1 Mei 2012

Polis Wanita Menyamar Peserta BERSIH Pengsan Terhidu Gas, Apa Kataku?

Polis kantoi lagi: Polis Wanita Berbaju BERSIH ini Pengsan Terhidu Gas

Polis wanita ini menyamar dengan memakai baju BERSIH 3.0 pengsan setelah terhidu gas pemedih mata. Baguslah...dapat juga dia merasai betapa 'nyamannya' terkena gas tersebut.

Polis ini adalah antara mereka yang ditugaskan untuk menyamar sebagai demostran untuk mencuri maklumat, melakukan provokasi, dan menangkap demostran.

Kesian mereka ini. Mereka melakukan tugas demi memenuhi kehendak bos atasan untuk membelasah rakyat. Berbanggakah mereka dengan kerja sebegitu? Sepatutnya mereka menjaga keselamatan rakyat bukan 'menibai' rakyat...

Fikir-fikirkan...

-tuk kiyai

Ulasan GB

Jika benar polis wanita itu menyamar, bererti Allah masih menyayanginya, lalu "dipengsankannya" supaya dia tidak terus menerus melakukan kerja-kerja jahatnya.

Ada diantara yang jika Allah tidak sayangkan seseorang hambaNya, dibiarkan terus melakukan kerja-kerja jahat, kemudian sekonyong-konyong nanti Allah menurunkan siksaanNya atau mengambil nyawanya tanpa dia sempat bertaubat. Kan lebih dasyat jika begitu?

Terutama para provokator tuh... (geram betul GB dengan mereka nih... lansung tidak menggambarkan kerja orang beriman... tak mengapa, mereka akan tetap merasainya... kita serahkan kepada Dia, cara bagaimana dan bila pengajaranNya kepada mereka. Bukankah Allah sebaik-baik Perencana dan sebaik-baik Hakim? )


Sekumpulan anggota polis turut merasai pancutan gas pemedih mata semasa perhimpunan Bersih 3.0.


[Bergambar] Pendedahan Skandal Seks Azmin Ali, Azmin Nafi

Selepas kegagalan video seks Anwar, kini para pemfitnah melakukan serangan ke atas Azmin. Sebuah blog khusus diciptakan untuk memfitnah Ahli Parlimen Gombak berkenaan.

Tetapi malang, gambar-gambar yang dipaparkan yang dikatakan wajah Azmin lansung tidak dapat ditentukan kerana tiada satu pun gambar yang diapaparkan itu ada menunjukkan wajah Azmin yang sebenar. Kesemua fokus di dalam gambar di dalam jarak jauh dan wajahnya kabur.

Kerja-kerja memfitnah dengan mengaitkan adegan seks sudah menjadi perkara biasa bagi blogger pencacai UMNO.

Itulah tahap mentaliti yang mereka ada.

GB pernah ulas dahulu. Petikan:

Fitnah, mereka-reka cerita yang tidak benar, bahasa lucah/mencarut dan gambar porno sudah merupakan perkara asasi dan darah daging blogger proUMNO. Pergi ke mana-mana satu blogger pro-UMNO, anda akan menemui salah-satu daripadanya.

Terkutuklah blogger UMNO pemfitnah ini dari dunia sampai akhirat seperti firmanullah:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10



Skandal Seks Dalam Tandas : Kenyataan Penuh Penafian Azmin Ali

Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja – Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.

“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”

Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang – ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihanraya dan penyelewengan dana awam.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Saya akan terus bersama – sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana Perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.


Mohamed Azmin Bin Ali








klik untuk baca Laporan/Ulasan terkini




[Bergambar] PAS Serah Memo Desak Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Letak Jawatan

Putrajaya 30.4.2012 : Bertempat di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya semalam berlangsung majlis penyerahan Memorundum oleh PAS Pusat bersama PAS Selangor yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Ketua dan Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat serta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor bersama ahli jawatankuasa mendesak Pengerusi SPR meletak jawatan atas isu-isu yang dibangkitkan kebelakangan ini.



Mat Sabu: 1 juta untuk BERSIH 4.0 jika tiada reformasi p'raya

Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya.

Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya.

Beliau juga mengutuk kekejaman polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, sambil berkata ia "lebih kejam daripada polis Israel terhadap rakyat Palestin".

Beliau berada di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama
kumpulan pemandu mobilisasi demokrasi PAS hari ini untuk menyampaikan memorandum yang telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam suruhanjaya itu.

Memorandum itu menuntut akses media yang adil bagi pembangkang dan peletakan jawatan serta-merta Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang didedahkan Jumaat lalu oleh PKR menjadi ahli Umno.

-mk


Polis ganas: Transformasi Najib paling 'berjaya'

PUTRAJAYA, 30 April: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan transformasi yang paling 'berjaya' dalam transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah menjadikan imej polis dari ganas menjadi lebih ganas.

Malah beliau turut 'berbangga' menjadi rakyat Malaysia di bawah Najib kerana mempunyai anggota polis yang bertambah ganas dari tentera Israel.

"Bagi saya apa yang berlaku pada 28 April lepas merupakan transformasi yang paling berjaya di bawah pemerintahan Najib yang telah mengubah imej polis dari ganas menjadi lebih ganas," jelasnya kepada media di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau telah lama mengikuti himpunan namun himpunan kali ini merupakan satu himpunan paling ganas.

"Sudah 30 tahun saya mengikuti himpunan aman tapi apa yang berlaku Sabtu lepas merupakan paling ganas, saya ulangi kejayaan Najib paling berjaya.

"Lebih ganas dari Israel bila berdepan rakyat Palestin tapi itu berlainan bangsa tetapi polis Malaysia satu kaum dan bangsa mereka boleh bertindak sedemikian," sambungnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan kekesalan apabila pihak polis bertindak tanpa belas kasihan.

"Kita melihat kaum wanita dan kanak-kanak juga turut dipukul malah ada juga yang dipijak oleh polis.

"Ini adalah satu keganasan yang teruk dilakukan oleh polis, malah mereka bertindak di luar perikemanusiaan mereka," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat.

Siti Zailah juga turut mendesak agar satu Suruhanjaya Khas dibentuk bagi menyiasat keganasan tersebut dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya
. -HD


















-drsitimariah

BERSIH 3.0: Hishamuddin Arah Editor Jangan Lapor Keganasan Polis!!

Naib Presiden PKR, N Surendran mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib Altantuya, Hishamuddin Hussein mengarahkan supaya editor semua media cetak dan elektronik utama di negara ini supaya tidak mendedahkan keganasan polis sehari sebelum himpunan Bersih 3.0 yang berlangsung Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Gambar: Hishamuddin memantau peserta Himpunan Bersih 3.0 dipercayai dari bangunan ibu pejabat polis Bukit Aman

Surendran menambah lagi arahan tersebut dibuatbagi mengelakkan imej buruk polis terbongkar sebagaimana yang telah berlaku semasa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Berikut kenyataan penuh Surendran:

Saya merujuk kepada perhimpunan Bersih 3,0 dan tindakan kerajaan BN dengan tangan tinggi dan kejam terhadap media.

Kami telah menjumpai bukti lanjut yang menunjukkan bahawa perintah untuk mengganggu, menghalang dan menangkap wartawan yang meliputi perhimpunan Bersih 3.0 datang daripada peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pada 27.4.12, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn telah mengarahkan semua Ketua Editor akhbar utama untuk hadir di hadapannya.

Kami dimaklumkan bahawa pada arahan mesyuarat telah diberikan tentang bagaimana untuk melaporkan berita-berita di perhimpunan Bersih pada 28.4.12, dan bahawa editor ditanya untuk mengelak daripada melaporkan tentang kekejaman polis.

Ia amat mengganggu bahawa sehari selepas mesyuarat ini, wartawan yang cuba untuk merakam salah laku polis telah dbuli dengan cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Polis telah menjalankan hasrat Menteri Dalam Negeri.

Sehingga kini, tiada penjelasan telah diberikan oleh PM, Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara pada polis yang menyerang petugas media.

Jawapan Hishamuddin bahawa penyitaan peralatan elektronik jurugambar seperti kamera dan perakam video adalah prosedur operasi standard (SOP) adalah satu pengakuan yang mengejutkan menyalahi undang-undang dan kelakuan yang menyalahi undang-undang oleh pihak polis.

Kebebasan akhbar palsu

Ini juga serangan yang serius oleh BN berkenaan isu kebebasan akhbar.

Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai urusan khusus dalam bidang kuasanya mengarahkan media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan.

Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya berpura-pura meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar yang lebih kini terdedah sebagai kepalsuan yang paling hebat.

Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein untuk mendedahkan dalam masa 24 jam, butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media pada mesyuarat itu.

Kami seterusnya permintaan bahawa Najib dan Hishamuddin menerangkan dan menjawab serangan polis kejam dan teratur apabila media dan orang ramai pada 28/4 lalu.
-SK

[Video] Apabila Polis Memusuhi Rakyat, Polis Nak Tumpang Kencing Pun Rakyat Tak Bagi

Video Polis Nak Terkencing Pun Tauke Kedai Tak Bagi Masuk..

Polis nak masuk dalam bangunan kononnya sebab nak guna tandas nak terkencing sangat dah. Orang dalam bangunan tak bagi masuk. Polis macam tak percaya yang orang dalam bangunan tak bagi mereka masuk. Dia ingat dia ada kuasa boleh suka-suka hati nak buat apa-apa saja. Lepas tak dapat masuk, dengan megahnya berkata "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!"





Poll Yahoo: Polis punca keganasan

KUALA LUMPUR: Majoriti pengunjung laman web Yahoo Malaysia menyalahkan polis sehingga tercetusnya keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

Keputusan poll yang dibuat oleh Yahoo Malaysia.

Dalam satu poll yang dibuat oleh laman web antarabangsa itu, Yahoo bertanya, "Siapa yang patut dipersalahkan ekoran keganasan dalam Bersih 3.0?".

Jawapannya adalah 59 peratus pengunjung menyalahkan polis sebagai penyebab tercetusnya keganasan itu.

Sehingga berita ini disiarkan, 19,236 pelayar laman web Yahoo Malaysia ini telah mengundi.

Semalam, sekumpulan pemerhati antarabangsa juga mempersalahkan tindakan polis sehingga tercetusnya kekecohan dalam perhimpunan ini.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, “Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi).”

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media tradisional terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

“Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia,” kata Xenophon.


Khabar angin yang disebarkan di kalangan anggota polis yang bertugas kononnya seorang anggota mereka mati dipukul peserta deminstrasi telah dianggap sebagai punca keganasan polis dalam perhimpunan ini.

Media tradisional yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional pula membuat laporan palsu ekoran tindakan balas para peserta perhimpunan.

Misalnya tindakan peserta terbalikkan sebuah kereta polis kerana menganggap ada mangsa yang masih tersepit di bawah kereta itu dipaparkan sebagai contoh aksi keganasan.

Begitu juga aksi seorang 'peserta' menendang sebuah motosikal polis trafik dipaparkan sebagai aksi keganasan padahal dikenalpasti kemudiannya sipenendang itulah juga yang menangkap peserta perhimpunan kemudiannya.

Dalam sidang media Ketua Polis Negara semalam, Tan Sri Ismail Omar diserang bertalu-talu oleh wartawan kenapa polis bertindak menangkap dan memukul peserta perhimpunan di luar kawasan yang digezetkan oleh mahkamah iaitu Dataran Merdeka.

Ismail menjelaskan, ia dibuat selepas sekatan ke situ dipecahkan oleh peserta perhimpunan itu.
-HD


Ulasan GB

Zalim bukan? Nak tumpang kencing pun rakyat tak bagi? Tapi itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. What goes around turns around. Anda menzalimi rakyat, maka anda perlu merasai bagaimana jika rakyat mengambil sikap tindakbalas sedemikian?

Polis tidak boleh dan tidak perlu mengugut "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!" kerana rakyat pada bila-bila masa boleh jawab, "Kamu jangan ambil gaji kerana gaji kamu pun rakyat yang bayar!"

Dan yang marah kepada polis sekarang adalah ramai. Majoriti rakyat menunjukkan jarinya ke arah polis terhadap punca keganasan perhimpunan Bersih 3.0 seperti poll yahoo di atas.

Semuga senario ini menjadi iktibar kepada pasukan polis dan mana-mana pihak yang bertindak untuk menyalahkan rakyat di atas kesalahan dan kelemahan mereka.

Penjelasan KPN kononnya polis bertindak hanya selepas benteng polis dirempuh adalah karut kerana yang merempuh itu, setelah pelbagai bukti dipaparkan adalah ternyata perbuatan provokasi anggota polis sendiri. Apakah KPN masih cuba untuk menafikan "hakikat" ini?


Kami akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kita ingin mengingat kepada semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" mewujudkan provokasi ini bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


Polis Dakwa Ada Anggotanya Meninggal Dunia Punca Mereka Mengamuk - Chegu Bard

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa 'amukan' pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu berpunca daripada khabar angin kononnya seorang anggota mereka meninggal dunia dipukul peserta.

Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah salah seorang mangsa amukan itu yang didakwa dipukul lebih 50 anggota polis lewat petang Sabtu lalu.

Katanya, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta Bersih 3.0.

"Antara yang mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran.

Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan,"
katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.

Dalam laporan itu, Chegu Bard mendakwa dipukul ketika berada di kawasan Jalan Masjid India kira-kira jam 7 petang.

Ketika itu, beliau dan seorang lagi rakannya Sany sedang melihat anggota polis merosakkan dan menterbalikkan meja gerai peniaga yang ditutup di situ.

Tiba-tiba katanya, 10 anggota polis meluru ke arah mereka berdua dan terus memukul mereka tanpa bertanya apa-apa.

"Saya dipukul beberapa kali, kemudian diheret ke Jalan TAR dan dipukul lagi oleh anggota polis yang pakai uniform tapi tiada nombor polis atau tanda nama,"
katanya.

"Kemudian saya dibawa ke tempat kepungan di Dataran Merdeka dan di situ lebih teruk saya kena pukul. Saya muntah, telinga berdarah, hidung berdarah sampai saya tak larat dah.

"Kemudian datang dua orang pegang dan dirikan saya. Seorang anggota polis datang terus flying kick dada saya," tambahnya lagi.

Menurutnya juga, kepalanya turut berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek keras.

Dalam keadaan separa sedar itu juga ujarnya, beliau dapat merasakan poketnya diseluk dan hanya menyedari duitnya lebih RM200 hilang ketika dibawa naik ke atas trak.

"Saya merayu, saya mintak maaf, tapi saya seperti bercakap kepada orang yang langsung tidak ada pertimbangan.

"Saya ingin bagitahu kepada anggota polis, kami bukan memusuhi kamu. Kamu juga adalah mangsa kepada keadaan ketakutan Umno BN," katanya. -HD




Ada Ujian Provokasi Guna SUV Sebelum Kejadian Waja Diterbalikkan?


Bhai... lu tengok nih... Ini gambar satu SUV milik PDRM yang merempuh kawasan orang ramai berkumpul berhampiran SOGO sejurus sebelum kejadian kereta WAJA milik PDRM merempit dan melanggar orang awam dikawasan SOGO tersebut...

Untuk pengetahuan lu orang sumer... Kawasan nih telah diblock oleh "barrier plastik merah dan putih" yang biasa lu orang lihat kat kawasan pembinaan tue... dan block ini dipasang oleh PDRM seawal pukul 10 pagi lagi... jadi... atas alasan aper kah yang SUV PDRM nih meluru dan merempit dikawasan ini....

Ianya juga nyaris terbabas dan melanggar orang awam semasa ianya membuat belokan tajam menuju Jalan Bunus .... Yang lagi pelik... kenapa dier memecut ikut jalan Bunus.. sedangkan ianya boleh jalan terus menuju kearah Jalan TAR.


So... stakat provokasi dari orang awam guna botol air mineral pon boleh buat stunt macam nih ker.... Bahaya wei... Dari aper yang gua dapat baca.. gua berani kata bahawa ianya adalah ujian provokasi sebelum provokasi yang utama menjelma selepas itu sekitar 3 atau 4 minit berselang.... -cipantenuktapir

Bhai... sila gunakan akal yang waras aaa...

Ini gambar sejurus selepas sebuah SUV PDRM merempuh kawasan depan SOGO ... dan gambar ini diambil sebelum sebuah lagi PROTON WAJA milik PDRM yang dipandu oleh "Setan PDRM" yang pakai helmet dan berseluar pendek yang rempuh orang awam kat depan SOGO...


Kalu la orang ramai (pendemo) marah kan Polis... sure empat lima orang anggota Polis Trafik PDRM nih dah kena belasah dek orang ramai... hahaha.. kenapa plak anggota Trafik PDRM nih boleh santai jer takder kena aper-aper belasah oleh orang ramai... Lu orang tak pelik ker...

Gua berani jamin yang mulakan provokasi baling botol air mineral kat SUV PDRM dan WAJA PDRM tue mesti dari agen provokasi PDRM sendiri... sebab nak createkan senario... kalu peserta Bersih 3.0 yang buat havoc tue... mesti habis anggota-anggota Trafik PDRM yang sedang lepak tue kena belasah.... -cipantenuktapir



Ulasan GB

Kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kita ingin mengingat keapda semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" ini bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]