29 Jan 2012

Cara Berfikir Umno Amat Purba

Cara berfikir pemimpin-pemimpin Umno amat purba kerana mereka gentar untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat, demikian ditegaskan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Jelas, Umno belum berhenti dari muslihatnya terus memperbodoh dan menindas minda rakyat. Dengan ini, kuasa memerintah negara terus kekal di tangan dan pelbagai penyelewengan mudah diteruskan tanpa sekatan.

“Apa yang kita pasti, sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas perkara ini berhubung sikap Perdana Menteri dan juga Presiden Umno-Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkali-kali enggan menyahut cabaran Ketua Pembangkang dan juga pemimpin Pakatan Rakyat untuk berdebat.

Anwar secara terbuka mengajak Najib berdebat mengenai beberapa isu kritikal semasa – politik, ekonomi dan kebajikan rakyat - yang sedang hangat diperkatakan kini.

Dr Manuty berkata, alasan yang diberikan begitu memual dan menjengkelkan. Sikap ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya Umno untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat.

Debat – amalan tradisi pemimpin

Sesungguhnya kata beliau, PKR ingin menegaskan pendirian bahawa debat antara pemimpin adalah tradisi mana-mana kepimpinan silam bagi semua tamadun. Di dalam Al Quran sendiri Allah SWT menjelaskan:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl: 125).

Beliau menegaskan pada hakikatnya, budaya debat adalah amalan lumrah para ilmuan dan kepimpinan silam. Melaluinya, kebenaran akan lebih terserlah dan “insight” baru dapat dicernakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Lebih penting katanya, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang akan diberikan amanah mengurus negara pada masa depan. Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat.

“Kita pun merasa aneh mengapa pula Najib tidak punyai keberanian menyahut cabaran ini sedangkan, beliau sendiri dikatakan selalu mempamirkan gaya pidato yang tidak kurang hebatnya semasa berucap di khalayak umum di mana-mana.

“Beliau sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga dengan bekalan idea dan maklumat jika diperlukan.

“PKR merasa kesal akan betapa hina dan rendahnya pandangan Umno-BN terhadap rakyat Malaysia yang bersifat majmuk ini,” tegas beliau. -FMT

Debat dituntut dalam Islam tapi Najib elak untuk sorok ‘sesuatu’

KUALA LUMPUR: Budaya debat antara pemimpin selaras dengan tuntutan al-Quran dan menjadi tradisi kepimpinan silam tamadun dunia, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Sambil memetik Surah An-Nahl: 125, beliau berkata budaya itu lumrah ilmuan dan kepimpinan silam kerana kebenaran akan lebih terserlah dan pandangan baru dapat dicerna demi kepentingan negara dan rakyat.

“Lebih penting, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang diberi amanah mengurus negara pada masa depan.

“Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Dr Muhammad Nur kesal dengan keengganan Datuk Seri Najib Razak menyahut seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat secara terbuka mengenai isu politik, ekonomi dan kebajikan rakyat yang sedang hangat diperkata.

“Pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberi persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran. Ia mempamer bahawa ada rahsia yang mahu disorok.

“Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno wajib menjelaskannya,” kata beliau yang menganggap alasan parti itu sebagai memual dan menjengkelkan.

Beliau menyifatkan keengganan Najib berdebat adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan Umno dalam politik semasa yang mengamal budaya telus dan terbuka.

“Najib sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga dengan bekalan idea dan maklumat,” kata beliau.

Beliau juga percaya Umno belum berhenti dari muslihatnya untuk memperbodoh dan menindas minda rakyat untuk kekal berkuasa dan meneruskan penyelewengan tanpa sekatan.

Katanya, KEADILAN kesal kerana Umno yang memerintah sejak 54 tahun lalu, menghina dan merendah-rendahkan kemampuan rakyat Malaysia membuat penilaian.

“Jika benarlah rakyat masih belum mampu menerima debat kepimpinan secara terbuka, bukankah ini bukti kegagalan Umno sendiri?” katanya.

- KD


8 ulasan:

  1. biasala berani ka kaki kelentong berdebat ? takut nanti habis berbueh air lior basi keluar ;)

    BalasPadam
  2. Ambo cadangkan
    Pertandingan debat piala perdana menteri antara sekolah sekolah di mansuhkan atas 2 sebab:
    1:Budaya Barat
    2:Perdana menteri sendiri takut nak berdebat....
    Kenapa harus diadakan piala Nya?

    BalasPadam
  3. Kat Parlimen tu kan tempat orang berdebat..?

    Nak berdebat cari kebenaran ker atau nak berdebat cari populariti?

    BalasPadam
  4. Ape lah "Anonymous @ January 29 8.19 PM" komen tentang nak cari kebenaran atau nak cari populariti, memang kedua-dua personality tu memang popular, sape tak kenal DSAI & PM kita? Di zaman mudah dapat maklumat ni tentu sekali ramai yang nak lihat, boleh ke PM menangkis hujjah-hujjah ketua pembangkang...asyik syok sendiri cakap berdegar-degar di TV3,TV1, nak tengok kekewibawaan mempertahankan polisinya, mengapa Najib takut atau khuatir bukan saje keluar buih ditepi mulut atau mungkin berbuih terus macam kena seizure:(

    BalasPadam
  5. Kebenaran la bro Anonymous...buat secara terbuka...biar rakyat tengok da nilai...kat parliment tu rakyat x nampak dan x dengar...susah nak nilai hanya melalui laporan media yang sekerat-sekerat.Apabila kebenaran dah terbukti barulah ujud populariti...

    BalasPadam
  6. Kpd anon 4.19am,

    Anon.. Anon..
    Cuba keluar sikit dari kotak yg UBN bagi tu..
    Debat parlimen kalau 100% disiarkan dan takde suntingan takpe.. Ini..paham2 jelah.. Negara kita ni ranking kebebasan medianya amat2 memalukan..

    BalasPadam
  7. Berani kerana BENAR, TAKUT KERANA BOHONG.
    Bila depan TV, hebat bukan main. Semua polisi pembangkang diperlekehkan dan disebut tidak logik. Bila kita ajak berdebat, dia kecut. Hebat di depan penyokong sendiri aje, tapi dayus di depan rakyat Malaysia.
    Awat tak dayus, bini dia pun dia tak mampu jaga. Kalaulah tuan-tuan baca surat khabar cina dua hari yang lepas semasa di Perlis, Tok Jib ada sebut bahawa bini dia bagi cadangan kat dia tentang Perlis dan dia habaq semasa berucap / bercakap dengan pemberita. Awat PM Malaysia kena dengar cakap binikah? Kalaulah betul bini dia habaq kat dia, tak payahlah dia war-warkan, kan orang tengah meluat dengan bini dia. Mungkin Allah swt nak tunjuk kot dengan sasulkan Tok Jib ni.
    Debat bukan untuk populariti tapi mencari KEBENARAN. Hanya munafikun saja yang tak mahu kepada kebenaran.

    BalasPadam
  8. Hanya syok sendiri berani berhujah sorang-sorang dalam TV. Ajak berdebat takut biar rakyat yang jadi saksi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.