28 Mac 2013

Pengakuan "Bunuh Mahathir", Dongeng Untuk Tutup Kes Pemberian IC


SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail (gambar) yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

"Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini.

Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988.

Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri.

"Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya.

Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini.

Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu.

"Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi.

Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. -SH

Ulasan GB

Apa yang dapat dilihat isu "bunuh Mahathir" ini hanyalah rekaan - jika benar sepatutnya pihak yang mengaku iaitu Zainon Ismail (AC Afghan) itulah yang perlu disiasat kerana tindakan beliau itu adalah tindakan peribadi bukan tindakan parti.

Kedua, hakikat yang sebenar, di kalangan UMNOlah berlaku bunuh-membunuh. Kes Mokhtar Hashim dan Datuk Taha adalah bukti yang nyata di mana pimpinan UMNO sanggup berbunuhan demi kuasa.

Ketiga, pemimpin PAS yang sebenarnya yang sering menerima sasaran pembunuhan seperti apa yang berlaku kepada Allahyarham Prof Zulkiflee Muhammad dan Ust ibrahim Libya.

Justeru itu berita mengenai cubaan bunuh Mahathir ini hanya satu helah untuk mengalihkan pandangan rakyat tentang kes yang terbongkar mutakhir ini mengenai pemberian IC oleh mantan Perdana Menteri tersebut yang telah menyebabkan kemarahan rakyat Sabah sendiri.


Diwujudkan cerita yang bukan-bukan kononnya ada cubaan untuk bunuh Mahathir maka diupahnya sesiapa yang boleh buat pengakuan bagi memperkuatkan fitnah itu.

Tetapi kebenaran itu tetap kebenaran dan ia akan terserlah juga akhirnya. Fitnah dan penipuan tidak mampu untuk menandingi kebenaran dan keadilan. Yakinlah!

21 ulasan:

  1. Kita bila dh tua pilih JALAN yg betul,dia ni lg tua pilih JALAN salah....Kesian,dpt JAWATAN apa agaknya nanti pakcik ni ye?

    BalasPadam
  2. dah tua camtu bawak2 le bertaubat buat amal. ni masih lg kejar habuan dunia. berapa sen sgt la ko dpt utk buat keje menfitnah jika dibanding dgn dosa yg diterima. kesian....

    BalasPadam
  3. Nak bunuh mahathir pun tak guna. Dia dah sampai dipenghujung hayat dia dah. Tak berapa lama lagi dia akan terbunuh dengan sendirinya...

    BalasPadam
  4. ni Afghan celup ni.....tak boleh caya langsung cakap dia....

    BalasPadam
  5. SAYANGN SEJUTA KALI SAYANG HARAP KAT JANGGUT SAJA PUTIH TETAPI HATI PENUH KEHITAMAN .......

    BalasPadam
  6. MAMAK PARIA TU YG DIA NAK BELA. RAKYAT YANG TAK GUNA. SEPATUTNYA MAMAK TU DIKUTUK HABIS-HABISAN KERANA PROJEK IC NYA LAH SABAH DAH TAK AMAN SEKARANG.

    BalasPadam
  7. Ish..ish..sih...Org tua ni patut buang dulu serban tu sebab org selalu memandang tinggi org yg berserban. Dia ni telah merosakkan pandangan masyarakat terhadap org berserban. Insaf2lah...dia lebih maklum lagi berbanding diri saya yg jahil ni, kita semua mati masuk lubang kubo, kalau tak sempat bertaubat, maka kena bako dgn api neraka....bertaubat la semasa masih ada ruang dan peluang utk berbuat demikian...

    BalasPadam
  8. maaf cakap, nak kata bodo serban lebih besar drp bakul. bila dunia yang sekelumit ni mengatasi akhirat maka jadilah macam mamat tu. simpati aku kat dia. semoga kita semua diberi kebaikan pada akhir hayat kita nanti.

    BalasPadam
  9. negara lain peimimpih PENGKHIANAT agama dan negara memang dah lama diBUNUH.APABILA menolak ISLAM adalah MURTAD saidina ABU BAKAR dan sahabat
    telah memerangi/membunuh mereka.JUAL
    negara dgn pemberian IC pd pendatang
    serta sudah buat pengakuan...KENAPA polis TIADA ambil tindakan...apakah
    mereka dn bersekongkol ini kebal dgn
    undang2.di mahkamah MASYAR kamu jwab
    dn terimalah BALASAN ALLAH,pemimpin spt ni kita patut TAAT DAN DISOKONG?

    BalasPadam
  10. Nak bunuh Mahathir? hahaha ... Ingat senang? Waktu tu dia PM tau.
    Itulah aku selalu katakan, "Apa nak jadi dengan Melayu ni?". Betul cakap kaum lain. Melayu suka membuat fitnah. Rasuah, Seks, Berbohong, Berbuat fitnah, ... dah jadi darah daging terutama puak UMNO-BN.
    Manusia yang mukanya tidak bertukar warna dan matanya tidak berkelip semasa bercakap bohong adalah manusia yang sehina-hinanya. Kenapa? Sebab dah jadi darah daging.
    Melayu PAS nak bunuh Melayu UMNO????? Percaya????? Suatu lagi kebodohan yang amat terserlah ... Tak kan Melayu Malaysia percaya.

    BalasPadam
  11. kalau tidak berteraskan agama, demi politik sempit dan mengharapkan imbuhan serta hasad dengki di atas kebolehan PR dan PAS mengharungi onak duri selama ini menyebabkan berbagai2 tuduhan dan cacian di hamburkan, cukuplah masa kita di dunia tidak sepanjang di mahsyar,.bertaubatlah AFGHAN.Saya amat setuju dgn greenboc kebenaran tetap menghumban kebathilan, dan saat kebenaran terserlah sangat hampir..tunggu lah wahai puak2 munafikun.

    BalasPadam
  12. tu bukan serban, yg dia pakai tu topi banyak yg puak2 afghan/pashtun pakai kira nak tunjuk baguih la sesuai ngan nama pena dia ac/dc kot(ac Afghan) dan kalau tengok pada spek nampak macam orang pandai2 tak sangka ni lagi satu kaldai akaq kejaq dunia akhirat depa jual.sama2 la kita minta yang mana kita jahil diberi hidayah sebelum kita mati

    BalasPadam
  13. aku takut satu hari nanti dia akan kata pula ianya arahan Anwar.Logik tak logik belakang kira.hehehe

    BalasPadam
  14. Dia aku afghan yang kena hambat dengan taliban nih balik dok kat baling takdak kerja jadi terpaksalah cari pablisiti sikit nak harap buku haram tak laku kemudian buatlah cerita2 yang pelik,munafik betui haramjadah sekoq nih.

    BalasPadam
  15. Akal org tua afghan ni nak jumpa tun m sbb nak suruh tun promote buku dia la tu mcm tun promote biografi big-m. Kalau satu sekolah beli 3 buku utk rujukan 100 @ 200 tahun akan datang.

    BalasPadam
  16. Semoga allah hancurkan BN yang penipu dan zalim dan suka buat fitnah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hancurkan umno & sekutu2nya dlm bn. Amiiin, yarobbal a'lamiin.

      Padam
  17. jgn lepaskan pak cik mental ni..kita usaha sekuat2nya supaya PR berjaya di PRU 13 nanti..carikan pak cik ni utk ceritakan kisah2 bangang yg dia kuarkan ni dimahkamah nanti.. sesukahati dia ckpkan hanya nak tolongkan umno wpun kisah2 bangang aje

    BalasPadam
  18. mamat pelaq ni, harapkan janggut putih mcm kambing, serban besar kuali, aku rasa ,time sujud sembahyang pun tak kena dahi dgn sejadah.sesuai la pelaq ni berkawan dgn puak haramjadah.

    BalasPadam
  19. Tak semestinya orang yang berserban itu beriman sebab kaum sikh atau singh pun pakai serban juga dan bob mali pun pakai serban juga.

    BalasPadam
  20. Siapa yang nak bunuh Mahathir Kutty? Mahathir Kutty@ Pengkhianat Negara ni tak layak dibunuh.Dia sepatutnya ditanam dan tinggal kepala aje atas tanah.Kemudian suruh rakyat Malaysia beratur,rakyat Sabah didepan,kencingkan dia sampai mati.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.