1 Mei 2012

[Video] Apabila Polis Memusuhi Rakyat, Polis Nak Tumpang Kencing Pun Rakyat Tak Bagi

Video Polis Nak Terkencing Pun Tauke Kedai Tak Bagi Masuk..

Polis nak masuk dalam bangunan kononnya sebab nak guna tandas nak terkencing sangat dah. Orang dalam bangunan tak bagi masuk. Polis macam tak percaya yang orang dalam bangunan tak bagi mereka masuk. Dia ingat dia ada kuasa boleh suka-suka hati nak buat apa-apa saja. Lepas tak dapat masuk, dengan megahnya berkata "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!"





Poll Yahoo: Polis punca keganasan

KUALA LUMPUR: Majoriti pengunjung laman web Yahoo Malaysia menyalahkan polis sehingga tercetusnya keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

Keputusan poll yang dibuat oleh Yahoo Malaysia.

Dalam satu poll yang dibuat oleh laman web antarabangsa itu, Yahoo bertanya, "Siapa yang patut dipersalahkan ekoran keganasan dalam Bersih 3.0?".

Jawapannya adalah 59 peratus pengunjung menyalahkan polis sebagai penyebab tercetusnya keganasan itu.

Sehingga berita ini disiarkan, 19,236 pelayar laman web Yahoo Malaysia ini telah mengundi.

Semalam, sekumpulan pemerhati antarabangsa juga mempersalahkan tindakan polis sehingga tercetusnya kekecohan dalam perhimpunan ini.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, “Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi).”

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media tradisional terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

“Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia,” kata Xenophon.


Khabar angin yang disebarkan di kalangan anggota polis yang bertugas kononnya seorang anggota mereka mati dipukul peserta deminstrasi telah dianggap sebagai punca keganasan polis dalam perhimpunan ini.

Media tradisional yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional pula membuat laporan palsu ekoran tindakan balas para peserta perhimpunan.

Misalnya tindakan peserta terbalikkan sebuah kereta polis kerana menganggap ada mangsa yang masih tersepit di bawah kereta itu dipaparkan sebagai contoh aksi keganasan.

Begitu juga aksi seorang 'peserta' menendang sebuah motosikal polis trafik dipaparkan sebagai aksi keganasan padahal dikenalpasti kemudiannya sipenendang itulah juga yang menangkap peserta perhimpunan kemudiannya.

Dalam sidang media Ketua Polis Negara semalam, Tan Sri Ismail Omar diserang bertalu-talu oleh wartawan kenapa polis bertindak menangkap dan memukul peserta perhimpunan di luar kawasan yang digezetkan oleh mahkamah iaitu Dataran Merdeka.

Ismail menjelaskan, ia dibuat selepas sekatan ke situ dipecahkan oleh peserta perhimpunan itu.
-HD


Ulasan GB

Zalim bukan? Nak tumpang kencing pun rakyat tak bagi? Tapi itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. What goes around turns around. Anda menzalimi rakyat, maka anda perlu merasai bagaimana jika rakyat mengambil sikap tindakbalas sedemikian?

Polis tidak boleh dan tidak perlu mengugut "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!" kerana rakyat pada bila-bila masa boleh jawab, "Kamu jangan ambil gaji kerana gaji kamu pun rakyat yang bayar!"

Dan yang marah kepada polis sekarang adalah ramai. Majoriti rakyat menunjukkan jarinya ke arah polis terhadap punca keganasan perhimpunan Bersih 3.0 seperti poll yahoo di atas.

Semuga senario ini menjadi iktibar kepada pasukan polis dan mana-mana pihak yang bertindak untuk menyalahkan rakyat di atas kesalahan dan kelemahan mereka.

Penjelasan KPN kononnya polis bertindak hanya selepas benteng polis dirempuh adalah karut kerana yang merempuh itu, setelah pelbagai bukti dipaparkan adalah ternyata perbuatan provokasi anggota polis sendiri. Apakah KPN masih cuba untuk menafikan "hakikat" ini?


Kami akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kita ingin mengingat kepada semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" mewujudkan provokasi ini bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


23 ulasan:

  1. ketua polis patut letak jawatan

    BalasPadam
  2. Pakcu Rantau Panjang1 Mei 2012 pada 10:32 PG

    Maaf kalau Pakcu kata inilah impak dari suasana yang dibangkitkan oleh orang politik. Jika kita megah dengan untuk membalas maka tidak mungkin tiada dendam yang akan terpahat. Maka apakah perlu peristiwa ini dicatit dan dilaungkan ..dan mungkin kedai tersebut adalah "Kedai Cina"...dan inilah kejayaan mereka.

    Dan tunggulah kalau ini berlarutan maka akan terjadi salah anggapan yang menjauhkan lagi jurang antara polis dan orang ramai.

    Maka tika itu siapa yang perlu dipersalahkan...jika huruhara terbentang luas nanti..walahualam

    BalasPadam
  3. Macamanalah ya nak buat laporan polis kerana dibelasah polis? Macam mengadu pada bapak harimau sebab dibaham oleh anak harimau? Aduh kesiannya saudara2 sy (mangsa2) yang kena belasah ni..

    BalasPadam
  4. Hahahaha... ASTRO pon kena marah pasal Bersih 3.0...
    http://www.sarawakreport.org/2012/04/bbc-signals-outrage-over-malaysian-censorship-of-bersih-3-0-coverage-exclusive/

    demambersih...

    BalasPadam
  5. pakcu,

    kita bercakap tentang hukum "sunnatullah" yang tidak berubah, bukan soal dendam atau megah membalas.

    Hukum sunnatullah adalah hukum universal, hukum alam yang dicipta Allah swt untuk panduan kepada manusia. Anda pernah dengar apa itu "Golden Rule"?

    One should not treat others in ways that one would not like to be treated.

    This concept describes a "reciprocal" or "two-way" relationship between one's self and others that involves both sides equally and in a mutual fashion


    Di kalangan "budaya" orang Melayu pun ada pepatah: buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat

    Dan di dalam Islam Surah Al-Baqarah ayat 286 ada menyebut: laha kasabat wa 'alaiha maktasabat

    Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

    Semuga pakcu lebih banyak membuat kajian terhadap ayat-ayat makru'ah dan ayat-ayat manzurah untuk mendapat kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

    BalasPadam
  6. Pak cu cheng!! Kalau lu mau tumpang kencing, bukan saya gua tak bagi, gua halau halau lu mcm anjing, sebab lu standard anjing, angkat sebelah kaki pancut ikut suka.

    BalasPadam
  7. Pakcu Rantau Panjang said...

    Maaf kalau Pakcu kata inilah impak dari suasana yang dibangkitkan oleh orang politik. Jika kita megah dengan untuk membalas maka tidak mungkin tiada dendam yang akan terpahat. Maka apakah perlu peristiwa ini dicatit dan dilaungkan ..dan mungkin kedai tersebut adalah "Kedai Cina"...dan inilah kejayaan mereka.

    Dan tunggulah kalau ini berlarutan maka akan terjadi salah anggapan yang menjauhkan lagi jurang antara polis dan orang ramai.

    Maka tika itu siapa yang perlu dipersalahkan...jika huruhara terbentang luas nanti..walahualam

    Pak cu.
    Sekali imbas memang komen yang baik.
    Masalah sekarang bukan polis akan makin jauh, kerana dah jauh pun. Dah susah nak didekatkan. Sistem dalam polis sekarang takutkan ketua mengatsi segalanya kadangkala lupa mereka tu Islam. Mereka dah seperti robot. Dah ada yang hidup macam koboi, senang sangat nak belasah orang.
    Jangan bangkitkan cina, melayu dan india. Dalam Bersih semua bangsa ada dan mereka boleh menghormati satu sama lain. Kenapa luar Bersih susah sangat. Puas aku merayu minta untuk tolong anak aku nak belajar, puas naik tangga turun tangga, menyombong, baik MARAnya, JPAnya, tapi datang kampung aku pandai pulak merayu jangan percaya cakap pembangkang. Rumah kecurian, panggil polis setengah jam tak sampai lagi. Bila sampai dia pulak tanya kita macam kita jadi POLIS. Tak taulah SOP apa yang dia guna. Sebenarnya pembangkang pun bukan bagus sangat, masalahnya, pemimpin BN sekarang KEBANYAKANNYA LEBIH TERUK. Cubalah pak cu fikir fikirkan.

    BalasPadam
  8. Pendapat Peribadi Aku:

    1. Aku bangga dengan rakyat Malaysia yang merempuh barricade untuk ke Dataran Merdeka. Itulah perjuangan sebenar KEMERDEKAAN! Perjuangan untuk hak mereka.

    2. Sebenarnya bukan RAKYAT yang melawan kerajaan tetapi KERAJAAN yang diberi mandat melawan RAKYAT dengan LARANGAN tak berasas. Kalau KERAJAAN boleh buat macam tu, bayangkan suatu hari nanti tidak mustahil kalau rumah sendiri pun tak boleh masuk.

    3. RAKYAT yang nak masuk ke Dataran Merdeka bukannya bersenjata pun. Bukannya ganas, bukan mereka menyerang POLIS. Sepatutnya setakat amaran sudah cukup untuk mereka bersurai.

    4. Walau aku simpati dengan penuh Insaf, ada yang di belasah oleh Polis, namun aku bangga dengan mereka yang mengambil risiko ini. Nyawa dijadikan taruhan demi generasi akan datang.

    5. Larangan untuk 'berhimpun' tu di Dataran Merdeka atau termasuk jalan raya di depan Dataran Merdeka? Kalau hanya di padang Dataran Merdeka - tak sewajarnya tindakan diambil ke atas orang ramai. Mereka tidak melanggar larangan mahkamah. Mahkamah larang untuk berhimpun, tapi ada tak larangan untuk hanya 'lalu' atau merentasi jalan raya di hadapan Dataran Merdeka?

    Apa-apa pun tahniah rakyat Malaysia yang berani memperjuangkan hak.

    BalasPadam
  9. pakcu... hmm.. aaaah... malas la nk layan... standad org klu da ada kuasa... lupa daratan la.. tp x kira sape klu buat zalim akan ada org tentang kezaliman...
    tuka kepala baiklah... klu zalim tetap akan ada org tentang kezaliman.. hatta buat baik pun ada penentangan...

    BalasPadam
  10. bukan semua polis sombong macam dlm cite tu...tapi aku paling menyampah dengan kata-kata polis tu...overall...cite tu menunjukkan tahap keraguan rakyat msia terhadap kredibiliti anggota polis..ketua polis negara kena pikir benda ni seriuosly la dari buat kerja-kerja x berfaedah kat ofis tu.

    BalasPadam
  11. V for Vandetta - Malaysia Embassy turun bendera.. takut Bersih 3.0, sama macam Pak Jib Mongol lari luar KL... http://www.sarawakreport.org/2012/04/masked-message-from-london-to-najib-and-cameron/

    demambersih

    BalasPadam
  12. hujah gb mantap, tkasih.

    BalasPadam
  13. Udah la PDRM....kes yang jenayah tak boleh diselesaikan makin menjadi ada la...

    duk sibuk belasah orang awam aje..muke tak malu...makan gaji bute cissss.....

    BalasPadam
  14. keh3...tahu pn kecewa polis ni...tu bru tak bg guna tandas dh frustt....sekali sekala cuba hayati prasaan rakyat marhaen hk kne blasah tu

    BalasPadam
  15. salam gb,sudah sampai masanya kita menegur bangsat bangsat polis,SOP agama bg yang ada agama,SOP maruah bg yg ada maruah,kita tegur melalui tulisan/perkataan setiap perbuatan yang begitu jijik skali.Sekarang polis semakin hilang kewarasan dan maruah diri dan pekerjaan.Apakah pekerjaan mereka ni mulia dgn meng adu domba masyarakat

    BalasPadam
  16. BUDAKBOY

    Pak Cu Rantau Panjang. Aku pinjam kata2 hang ye (mungkin kita sebaya, 50 - 52 tahun usia). Hang mungkin tak join BERSIH 3.0. Aku pun ngaku yg aku tak join tapi 2 orang anak perempuan aku BERSAMA BERSIH 3.0. Anak perempuan kedua aku dibantu dan ditolong oleh Pakcik Cina ketika anak aku tu pengsan kene tear gas. Mungkin tu adalah perkataan hang.

    Bukan salah polis RF (rank and file) tu. Salah ketua dia orang. Kalau kat luar, Menteri dan KPN DAH letak jawatan sebab KPN tu sure tau kata2 ni "there's no bad soldier, there's always bad officer.

    Org Pekan, gaji halal tu sebab TAAT dan SETIA kepada arahan Ketua. hok ni yang KOI benci sebab TAKUT nak kata TIDAK pada arahan tak sah.

    BalasPadam
  17. janganlah mencari kemarahan orang, pak chu. kalu nak berfalasafah ke carilah masa lain. orang tengah panas awak bercakap berputar-putar. kalu tak meyokong takpe tapi jangan pulak menempelak orang lain. Harap Tok Guru NA tarbiyahkan pak chu rantau panjang ni, wallah hua'lam

    BalasPadam
  18. pada akulah.
    apa yang berlaku.
    sepatutnya berlaku.
    apabila dikatakan demonstrasi,
    itulah ganjarannya.
    pengorbanan misti ada.
    pada akulah.
    apa yang berlaku
    hanya sekelumit saja.
    jarang ada demontrasi
    berjalan dengan aman.
    misti ada huru-hara,
    misti kacau-bilau.
    apatahlagi adanya
    polis haramjadah
    dan siput babi (sb)
    yang dilatih untuk
    menentang rakyat.
    yang penting,
    bersih 3.0 berjaya
    mengkucar-kacirkan bn/umno.
    itulah yang penting.
    mungkin apabila diumumkan
    akan diadakan pula bersih 4.0,
    pasti najib dan kuncu2nya
    akan terkucir, terkencing.
    apa perlu dibuat
    teruskan demonstrasi kalau
    bn/umno buat pekak badak
    kalau 8 tuntutan tidak dilayan.
    menjelang bersih 4.0,
    mini demonstrasi patut diadakan
    suruh pengerusi, tim. pengerusi spr
    dan igp letak jawatan.
    bersih 3.0, sudah ada tanda2
    rakyat sudah berani berjuang
    menentang dan melawan polis.
    bersih 1.0, 2.0 dan 3.0
    polis dan sb belasah rakyat.
    jaga2 polis dan sb,
    bersih 4.0 nanti,
    rakyat pula akan belasah kamu.
    lebih banyak kereta
    dan motosikal kamu
    akan mereka tebalikkan.
    kepada raja2 dan tentera pula.
    jangan diam saja.
    bantulah rakyat yang mahukan
    sebuah kerajaan yang
    bersih lagi amanah.
    jangan biarkan kami (rakyat)
    bersendirian.
    bantulah kami, kerana kami
    tidak punya kuasa,
    selain berdemonstrasi.
    lawan tetap lawan!

    BalasPadam
  19. polis ikut protokol n mmg tugasan..bkn nk menyebelahi polis tp biar kita jd pokok epal. org dibawah baling batu tp kita baling epal yg manis kt org dibawah. kalo polis jht rkyt jahat rosaklah negara. renung2kn dan slmt beramal.

    BalasPadam
  20. Pakcu Rantau Panjang1 Mei 2012 pada 11:52 PTG

    Terima kasih kerana banyak respon yang tertera bila Pakcu cuba beri pandangan. Tak kurang juga yang "low idea" dan mencarut seperti anon may 11.96 am. Pakcu kira bila dia panggil Pakcu dengan tambahan Cheng tentunya dia China. Maka tak kisahlah kalau penulisnya kurang budi bahasa seperti itu.

    Pakcu banyak melayari blog samada yang berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang. Dan terima kasih kerana tuan mengizinkan Pakcu untuk bertukar infomasi.Maka setiap pandangan yang diutarakan mempunyai alasan yang tertentu. Dan Pakcu tidak memaksa sesiapa pun menerimanya. Seorang yang mempunyai minda yang terbuka sering menyuluh dengan hati budi yang telus kerana akhlak yang ada pada Rasullulah tidak pernah berdendam dan tetap memberi kemaafan biarpun orang berbuat buruk padanya( maksud hadis )...Walahualam

    BalasPadam
  21. Pakcu Rantau Panjang2 Mei 2012 pada 12:47 PG

    Terima kasih kerana begitu ramai yang respon dengan komen Pakcu. Dan terima kasih juga kepada tuan greenboc kerana mengizin Pakcu bertandang dan turut memberi pendapat.

    Sebagai pelayar blog Pakcu hanya memberi pandangan dan tak memaksa sesiapa menerimanya. Ia sekadar bertukar informasi. Kadang-kadang kita perlu mengubah paradigma yang hanya sehala barulah kita tau ruang lingkup dunia lain.

    Kunjungilah berbagai blog dan dapatkan maklumat baru minda kita akan terbuka luas. Biar pun kita dibolehkan membalas atas perbuatan orang tapi sebaik akhlak ialah akhlak baginda yang tetap memberi kemaafan biarpun baginda berkesempatan membalasnya begitu juga dalam petikan dan terjemahan al-quraan yang Pakcu fahami..dan beliau tidak pernah pun merasai apa-apa malah tetap mengajukan kelemahan baginda kepada Allah.....tetang kezaliman yang dilakukan oleh kaumnya..semoga diberi pertunjuk....tuan boleh rujuk Kitab Hayatul Sahabat...karangan Maulana Zakaria.Walahualam.

    BalasPadam
  22. anon 6:23 pm. jgn harapkan tentera. ada sesuatu yg saudara dan mungkin ramai lagi tak tau. setiap kali ada demo cam bersih ni, tentera dah siap siaga (alert).

    teruskan demo aman macam kat kuantan dulu - lynas.

    BalasPadam
  23. ada lagi org2 bodoh atas pagar nak menyalak kat sini.. org jenis ni hanya tumpang susah payah kita sahaja..dgn kata lain duniawi semata2.. yakinlah pada allah bukannya yakin pada makhluk..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.