MB NS perlu dapat restu Yang DiPertuan Besar
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menasihatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan agar mendapatkan restu daripada Yang DiPertuan Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar di bawah ‘caretaker government’ atau kerajaan sementara.
“Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Akta Interpretasi 1984 dan 1967, meneruskan peranan sebagai Menteri Besar di bawah ‘caretaker government’ mestilah mendapat restu Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Kedudukan Mohamad sebagai Menteri Besar menjadi tanda tanya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara otomatik hari ini.
“Kita bukan mahu Mohamad tinggalkan jawatan sebagai Menteri Besar sepenuhnya, tetapi kita tidak mahu rakyat keliru dengan situasi yang berlaku di Negeri Sembilan. Tambahan pula sekiranya Menteri Besar dan Exco masih lagi berlagak dengan kuasa Menteri Besar dan Exco sebelum ini.
“Kerana fungsi bagi kerajaan sementara adalah terhad. Tidak boleh membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.
“Maka cara yang terbaik untuk elakkan kekeliruan adalah dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak membubar parlimen segera,” kata Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad.
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa pula dalam nada sinis mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Mohamad di atas jasa Mohamad sebagai Menteri Besar terakhir Barisan Nasional.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa beliau dan ingin merakamkan penghargaan di atas sumbangan beliau sebagai Menteri Besar Barisan Nasional yang terakhir.
“Semoga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan membuka lebaran baru dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang baru akan terbentuk,” ujar Mohd Khairil.
Sementara itu PAS Negeri Sembilan juga mengumumkan akan bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13 ini.
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby; PAS telah menyerahkan kerusi DUN Sri Menanti dan Gemas yang ditandingi oleh parti itu pada PRU-12, kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Sementara PKR pula telah menyerahkan kerusi DUN Labu kepada PAS. Pada PRU-13 nanti PKR akan bertanding 13 kerusi DUN, PAS 12 kerusi dan DAP kekal 11 kerusi DUN.
“Peruntukkan kerusi Parlimen juga kekal seperti PRU-12 iaitu PAS akan bertanding di Jelebu, Jempol dan Tampin, sementara PKR pula di Telok Kemang, Rembau dan Kuala Pilah. DAP pula akan bertanding di Seremban dan Rasah,” jelas Mohamad Hasan.
Apabila ditanya tentang senarai calon PAS pada PRU-13 nanti, Mohamad Hasan berkata beliau tidak boleh umumkan senarai calon sekarang kerana telah dipersetujui oleh Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan bahawa semua calon PRU-13 akan diumumkan serentak oleh PAS, PKR dan DAP di bawah entiti Pakatan Rakyat. -FMT
Kerajaan Negeri Sembilan haram selepas 26 Mac – Dr Aziz Bari
Kerajaan Negeri Sembilan akan menjadi kerajaan haram jika ia terus beroperasi selepas 26 Mac, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri pada tarikh tersebut jika tiada pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.
“Sekiranya kerajaan Negeri Sembilan terus beroperasi selepas Selasa, 26 Mac ini, kita boleh katakan yang ia haram. Ini kerana pada tarikh itu DUN Negeri Sembilan bubar secara automatik.
“Dalam sistem demokrasi berparlimen – atau Westminster – hayat kerajaan bergantung kepada dewan. Bila dewan bubar kerajaan pun ikut bubar.
“Sebuah kerajaan sementara (caretaker government) perlu dilantik oleh Yam Tuan Besar. Menteri Besar (MB) yang ada boleh dilantik sebagai MB sementara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Untuk rekod, sidang pertama Dewan Rakyat adalah pada 28 April 2008, manakala sidang DUN pertama pula bermula dengan Negeri Sembilan iaitu pada 25 Mac dan diikuti DUN-DUN lain pada bulan April 2008.
Menurut Aziz, adalah tidak bermoral bagi kerajaan negeri atau pusat terus berkuasa kerana ia telah melebihi tarikh 8 Mac, iaitu melepasi tempoh mandat lima tahun yang diberikan sejak pilihan raya umum (PRU) 2008.
“Kalau dulu taklah menonjol sangat sebab dewan (Dewan Rakyat dan DUN) dibubar sebelum 5 tahun. Sekurang-kurangnya adalah hujah moral untuk tidak melantik kerajaan sementara secara formal, “Tetapi sekarang ini lain, tarikh 8 Mac sudah jauh ditinggalkan. Tempat berpijak yang ada hanyalah tarikh dewan bersidang buat kali pertama selepas PRU yang lalu. Kalau tarikh yang itu pun sudah luput, apalagi alasan untuk kerajaan ini berada di situ dan menggunakan kemudahan serta wang rakyat,” katanya.
Justeru katanya, kerajaan sementara yang dilantik di Negeri Sembilan selepas 26 Mac perlu melaksanakan prinsip tersebut dengan menjalankan fungsi terhad sebagai sebuah kerajaan.
Ia katanya, termasuk tidak membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.
“Kerajaan sementara ini sekadar buat kerja rutin dan tak boleh buat inisiatif penting. Guna kemudahan awam lagilah tak boleh. Naikkan gaji pun menimbulkan persoalan,” ujarnya.
Menyifatkan tempoh yang ada pada kerajaan ibarat ‘simpanan petrol’ dalam tangki minyak sebuah kereta, Aziz menggesa parlimen segera dibubar agar mandat baru diberikan oleh rakyat.
“Tarikh 26 Mac itu – atau 28 April dalam konteks Dewan Rakyat – ibarat petrol reserve.
“Maknanya kalau minyak habis, kereta kena berhenti dan isi minyak. Isi minyak di sini bermaksud bubar dewan dan adakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat atau autoriti baru dari rakyat,” kata Aziz.
Ulasan GB
Banyak implikasi negatif akibat daripada kegagalan Najib untuk membubarkan parlimen setelah genap 5 tahun pilihanraya umum ke 12 di adakan pada 8 Mac 2008.
Apabila DUN terbubar dengan sendirinya seperti apa yang berlaku ke atas DUN Negeri Sembila, Najib seperti tidak menghormati kuasa Raja, Sultan, Yang Dipertuan besar dan Yang Dipertua Negeri yang mempunyai kuasa, di bawah Perlembagaan untuk membubarkan DUN negeri masing-masing.
Masih ingatkah kita di dalam peristiwa krisis Perak di mana tatkala rakyat Perak ingin DUN Perak dibubarkan ekoran rampasan kuasa UMNO BN terhadap kerajaan negeri tersebut? Sultan perak telah tidak memperkenankan pembubaran DUN, mengesahkan bahawa kuasa Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertua Negeri amat perlu untuk pembubaran DUN.
Tetapi apabila DUN terbubar dengan sendirinya bererti kuasa mereka lansung sudah tidak dihormati. Siapa yang menyebabkan keadaan begitu berlaku? Jawabnya PM yang penakut untuk membubarkan parlimen!
Selain daripada itu impak yang ditinggal amat besar. Kini Negeri Sembilan negeri pertama tiada lagi YB-YB dan para exco di negeri itu. Kerana tempoh YB-YB dan exco telah tamat. Begitunya MBnya. Gaji dan elaun mereka terhenti secara automatik.
Memang pun "Caretaker Government" mengambil-alih dan MB boleh meneruskan peranan sebagai Menteri Besar di bawah ‘caretaker government’ itu, tetapi mestilah mendapat restu Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertua Negeri masing-masing dan jumlah serta struktur kerajaan di dalam Caretaker government ini tidak sama malah kuasa mereka juga amat terhad.
Maruah Najib kini tercampak ke tong najis. Penakut yang tiada taranya dengan memberikan alasan-alasan dangkal sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah hendak mempastikan perlaksanaan program penipuannya berjalan sebelum pilihanraya dipanggil.
Di segi yang lain pula, dengan hukum kebenaran dan keadilan, apa yang nyata, seseorang itu sebenarnya diberikan kesempatan untuk menggunakan sehabis-habis peluang untuk memerintah sehingga ke akhirnya kerana itulah tanda-tanda riwayat pemerintahannya sudah pun berada di penghujung jalan seolah-olah tiada esok lagi bagi UMNO BN....
Ya pr memang berani sebab itu mereka nak bubar 22 april.. Kalau berani bubar lah sekarang..saya gerenti najib akan terpaksa bubar parlimen jugak.. Sembang deras boleh lah
BalasPadamAda lagi org yg tonggong mcm Bosan yg tak nampak kepenakutan najib toya..umporno ni satu je yg dia tak takut, iaitu sebar fitnah porno..
BalasPadamberkata NA jib ra ZAK aku dah NAZAK dan tidak mau jadi arwah um NO TAPI aku dan konco2ku TETAP akan jadi B angkai N gara supaya terus SAPUUU..1
BalasPadamMALAYSIA Begitu juga LEMBU-LEMBUku dn ANJING2ku yg sentiasa TAAT pada sgala penyelewengan,rasuah,salah guna
kuasa,maksiat dan kezaliman KAMI akan nanti tidak dapat CARI MAKAN LAGI jika kami DIKUBURRRkan,,,
Pendapat ambe, pihak yang bertanggungjawab melantik kerajaan sementara adalah SPR.
BalasPadamMalangya SPR Malaysia tak lebih merupakan satu anggota komponen BN.
anon 6:05 PM, apa yg pasti Najib memang penakut sebab parlimen masih tidak dibubarkan.....
BalasPadamNajib memang Najis....macam dulu dulu ada 2M sekarang ada 2N.
BalasPadamItu semua orang sudah tahu kan.
Telur hilang
BalasPadamKalau bubar parlimen, insyaallah jadi pembangkang atau banduan, baik jadi PM seumur hidup?
BalasPadamsaat kejatuhan itu akan tiba juga... pengundi baru pakatan dr hari ke hari semakin brtambah. BN akan hancur...
BalasPadamAhlil Nujum Nagara menasihatkan PM untuk jalankan pilihanraya umum pada 30 Februari 2013. PM tunggu punya tunggu tarikh tu tak muncul-muncul. Sebab tu lah sampai la ni pilihanraya tak diadakan...hehehe
BalasPadamJelas Datuk Mohammad Hassan biadap pada Yang Di PertuanBesar NS. Apalah salah mengadap terlebih dulu minta perkenan. Tiada perkenan maknanya jawatan sebagai mb sementara adalah salah. Jawatan itu sepatutnya dipegang oleh setiausaha kerajaan negeri. Saya bukan menyokong pembangkang tetapi dukacita dengan sikap ambil mudah kerajaan. Beginikah caranya kita menghormati raja-raja kita.
BalasPadamX pernah aku jumpa ddunia ini manusia penakut seperti najib....amat mmalukan.
BalasPadamSekarang DUN Negeri Sembilan telah terbubar dengan sendirinya. Tak lama lagi DUN Pahang juga akan terbubar jika tidak dibubar. Kemudian diikuti oleh satu demi satu DUN negeri-negeri lain. Akhirnya parlimen persekutuan.
BalasPadamSoalnya, adakah pilihan raya umum akan diadakan selepas ini? Bagaimana jika PM terus membisu? Dapatkah SPR mengadakan juga pilihan raya tanpa mendapat perkenan PM?
Memanglah salah dari segi Perlembagaan jika pilihan raya tidak diadakan jika tempoh DUN dan Parlimen telah tamat. Tapi itu hanya dari segi teori?
Bagaimana jika selepas parlimen terbubar PM masih juga meneruskan pemerintahan? Bagaimana hendak mengusulkan undi tidak percaya jika parlimen tidak lagi boleh bersidang kerana telah tamat tempoh?
Kalau ikut teori Hisyamuddin Rais, rakyat ketika itu patut ke jalan raya. Tapi bagaimana jika pasukan keselamatan diarah untuk membelasah rakyat yang turun ke jalan raya dan menangkap para pemimpin oposisi atas alasan menggugat ketenteraman awam?
Bagaimanakah perkhidmatan awam kita menghadapi situasi seperti ini jika terjadi? Antara kehendak perlembagaan dan kehendak mereka yang memegang tampuk pemerintahan, yang mana satukah yang akan mereka turuti?
Silap-silap negara kita boleh mengalami nasib yang sama dengan apa yang pernah di alami oleh negara Burma @ Myanma semasa di hujung pemerintahan Ni Win apabila beliau mengabaikan pilihan raya dan negara itu jatuh ke tangan pemerintan diktator!
Bak kata pepatah orang tua dia ni "muka tembok"
BalasPadamNajib sudah pening nak fikir hal rakyat Malaysia, duit dah banyak. Sekarang nampaknya Mahathir kena take over sementara untuk melebarkan sayap anaknya.Dulu bukan main lagi perlekehkan Pak lah.Memang BN tak boleh diharap dah, makin teruk.
BalasPadamkalau umum bubar.. maknanya kalah.. kalau gitu baik aku buat tak tahu.. je (terus jadi PM sampai mati) apa rakyat boleh buat,, aku ada tv 3/4, utusan meloya dan berita hairan.
BalasPadam