar yang membuka keahlian Umno kepada semua kaum ketika beliau menjadi pemimpin parti itu," katanya.

Kit Siang sebelum ini menyeru semua pihak mencontohi pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dengan bersikap melampaui sentimen perkauman dalam pilihan raya umum di Gelang Patah.

Calon Pakatan bagi Parlimen itu berharap "pertempuran" di kerusi itu merealisasikan "impian Malaysia" Datuk Onn ke arah penyatuan bangsa berbilang kaum, seperti tergambar daripada tindakannya untuk membuka keahlian Umno kepada semua pada 1951.

"Malah, saya merujuk kepada pengundi Gelang Patah sebagai rakyat Malaysia, bukan pengundi Cina, Melayu atau India demi mencapai 'impian Malaysia' masyarakat bersatu-padu," katanya.
-HD

Ulasan GB

GB hairan kenapakah ucapan-ucapan berbentuk perkauman yang merbahaya daripada mulut para pemimpin UMNO tidak diambil tindakan oleh pihak polis.

Mengapakah ada double standard di dalam penguatkuasaan undang-undang?

Mengapakah pemimpin UMNO begitu bebas mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan sedang ianya jika dikeluarkan oleh pemimpin PR amat segera pula dikenakan tindakan?

Sampai bila PDRM mahu menjadi orang suruhan UMNO?

11 ulasan:

  1. kita berserah kepada Allah. lambat laun balasan tuhan di dunia tetap di bayar di dunia, sabar lah. GB selalu menyatakan bahawa kebenaran tetap menolak kebathilan. SEPATUTNYA BILA KITA DAH DI MAMAH USIA, BUAT LAH KEBAJIKAN, BUKAN MEROSAK KAN KEHARMONIAN.

    BalasPadam
  2. runtuhnya kerajaan melayu melaka pun sebab adu domba geng mamak :)

    mamak madey ni patut dihumban dlm penjara jer.

    bukan rasis, tapi benci puak mamak yg mulut jahat :)

    BalasPadam
  3. "Melayu" UMNO tidak ada "teloq" bila berdepan dengan "Mamaklayu".
    Semakin hari semakin aku simpati kat orang tua ni. Cakap merapu aja. Puak tu selalu mendendangkan lagu bahawa kita harus bersyukur kat depa atas apa yang ada sekarang ni sehingga sahabat depa yang bergelar prof pun dah tak bilang dengan betul.
    Depa akan kata Malaysia akan jadi macam Singapura jika DAP menang. Nak kata orang Melayu "bodoh" Matematik, ramai pula yang mendapat A+. Atau memang Melayu yang mendapat A+ dalam Matematik ..... (ikut cara UMNO kira).
    Yang sudah, sudah lah. Yang penting sekarang ialah ABU sebelum negara kita di"jual" oleh puak ni. Mahathir dah "jual" negara dengan memberi My-Kad kat warga luar. Entah apa lagi yang dijual depa. Kita akan dapat jawapannya bila PR berada di PUTRAJAYA. Ayuh, bongkar segala-galanya.....

    BalasPadam
  4. Semoga PR menang PRU 13, dapatla tengok mamak kutty ni keluar masuk mahkamah...Se

    BalasPadam
  5. Orang tua tak sedar diri dan masih belum insaf. Kita belum lihat bekas pemimpin dunia lain berperangai seburuk ini.

    BalasPadam
  6. Jangan marah kerana Mahathir hanya mengesahkan bahawa UMNO sememangnya busuk hingga ke usus. Tahniah Mahathir.

    BalasPadam
  7. Ismail Omar kata.
    Jangan cabar polis.
    Rakyat pula kata.
    Jangan cabar rakyat...
    Lu (Ismail) jaga rakyat kah
    atau lu jaga BN/UMNO.
    Lu ingat gaji polis tu
    BN/UMNO bayar kah..

    BalasPadam
  8. Ber darah KhorDhinGhell...... apa pun boleh.

    BalasPadam
  9. Astaghifirullahaladzim...bila la org tua ni nak insaf...memang jahat giler statement dia, patut2nya di hujung usia ni byk2kanlah bertaubat nasuha dgn segala kerosakan yg dia telah buat terhadap rakyat malaysia.

    BalasPadam
  10. Mamak ooii.. parliment ipoh timur tu pun paling ramai penduduknya adalah orang cina tak da masaalah pun..dah banyak penggal Lim menang disitu..

    BalasPadam
  11. telor mamak ni telah dimakan usia. cakap merapu.. kalau berani turun gelang patah jadi calon.. tapi jangan lupa bawak sekali undi yang dah siap pangkah untuk diri sendiri banyak-banyak...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.