1 Mei 2012

Ada Ujian Provokasi Guna SUV Sebelum Kejadian Waja Diterbalikkan?


Bhai... lu tengok nih... Ini gambar satu SUV milik PDRM yang merempuh kawasan orang ramai berkumpul berhampiran SOGO sejurus sebelum kejadian kereta WAJA milik PDRM merempit dan melanggar orang awam dikawasan SOGO tersebut...

Untuk pengetahuan lu orang sumer... Kawasan nih telah diblock oleh "barrier plastik merah dan putih" yang biasa lu orang lihat kat kawasan pembinaan tue... dan block ini dipasang oleh PDRM seawal pukul 10 pagi lagi... jadi... atas alasan aper kah yang SUV PDRM nih meluru dan merempit dikawasan ini....

Ianya juga nyaris terbabas dan melanggar orang awam semasa ianya membuat belokan tajam menuju Jalan Bunus .... Yang lagi pelik... kenapa dier memecut ikut jalan Bunus.. sedangkan ianya boleh jalan terus menuju kearah Jalan TAR.


So... stakat provokasi dari orang awam guna botol air mineral pon boleh buat stunt macam nih ker.... Bahaya wei... Dari aper yang gua dapat baca.. gua berani kata bahawa ianya adalah ujian provokasi sebelum provokasi yang utama menjelma selepas itu sekitar 3 atau 4 minit berselang.... -cipantenuktapir

Bhai... sila gunakan akal yang waras aaa...

Ini gambar sejurus selepas sebuah SUV PDRM merempuh kawasan depan SOGO ... dan gambar ini diambil sebelum sebuah lagi PROTON WAJA milik PDRM yang dipandu oleh "Setan PDRM" yang pakai helmet dan berseluar pendek yang rempuh orang awam kat depan SOGO...


Kalu la orang ramai (pendemo) marah kan Polis... sure empat lima orang anggota Polis Trafik PDRM nih dah kena belasah dek orang ramai... hahaha.. kenapa plak anggota Trafik PDRM nih boleh santai jer takder kena aper-aper belasah oleh orang ramai... Lu orang tak pelik ker...

Gua berani jamin yang mulakan provokasi baling botol air mineral kat SUV PDRM dan WAJA PDRM tue mesti dari agen provokasi PDRM sendiri... sebab nak createkan senario... kalu peserta Bersih 3.0 yang buat havoc tue... mesti habis anggota-anggota Trafik PDRM yang sedang lepak tue kena belasah.... -cipantenuktapir



Ulasan GB

Kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kita ingin mengingat keapda semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" ini bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

15 ulasan:

  1. kepada admin..sebenarnya pemandu kereta waja polis tu bukanlah individu yang memakai helmet dan berseluar pendek tu..individu tersebut datang dari belakang untuk membantu anggota polis di dalam kereta tersebut dari dipukul..sila lihat video ini pada minit 0:16-0:19..harap admin boleh betulkan perkara ini..
    http://www.youtube.com/watch?v=wLlBgPwzcJI&feature=share

    BalasPadam
  2. apabila berlaku masalah kita berbalik kepada punca masalah tersebut. masalah yg timbul apabila ada individu memberi isyarat utk memasuki kawasan dataran merdeka, walhal sebelum tu pengerusi bersih ckp takkan masuk kawasan dataran merdeka. nmpk sgt individu tu dh hijack bersih dan punca kepada tercetusnya provokasi.

    ni klu nk sembang cite sebelum keta waja terbalik, sebelum SUV buat provokasi kononnya la

    komen must be approved?

    BalasPadam
  3. anon 12:32

    anda ada di sana?

    sila baca dari c++ yang turut ada di sana:

    Tapi... bhai... gua dan beberapa rakan media lain ader kat sini.. dan kami tau dan kami kenal siapa yang drive kereta WAJA PDRM tue... kalu nak kata tak sedar diri masa kejadian.... macam mana pulak dier boleh bagi penumbuk dan penerajang kat orang ramai yang menyerbu ke kereta tue.. hahaha... oh yer... mana dier helmet "Apollo" dier... hahaha

    Untuk pengetahuan.. gua dah tengok gambar dua orang nih yang dipaparkan oleh Media Pencacai UMNO/BN .. dan seperti yang gua sangkakan... bukan orang yang sama ditempat kejadian... hahaha...

    Muka pon tarak sama boleh cerita yang dier kena belasah... hahaha... nak tipu pun berpadalah wei...


    http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2012/04/bersih-30-nak-tipu-pun-berpadalah.html

    BalasPadam
  4. admin~yg pakai helmet tu bukan driver la..mamat tu nmpk mcm balaci polis jerk..sbb dlm 1 video mmg dia tgh standby atas motor dia sblum kereta waja tu langgar org...dia meluru laju lpas kejadian tu....

    BalasPadam
  5. Bro gb. Sy hrp sgt bro bgtau secara detail apa yg berlaku dan dlm berita si ank paimin tu kena belasah, adakah dia yg bwk keta waja tu. Sy mmg geram sgt ngn polis bodo tu.

    BalasPadam
  6. jika apa yg ditulis oleh anon 12:47 & anon 12:49 itu benar, bererti wartawan al-hijrah yang bernama azri itu (alhijrah tapi pakai seluar pendek?) dah standby awal-awal untuk selamatkan pemandu kereta waja, bererti juga sudah ada "perancangan" wartawan tersebut dengan anggota polis untuk merakam ... tetapi Allh swt gagalkan skrip mereka...

    BalasPadam
  7. GB, aku tgk balik video kat youtube tu beberapa kali:

    http://www.youtube.com/watch?v=wLlBgPwzcJI&feature=share

    Cuba tengok kat 0.15, start mamat pakai baju kelabu, suar pendek, helmet serbu ke arah keta Waja.. dan rasanya mcm dia sedang pegang kamera.

    Harap GB siasat lagi.. jom bongkar perkara sebenar.

    BalasPadam
  8. Sy terlalu pelik bila stament berkata x de jln lain nak.lalu sedang tu telah ti tutup oleh polis dhn barrer putih mushkil

    BalasPadam
  9. Yang sebetulnya semua ini tak terjadi jika SPR buat kerja yang betul. Jika SPR lakukan kerja yang betul, semua pihak akan berpuas hati, maka tak perlulah diadakan Bersih 3.0.

    Satu lagi yang bodoh Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL), kalau dia membenarkan Himpunan Bersih 3.0 diadakan dengan mudah di Dataran Merdeka seperti diminta... semua ini ok je macam sambutan merdeka dan yang lain-lain.

    Bodoh yang paling utama adalah Najib. Padahal dia mampu meraih imej yang baik jika beliau memberikan arahan kepada DBKL, PDRM dan sebagainya untuk benarkan sahaja Bersih 3.0 diadakan di tempat yang dikehendaki. Malah jika Bersih 3.0 berlangsung dengan baik, penyokong atas pagar akan melihatnya sebagai Perdana Menteri yang baik, malah akan memulihkan semua imej-imejnya yang buruk semasa Bersih 2.0, rasuah dan sebagainya. Namun sebab dia Perdana Menteri berstandard nangoi, maka nangoilah jadinya.

    Sekarang, para blogger tunggu apa lagi serang sahaja kredibiliti si nangoi tu habis-habisan sehingga seandainya ada Bangla, Myanmar dan Indon yang terlepas pun tak sudi diberi untuk memangkah BN.

    Soalan: Kenapa tiada pihak beramai-ramai buat laporan polis atas tindakan TV3 dan media-media yang lain yang tidak melaporkan kebenaran tentang peristiwa rempuhan Proton Waja Polis itu? Kita ada bukti video yang bercambah di internet berkaitan dengan kejadian itu. Mungkin tiada tindakan akan dibuat, namun seandainya Pakatan Rakyat menang, kita boleh tuntut agar peristiwa itu disiasat kerana sudah ada laporan dibuat.

    BalasPadam
  10. JANGAN ASYIK DENGAN BERSIH NI, NUH 1.7JUTA IC AKAN MASUK MENGUNDI..JANGAN TENGGELAMKAN ISU PENGUNDI HANTU...KALAU TIADA PERUBAHAN, BERSIH 4.0...

    BalasPadam
  11. Buang masa nak buat laporan polis tentang tv3. Dah bertahun x tengok tv3 dan dah bertahun x baca Utusan. cuba perhatikan sapa yg baca utusan dan tengok tv 3. 90%yg. bermenteliti mcm org zaman purba.

    BalasPadam
  12. yg pakai helmet tu azri-wartawan al-hijrah, masa keta waja tu tersasar, azri ni berlari menuju ke kereta polis, last2 dia kena bantai.. xtaw kenape, peserta bersih yg selamatkan polis dlm kereta tu..
    Bersih ni takkan terjadi kalau Najib dahulukan rakyat (rakyat didahulukan), bersihkan je SPR, bg je suruhanjaya diraja buat kerja elok2 siasat sape salah sape betul.. yg dia mengelak tu nape? betul ke Najib wat salah? bile dh jadi macam tu jangan la salahkan rakyat tak percaya dgn pemimpin pulak..

    BalasPadam
  13. bro.. GB betul kata dorang yang pakai helmet tu bukan pemandu kete polis tu...

    kalau kau tanya aku.. aku ada tempat kejadian??

    yaaa memang aku ada tempat kejadian...

    jadi sebelum pekara ni jadi 1 fitnah lebih baik ko ubah la bro..

    (gua nasihat je bro...)

    tumbang BN tumbang lah semua pembangsat negara... abu abu!

    BalasPadam
  14. anon 7:49 menulis

    "bro.. GB betul kata dorang yang pakai helmet tu bukan pemandu kete polis tu..."

    "kata dorang" belum tentu menunjukkan kebenaran.

    Itu sebab pentingnya kita perlu berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran itu kerana Dialah Al-Haq (Maha Benar".

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.