29 Jan 2012

Idris Ahmad: Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.

Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.



Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak. -tvsnews

Di Pulau Pinang, UMNO Tak Henti Timbulkan Kekacauan, Mengapa Najib Diam?

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.

Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.

Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.

Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.

"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.

"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.

"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.

"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka,"
katanya.

Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.

"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya. -HD


Cara Berfikir Umno Amat Purba

Cara berfikir pemimpin-pemimpin Umno amat purba kerana mereka gentar untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat, demikian ditegaskan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Jelas, Umno belum berhenti dari muslihatnya terus memperbodoh dan menindas minda rakyat. Dengan ini, kuasa memerintah negara terus kekal di tangan dan pelbagai penyelewengan mudah diteruskan tanpa sekatan.

“Apa yang kita pasti, sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas perkara ini berhubung sikap Perdana Menteri dan juga Presiden Umno-Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkali-kali enggan menyahut cabaran Ketua Pembangkang dan juga pemimpin Pakatan Rakyat untuk berdebat.

Anwar secara terbuka mengajak Najib berdebat mengenai beberapa isu kritikal semasa – politik, ekonomi dan kebajikan rakyat - yang sedang hangat diperkatakan kini.

Dr Manuty berkata, alasan yang diberikan begitu memual dan menjengkelkan. Sikap ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya Umno untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat.

Debat – amalan tradisi pemimpin

Sesungguhnya kata beliau, PKR ingin menegaskan pendirian bahawa debat antara pemimpin adalah tradisi mana-mana kepimpinan silam bagi semua tamadun. Di dalam Al Quran sendiri Allah SWT menjelaskan:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl: 125).

Beliau menegaskan pada hakikatnya, budaya debat adalah amalan lumrah para ilmuan dan kepimpinan silam. Melaluinya, kebenaran akan lebih terserlah dan “insight” baru dapat dicernakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Lebih penting katanya, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang akan diberikan amanah mengurus negara pada masa depan. Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat.

“Kita pun merasa aneh mengapa pula Najib tidak punyai keberanian menyahut cabaran ini sedangkan, beliau sendiri dikatakan selalu mempamirkan gaya pidato yang tidak kurang hebatnya semasa berucap di khalayak umum di mana-mana.

“Beliau sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga dengan bekalan idea dan maklumat jika diperlukan.

“PKR merasa kesal akan betapa hina dan rendahnya pandangan Umno-BN terhadap rakyat Malaysia yang bersifat majmuk ini,” tegas beliau. -FMT

Debat dituntut dalam Islam tapi Najib elak untuk sorok ‘sesuatu’

KUALA LUMPUR: Budaya debat antara pemimpin selaras dengan tuntutan al-Quran dan menjadi tradisi kepimpinan silam tamadun dunia, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Sambil memetik Surah An-Nahl: 125, beliau berkata budaya itu lumrah ilmuan dan kepimpinan silam kerana kebenaran akan lebih terserlah dan pandangan baru dapat dicerna demi kepentingan negara dan rakyat.

“Lebih penting, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang diberi amanah mengurus negara pada masa depan.

“Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Dr Muhammad Nur kesal dengan keengganan Datuk Seri Najib Razak menyahut seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat secara terbuka mengenai isu politik, ekonomi dan kebajikan rakyat yang sedang hangat diperkata.

“Pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberi persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran. Ia mempamer bahawa ada rahsia yang mahu disorok.

“Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno wajib menjelaskannya,” kata beliau yang menganggap alasan parti itu sebagai memual dan menjengkelkan.

Beliau menyifatkan keengganan Najib berdebat adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan Umno dalam politik semasa yang mengamal budaya telus dan terbuka.

“Najib sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga dengan bekalan idea dan maklumat,” kata beliau.

Beliau juga percaya Umno belum berhenti dari muslihatnya untuk memperbodoh dan menindas minda rakyat untuk kekal berkuasa dan meneruskan penyelewengan tanpa sekatan.

Katanya, KEADILAN kesal kerana Umno yang memerintah sejak 54 tahun lalu, menghina dan merendah-rendahkan kemampuan rakyat Malaysia membuat penilaian.

“Jika benarlah rakyat masih belum mampu menerima debat kepimpinan secara terbuka, bukankah ini bukti kegagalan Umno sendiri?” katanya.

- KD


Skandal NFC: Kenapa Muhyiddin Takut Untuk Tubuh Suruhanjaya Diraja?

NFC: Mengapa Muhyiddin takut, soal Pas

PADANG BESAR - Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) mendedahkan sikap sebenar pemimpin itu yang dilihat enggan bertanggungjawab terhadapnya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Muhyiddin yang seharusnya dipertanggungjawabkan untuk menjawab isu itu memandangkan projek itu dilaksanakan sewaktu beliau memegang portfolio sebagai Menteri Pertanian.

"Mengapa Muhyiddin perlu takut? Sepatutnya beliau harus bersikap lebih terbuka sekiranya NFC benar-benar tidak berlaku penyelewengan.

"Pakatan Rakyat akan memastikan usaha menutup kegagalan NFC tidak akan berjaya dengan pelbagai siri pembongkaran isu itu yang akan dilakukan secara berperingkat terhadap umum," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian pada program perasmian Sambutan Jubli Perak Pasti Nurul Hayah, Santan di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek NFC tidak diperlukan memandangkan langkah-langkah sedang diambil kerajaan melalui beberapa agensi penguatkuasaan sudah memadai.

Kata beliau, selain penjelasan dan laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung isu itu, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terperinci.

"Saya fikir langkah-langkah yang diambil juruadit negara ataupun Ketua Audit Negara dengan penjelasan itu memadai. Lagipun dalam peringkat yang sama beberapa agensi penguatkuasaan iaitu Polis Diraja Malaysia dan SPRM pun buat siasatan mereka. Kita harap hasil siasatannya dapat disiapkan dengan segera, bagi kita mengetahui kedudukan sebenarnya," katanya.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mahukan rakyat mendesak kerajaan supaya membentuk sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu NFC yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Timbalan Perdana Menteri akur beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan projek itu berjaya dan berdaya maju.

Dalam satu kenyatan Rabu lepas, Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan. -SH

Muhyiddin: Tak perlu tubuh s'jaya diraja siasat NFC

Tidak ada keperluan untuk memenuhi tuntutan pembangkang supaya suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ini kerana siasatan kerajaan terhadap NFC adalah mencukupi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

"Mungkin pembangkang mahu melihat program ini gagal, supaya ia boleh mendakwa, ia betul," kata Muhyiddin dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Muhyiddin mengulas tuntutan pembangkang supaya RCI ditubuhkan untuk menyiasat syarikat kontroversi tersebut yang dimiliki dan dikendalikan oleh anggota menteri pusat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Syarikat tersebut menjadi sasaran cemuhan awam dan kecaman pembangkang selepas PKR membangkitkan beberapa perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan NFC berhubung pembelian kondominium, tanah dan lawatan ke luar negara oleh anggota keluarga Shahrizat.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berkata kelemahan yang dilaporkan dalam laporan audit 2010 ialah di Pusat Fidlot Kebangsaan dan bukan NFC, yang merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk operasi dan bertanggungjawab terhadap projek yang dibiayai oleh dana awam.
-mk


Bayi Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Atas Batu Di Sungai

Bayi tanpa kepala

AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.

“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.

“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya. -SH

Bayi tanpa kepala

AMPANG: Seorang pekerja kontrak tergamam apabila menemui mayat bayi tanpa kepala dan kaki kanan di dalam sungai, tengah hari semalam.

Mayat bayi yang disyaki dibuang ke Sungai Hulu Klang itu dipercayai dimakan binatang, menyebabkan sebahagian cebisan tubuhnya hanyut dibawa arus.

Saksi kejadian yang juga pekerja kontraktor, Roslan Ashari, 40, berkata dia datang ke sungai itu bersendirian untuk menjala ikan seperti dilakukan setiap hujung minggu.

Dia yang turun di tebing sungai berhampiran Lorong Embun 3, Kuala Ampang, di sini, terkejut melihat objek menyerupai anak patung terdampar berhampiran batu di sungai itu.

“Mulanya saya sangka ia anak patung sebelum pergi melihatnya dengan lebih dekat.

“Saya terkejut mendapati ia mayat bayi tanpa kepala dan kaki kiri. Keadaan mayat bayi itu hitam dan membengkak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia segera naik ke tebing untuk memaklumkan kejadian itu kepada seorang penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.

“Saya tak pasti jantina bayi itu kerana mayatnya hampir reput. Malah, saya cuba mencari kepala bayi itu bersama anggota polis di kawasan berhampiran sungai tetapi gagal.

“Sesiapa yang tergamak membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan itu ke sungai memang tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bergegas ke lokasi kejadian untuk menyiasat kejadian, selain berusaha mencari cebisan kaki dan kepala bayi berkenaan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan kini dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu.
-hm


Ulasan GB

Dasyat sungguh pekerti manusia. Sudah berzina (jika benar) membunuh pula. Dosa yang bertimpa-timpa.

Laporan berkaitan
klik untuk baca





Zahid Hamidi Dikecam Kerana Gunakan Anak-anak Guan Eng Sebagai Modal Politik

Guan Eng dakwa Umno jadikan anak-anaknya sasaran politik

Lim Guan Eng menuduh Umno menjadikan anak-anaknya sebagai sasaran politik dan mendakwa anak perempuannya telah menjadi mangsa serangan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Pertahanan ini mengatakan program latihan Khidmat Negara kini diterima dengan meluas dan mendapat kepercayaan ibu bapa untuk memupuk kesan positif dalam diri anak-anak mereka dan menggunakan anak perempuan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai contoh.

Beliau dilaporkan berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang melihat cucu perempuannya, yang memasuki Kem Balik Pulau, telah berubah lebih baik selepas menghadiri program itu.

“Anak lelaki (Kit Siang) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) juga memberitahu saya tentang kesan positif dari program itu dan berterima kasih kepada saya,” kata Zahid dipetik Bernama.

Bagaimanapun Lim menafikannya dan berkata kenyataan Zahid “tidak benar”.

“Anak perempuan saya budak yang baik dan ia sama sebelum atau selepas menyertai program ini. Ayah saya dan saya tidak pernah memberitahu Menteri Pertahanan seperti yang didakwa olehnya dan kami tidak berterima kasih kepadanya,” kata Lim dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak menggunakan anak-anaknya sebagai modal politik, menambah seluruh keluarganya “sedih” dengan kenyataan Zahid.

“Ia keluarga saya dan saya sayangkan anak perempuan kami dan mahu melindungi hak peribadinya. Kami telah melindunginya dari publisiti supaya dia boleh membesar dan menikmati kehidupan bersama rakan-rakan seperti kanak-kanak normal.

“Kami berharap Datuk Seri Ahmad boleh menghormati hak peribadi anak perempuan saya dan jangan heret dia ke dalam permainan politik,” tambah Lim.

Setiausaha Agung DAP ini menegaskan ia bukan kali pertama anak-anaknya menjadi sasaran Umno dan menekankan bagaimana anak lelakinya yang berumur 15 tahun dikecam pemimpin Umno atas dakwaan mencabul kehormatan rakan sekolah.

Blog Umno juga mendakwa Lim membayar RM200,000 untuk menutup skandal itu dan memindahkan anak lelakinya ke sekolah lain.

Pihak pentadbiran sekolah mengesahkan tiada kejadian sedemikian berlaku seperti yang didakwa blog Umno.

Gambar yang didakwa mangsa yang dihebahkan di Internet sebenarnya adalah juara catur yang menetap di Hong Kong dan tidak pernah mengenali anak lelaki Lim.

“Saya gesa Umno dan pemimpin BN melemparkan segala pembohongan terhadap saya dan jangan libatkan anak-anak saya, Mereka masih belajar dan tidak terlibat dalam politik.

“Adakah pemimpin Umno dan BN sudah ketiadaan idea dan terpaksa menggunakan kaedah penipuan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan anak-anak kami?” soal Lim. -TMI

Lagi Kes Motosikal Dibakar Dengan Lontaran Botol Berisi Petrol

26 motor, teksi hangus

PETALING JAYA: Angkara balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan, sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dibakar di kawasan tempat letak kereta di Apartmen Desa Mentari, di sini, semalam, dipercayai berpunca daripada lontaran botol berisi petrol.


Insiden jam 4 pagi itu adalah kejadian kedua selepas yang pertama minggu lalu memusnahkan tiga motosikal di lokasi sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian itu disedari penduduk selepas mendengar jeritan jiran tetangga.

Katanya, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik menyiasat punca kebakaran yang dipercayai akibat balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan.

“Difahamkan, sebuah kenderaan dinaiki beberapa lelaki ke lokasi kejadian, kemudian melontarkan sesuatu yang dipercayai botol berisi petrol ke kawasan itu,” katanya yang mengenal pasti kumpulan itu kerana pernah ditangkap sebelum ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Mangsa, P Sathi, 37, berkata ketika kejadian, dia sekeluarga tidur sebelum dikejutkan bunyi jeritan jiran tetangga yang memaklumkan kejadian.

Katanya, dia terkejut mendapati motosikal kesayangannya terbabit dalam kebakaran bersama 25 motosikal lain serta sebuah teksi.

“Sebaik turun, saya melihat semua motosikal dan teksi hanya tinggal rangka dan kami cuba memadam kebakaran namun tidak berjaya sebelum memanggil bomba.

“Nasib baik api dapat dikawal, kalau tidak ia mungkin merebak ke kenderaan lain yang diletak sebaris dengan motosikal kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Pemilik teksi, M Guru, 40, pula berkata, dia hanya mampu melihat teksinya musnah selepas api merebak dengan cepat kerana dipercayai dibakar dengan minyak petrol.

“Saya tidak tahu siapa melakukan perbuatan ini. Mungkin kerana orang luar sakit hati dengan seorang daripada kami.

“Kemusnahan teksi membuatkan saya buntu kerana hilang mata pencarian dalam sekelip mata,” katanya yang mahu pihak berkuasa memantau kawasan itu kerana sering berlaku jenayah, termasuk curi kereta, motosikal dan gaduh. -hm

Siapa Yang Ada Hubungan Dengan Israel, Anwar Atau UMNO?

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:


"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM

DENGKIL, : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil malam tadi menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada beliau oleh media milik Umno.

Antara tomahan dan fitnah tersebut berhubung kenyataan beliau berhubung amalan homoseksual dan isu Israel-Palestin.

Beliau juga mengumumkan kelogikan untuk menurunkan harga minyak, letrik dan tol sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ketua Pembangkang tersebut juga mempersoalkan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan beliau berhubung pelbagi isu melibatkan kepentingan rakyat.

Ikuti petikan ceramah beliau melalui vedio dibawah.




(BONGKAR) Hubungan Malaysia Israel (Hubungan Dagang) Cukup “ISTIMEWA” Dalam “DIAM”?




Secara faktanya, kita semua sudah dimaklumkan tidak akan ada hubungan Malaysia Israel termasuklah juga hubungan dagang dengan Israel. Tetapi, jangan terkejut hubungan Malaysia Israel cukup istimewa selama ini. Mulut cakap lain, tapi buat benda lain….

Gambar lori di atas adalah dirakam di sekitar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Yang menariknya tentang latarbelakang kelibat lori di atas adalah kerana :

  • Lori kargo ZIM

  • Nama “Zim” ini merupakan cadangan Menteri Pengangkutan Israel yang phttp://www.blogger.com/img/blank.gifertama, David Remez yang merujuk petikan di dalam Injil Perjanjian Lama (24:24) di mana perkataan Hebrew “Zim” merujuk kepada “kapal besar.”

  • Nama ini dipilih bersesuaian dengan matlamat utama syarikat: untuk mhttp://www.blogger.com/img/blank.gifembina sebuah armada dagang yang besar sehingga boleh sampai ke Malaysia.

  • Nak tahu lebih lajut mengenai syarikat ZIM [Laman Web syarikat ZIM]


Sumber : http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2006/september/tradoc_113402.pdf


Melihatkan kepada statistik di aats menujukkan bukan calang-calang hubungan Malaysia Israel selama ini. Malaysia berjaya menempatkan diri menjadi rakan dagang utama Israel yang ke 15. Hebat……


Ini pula ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan Malaysia Israel daripada segi hubungan dagang. -beritasemasa.com



Biar Foto Berbicara Sendiri






Video Seks II : Dimana Sebenarnya Anwar Berada Pada Tarikh Rakaman?

Semalam blog ini telah memetik tulisan dari sebuah blog rakan yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada tarikh video seks II yang dikatakan dirakam pada 12 & 13 Januari tahun lepas.

Blog tersebut mendakwa Anwar berada di Indonesia. Namun ia tidak dapat memberikan butiran lanjut.

Namun selepas di semak semula, sebenarnya, Anwar tidak berada di Bangkok maupun di Indonesia pada tarikh berkenaan tetapi berada di Kuala Lumpur.

Berikut ialah pendedahan dari wikimalay yang memetik sumber asalnya dari activist901.com:


Bukti: Rancangan Trio Dato T Kantoi Lagi!!

Makin hari umno makin terdesak, videonya dah siap, tapi ada kesilapan tarikh berlaku pada rakaman tersebut! Macamana agaknya mereka hendak membetulkan balik? Inilah bukti yang paling jelas menunjukkan DSAI tidak berada di Bangkok pada waktu yang dikatakan oleh Trio Dato T tersebut!


Ini bukti sahih ! DSAI dijadualkan berada di Majlis Sidang Media Pakatan Rakyat berlangsung pada 13/1/11(Khamis) di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur!


BUKTI SAHIH! URL HARAHDAILY TARIKH, TEMPAT MENGESAHKAN DSAI BERADA DI KUALA LUMPUR PADA 13/1/11!


TERNYATA TRIO T GAGAL MENGHERET ANWAR KEDALAM RANCANGAN MEREKA DIHARAP PEMBACA DAPAT MEMBEZAKAN SAMADA KEBENARAN ITU DITUNTUT DARI TUDUHAN SEMBRONO ATAU MENGIKUT TATACARA HUKUM ALLAH S.W.T!


Nah sekarang apa lagi? Semuanya telah terbarai.

Kita yakin video seks itu dikeluarkan oleh "Datuk T Production" adalah kerana hati mereka terlalu sakit ekoran fitnah video seks I tidak berjaya dan sementelah lagi Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah di atas tuduhan liwat tempohari.

Kerja-kerja rakaman video seks tersebut adalah agenda paling jijik dan jahat kumpulan Datuk T yang mendapat restu UMNO itu. Memang binatang sungguh kerja mereka itu.

Kita berdoa agar bala paling dasyat ditimpakan ke atas pemfitnah, pereka, dan sesiapa juga yang terlibat menghasilkan dan menyebarkan video seks berkenaan.