29 Jan 2012

Di Pulau Pinang, UMNO Tak Henti Timbulkan Kekacauan, Mengapa Najib Diam?

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.

Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.

Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.

Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.

"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.

"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.

"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.

"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka,"
katanya.

Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.

"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya. -HD


6 ulasan:

  1. Kan itu semua BIG plan dia? nama dia bukan najib TP najisss....budak tahun 6 pun xsuka tgk muka dia dlm TV3..Bila muka dia keluar tv jerr budak tu sebut BENCI nyerr tgk muka dia nieeeeee..PAP terus tutup tv...

    BalasPadam
  2. Dah tahu nak sokong lagi nak buat apaaa

    BalasPadam
  3. Rela boleh undi Pos....bungkus PR??? Polis pun ada 2 IC...satu undi biasa...satu undi pos? PR kena ambil berat isu ini???

    BalasPadam
  4. HABIS SEMUA DIPECACAIKAN ! MALAH DI PENANG MESTI DIGALAKKAN ASAL SAJA KECOHKAN KERAJAAN PR & LGE ! MEMANG KERJA DAJJAL PENGROSAK !

    BalasPadam
  5. Sebagai peneraju negara Najib seharusnya bersikap negarawan, tapi sebaliknya dia mengambil sikap batu api yang sering mencetuskan kegelisahan kadangkala berbaur ugutan.

    BalasPadam
  6. Terima kasih bebanyak kepada DSN kerna memberikan kenaikan elaun kepada kami. Ini tanda keprihatinan kerajaan kepada khidmat bakti kami walaupun namanya sukarelawan, kami pun nak makan. Kami yakin DSN ikhlas dengan pemberian ini. Sekali lagi terima kasih namun DSN kena ingat bahawa UNDI ADALAH HAK KAMI !

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.