19 Jan 2012

PRU13 Pada 11 Mac

Seremban: PAS berpendapat bahawa PM Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen pada awal bulan Februari dan memanggil pilihanraya umum ke 13 pada Mac 11.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr.Hatta Ramli menyatakan parti-parti politik di Malaysia sekarang ini hanya tinggal 50 hari untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya.

“Berdasarkan maklumat dalaman UMNO sendiri, Najib akan membubarkan Parlimen pada awal Februari. Hari Pencalonan akan diadakan samada pada 25 atau 26 dan kita akan diberikan dua minggu untuk berkempen sebelum hari mengundi pada Mac 11.

Oleh itu kita hanya tinggal 50 hari untuk bekerja. Tidak ada banyak masa untuk kita duduk dan berehat,” ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu di hadapan hadirin 500 orang sewaktu majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng di sini.

Dakwaan Hatta diperkuatkan dengan fakta bahawa cuti sekolah peggal pertana untuk tahun 2012 ialah dari 10 Mac hingga 18 Mac.

Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

Lenggeng merupakan sebuah kerusi DUN yang berada di dalam parlimen Seremban. Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Seremban dan kesemua kerusi DUN di dalam parlimen Seremban di dalam PRU12 yang lalu kecuali DUN Lenggeng. PAS tewas di Lenggeng kepada Mustafa Salim dari Barisan.

"Gimmik Politik"

Sementara itu di majlis yang sama Ahli Parlimen Seremban John Fernandez telah menjadikan orangramai tertawa apabila menyifatkan cadangan SPRM kepada menteri kabinet termasuk ahli keluarga dan anak-anaknya mengisytiharkan harta kepada SPRM seperti “seorang bapa isytiharkan harta kepada anaknya”.

“Ini lawak paling besar.Jika PM dan para menterinya benar-benar telus sila isytiharkan harta kepada umum sepertimana Ketua Menteri pulau Pinang dan para exconya mengisytiharkan asset-asset mereka baru-baru-baru ini. Malah anda boleh semak perinciannya melalui lamanweb kerajaan negeri.

“SPRM ialah sebuah badan berkanun kerajaan. Bagi saya ini hanyalah gimmik politik oleh kerajaan semata-mata kerana pilihanraya ke 13 semakin hampir," tambahnya.

Turut hadir ialah Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Timbalan Ketua PKR Seremban Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan Yang Dipertua PAS Kawasan Seremban MK Ibrahim Abdul Rahman. -FMT/terjemahan bebas GB

Tuduhan Blogger UMNO Wardina Berlakon Kena Samun Adalah Melampau & Jahat

Dituduh 'Berlakon' Dalam Kes Samun, Wardina Panggil Penulis Blog

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.

Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta.

"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.

"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.


Antara petikan menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com mempersoalkan kejadian samun Wardina.

Wardina diminta mengulas tulisan RBJ menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.

Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Wardina berkata, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain.

Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak.

"Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja.


Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak dalam kejadian pecah masuk di rumah mereka pada 12 Januari lalu. foto: BERNAMA

"Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai," ujarnya.

Sementara itu, Wardina berkata, penulis blog tersebut sepatutnya menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berfaedah sebagai bahan bacaan supaya dapat mengembangkan minda masyarakat.

Katanya, walaupun kejadian samun yang berlaku terhadapnya mendapat liputan luas tetapi ia telah membuka mata banyak pihak supaya menjadi lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan keluarga.

"Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa," ujarnya.

Pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Mohon Maaf

Sementara itu pihak mStar Online memohon maaf kepada Wardina terhadap kesilapan informasi berhubung pemilik blog berkenaan dan ia bukannya ditulis oleh Tun Faisal Ismail Aziz seperti laporan awal artikel ini. -mstar

Ulasan GB

Tuduhan bahawa kejadian samun yang berlaku ke atas Wardina baru-baru ini adakah lakonan adalah melampau dan jahat.

Satu hari jika blogger pro-UMNO itu akan ditimpa kejadian yang serupa dan bagaimana kemudiannya pada masa itu orang akan menyatakan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati?

Kemudian dah tuduh tak mahu mengajku pula beliau penulsi di blog ruangbicarafaisal. Jika bukan beliau, beliau perlu buktikan pula siapa penulis sebenarnya di blog tersebut.

Blogger yang sama juga tak mengaku menulis di blognya yang memfitnah Husam Musa sedikit hari lalu.

Baling batu cuba sembunyikan tangan. Tetapi Tuhan Maha Tahu.

Ingat, Hukum kebenaran pasti berlaku. You will get back what you give.

Lantik Firma Audit NFC, Langkah Muhyiddin Untuk Selamatkan Diri

NFC: Ketua Audit sahkan gagal, tak perlu firma akaun

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Jingga 13 membantah hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti mana dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua kordinatornya, Fariz Musa berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2010 telah mengesahkan melalui pemeriksaan audit mengesahkan bahawa NFC adalah gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Katanya, Muhyiddin bukan sahaja turut terpalit dengan isu skandal NFC tersebut adalah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk mengumumkan sebarang hasrat atau tindakan kerajaan yang sudah pasti menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Penglibatan Tan Sri Muhyiddin adalah jelas dalam skandal NFC kerana beliau ketika itu sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan projek tersebut kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, skandal NFC semakin memuncak dan pendedahan demi pendedahan telah dilakukan terhadap pelbagai isu yang melibatkan penyelewengan dan pecah amanah dilakukan oleh ahli keluarga Shahrizat yang kini dalam siasatan pihak polis dan SPRM .

Tambahnya, Jingga 13 mendesak agar diwujudkan dengan segera sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan kepincangan dan penyelewengan dalam projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dijalankan oleh NFC.

Menurutnya, Suruhanjaya Diraja tersebut adalah mereka yang terdiri daripada yang benar-benar profesional dan berintegriti dalam menyiasat secara terperinci NFC yang melibatkan wang rakyat sejumlah RM250 juta.

Katanya, Muhyiddin seolah-olah bertindak bagi tujuan untuk menutup pekung sebenar dengan hasrat melantik firma perakaunan tersebut.

“Beliau harus bertanggungjawab terhadap perlantikan syarikat ahli keluarga Shahrizat yang ternyata tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri perternakan lembu,” ujarnya lagi. -HD

Kerajaan Lantik Firma Perunding Audit NFC

PETALING JAYA: Kerajaan akan melantik firma perunding untuk mengendalikan proses pengauditan terhadap projek ternakan lembu yang sebelum ini diuruskan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia akan melibatkan kewangan projek, penggunaan dana dan pengurusan.

“Ini untuk melindungi kepentingan Kerajaan, dan tugas ini dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Kerajaan telah memberi pinjaman sebanyak RM250 juta kepada syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek tersebut di mana sejumlah RM181 juta telah digunakan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menunjukkan bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Ia melaporkan bahawa projek RM74 juta NFC di Negeri Sembilan tidak diuruskan dengan baik dan menghasilkan 3,289 ekor lembu yang merupakan hanya 41.4 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan.
-mstar




Letupan 901: Polis Perlu Kemuka Hasil Siasatan

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diminta mengemukakan hasil siasatan berhubung kejadian letupan bom yang berlaku pada hari pengumuman keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (901) pada 9 Januari lalu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard berkata, kecurigaan itu timbul kerana sehingga hari ini polis langsung tidak menyatakan apa-apa dan sedangkan kejadian tersebut merupakan satu isu besar.

"Antara bom tersebut diletakkan dibawah kon polis sedangkan polis sudah menutup kawasan tersebut. Siapa yang nak masuk polis akan monitor dan semua dibenarkan masuk selepas jam 6 pagi. Dan apabila bom itu meletup setentunya timbul kecuigaan. Pihak polis perlu tampil memberikan penjelasan terperinci," katanya.

Mengulas lanjut katanya, pihak Perkasa Yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali juga perlu tampil memberikan penjelasan berhubung tugas dan gerak kerja yang dilakukan oleh Unit Tindakan Khas (UTK) yang mereka tubuhkan untuk perhimpunan tersebut.

"Kedua adalah apabila Perkasa melalui Presidennya, Ibrahim Ali mengumumkan mereka telah menubuhkan Unit Tindakan Khas (UTK) pada hari tersebut dan ia perlukan penjelasan, apa tugas UTK yang Ibrahim Ali tubuhkan.

"Saya masih hormat kepada Perkasa yang boleh mobilise ahlinya. Takkan hari itu (9 Jan) UTK yang dinamakan Ibrahim Ali hanya 30 orang berbaju kuning akhirnya lari dan minta perlindungan daripada polis pada hari perhimpunan tersebut. Sudah tentu Ibrahim Ali juga harus tampil memberikan penjelasan dalam isu ini," katanya.

Dalam kejadian tersebut, lima orang tercedera akibat terkena serpihan letupan selain mengakibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian.

Selain itu, Chegu Bard turut meminta pihak polis menyiasat pihak Utusan Malaysia yang mendakwa bahawa bom tersebut dibuat oleh peserta-peserta perhimpunan sedangkan tidak ada laporan siasatan lengkap daripada pihak polis.

"Tidak masuk akal, kita berhimpun dan kita nak letupkan diri kita sendiri. Saya melihat ini lebih kepada unsur sabotaj supaya selepas ini digunakan dalil tidak boleh berhimpun kerana apa, kerana akan ada bom meletup. Saya yakin itu akan digunakan sebagai dalil untuk menghalang perhimpunan-perhimpunan aman selepas ini," katanya.

Beliau turut melahirkan kegusaran memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara aman sedangkan sebelum ini tidak pernah ada sebarang kekecohan dan kejadian letupan sebegini. Jika dibiarkan ianya akan menjadi trend tidak sihat kepada negara.

"Justeru itu saya tidak pasti, tanggapan masyarakat melihat secara kemungkinan akan wujud penglibatan polis secara tidak sengaja atau tidak." kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.

Sehubungan itu beliau meminta siasatan terperinci dilakukan sekiranya pihak polis ingin membersihkan nama baik institusi keselamatan tersebut.

Tegas beliau, mereka yang terlibat wajib didakwa dan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Sekiranya pihak polis gagal mengemukakan hasil siasatan, polis tidak boleh menghalang tanggapan rakyat bahawa kejadian ini merupakan satu bentuk konspirasi dan sabotaj untuk menghalang perhimpunan aman di masa hadapan." kata beliau ketika di hubungi TVSelangor. -tvsnews

Hindraf Sertai ABU, Mahu Jadi Sebahagian Pakatan Rakyat Untuk Singkirkan UMNO

Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) hari ini menyatakan secara rasmi penyertaannya dalam Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU).

Koordinator Kebangsaan Hindraf, W. Sambulingam menyatakan pendirian Hindraf sejak awal penubuhannya bahawa Umno/BN seharusnya berkubur demi membawa pentadbiran negara yang lebih telus.

Sambulingam turut berpendapat bahawa untuk menjatuhkan Umno/BN, ABU memerlukan kuasa -kuasa lain seperti yang berlaku sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lepas.

"Kami mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan Umno dan kami yakin dengan penggabungan ini, kita akan berjaya tawan Putrajaya dalam pilihanraya kali ini.

"Kami juga percaya bahawa ini akan membawa perubahan dalam skala besar untuk Malaysia,"
ujar Sambulingam dalam satu sidang media di Jalan Klang Lama pagi tadi.

Sementara itu, orang kuat ABU, Haris Ibrahim menyatakan rasa gembira dengan penyertaan Hindraf dalam ABU dan percaya penyertaan badan-badan pertubuhan pro-rakyat akan menguatkan ABU.

"Kami merasa gembira Hindraf menyertai ABU dan ia berada dalam landasan yang sangat menggalakkan untuk menjayakan gerakan ABU. Walaupun terdapat perbezaan namun kami bersedia berbincang untuk menjayakan hasrat kami menghapuskan Umno yang merupakan kanser negara.

"Usaha ini juga akan berjaya sekiranya rayat Malaysia semuanya bersatu menolak Umno. Cabaran paling besar adalah untuk membawa kebenaran kepada orang ramai, yang kebiasaanya disuap maklumat fitnah dan pembohongan oleh media arus perdana," tegas Haris.

ABU ketika ini sudah merangka gelombang pertama dengan penganjuran 11 siri jelajah ABU ke seluruh negara bermula di negeri Selangor diikuti oleh Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Sebelum ini ABU sudah mengedar lebih kurang 200,000 ribu salinan VCD DNBN Kuburkan BN yang berdurasi selama 1 jam dan 40 minit, sebuah dokumentari penipuan Umno selama lebih 50 tahun pemerintahan. -tvsnews

Hindraf and ABU vs Umno

KUALA LUMPUR: The Hindu Rights Action Force (Hindraf) will join hands with the Anything But Umno (ABU) movement in a bid to end Umno’s rule.

Speaking to reporters today, Hindraf national coordinator W Sambulingam said the government must be changed.

“Umno or Barisan Nasional which has been the governing party for the last 54 years has left the nation in a deplorable condition. We have to vote BN out,” he added.

Sambulingam said Hindraf and ABU would initially hold nationwide ceramah against Umno.

During the first phase, he said, 11 ceramah will be held in Kedah, Penang, Perak, Selangor, Negri Sembilan and Johor.

“Our first ceramah will take place in Jalan Kebun in Klang on Jan 21,” he added.

Promiment lawyer and ABU coordinator Haris Ibrahim, who was also present at the press conference, welcomed Hindraf’s decision to join ABU.

He also invited other like-minded NGOs and individuals to join in the fight.

“We are pro-rakyat. So whoever feels that they are pro-rakyat can unite with us,” he said.

ABU was formed last year, and the movement focused on four major issues – the Lynas plant, price hikes, racist politics and unjust laws. -FMT




Pendedahan Kadir Bukti Nyata Reformasi Pilihanraya Diperlukan

Kuala Lumpur 18 Jan : Pengakuan bekas menteri kerajaan Barisan Nasional bahawa Umno menggunakan wang untuk membeli undi, membuktikan reformasi pilihan raya perlu dilaksanakan segera di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu perlu dipandang serius kerana ia menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masih gagal menjalankan peranannya dengan baik.

“Ini adalah bagus kerana beliau (Abdul Kadir) beritahu kita dan ini pun jelas menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum laksana tugas mereka. SPRM pun perlu siasat perkara ini,”

“(Justeru), adalah penting sistem pilihan raya direformasikan dan dibersihkan sebelum PRU-13,” katanya kepada keadilandaily.

Semalam, Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengaku mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

Menurut Maria, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyiasat pendedahan tersebut dan segera melaksanakan reformasi pilihan raya sebagaimana lapan tuntutan Bersih.

“Selagi reformasi tidak berlaku, pilihan raya tidak boleh diadakan. Lagi pun Perdana Menteri pun telah mengatakan janji beliau (untuk melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya),” katanya merujuk jaminan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Dalam pada itu, Maria Chin turut menyeru pengundi agar keluar beramai- ramai pada pilihan raya akan datang bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Sebab itu Bersih 2.0 juga laksanakan Kempen Jom 100, supaya semua pengundi perlu keluar dan memberikan perubahan kepada negara,” tegasnya.

Pada 9 Julai tahun lalu, Bersih 2.0 melancarkan perhimpunan di sekitar ibu negara, bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya bebas dan adil.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya ditubuhkan bagi mengkaji keperluan mengadakan pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

Lapan tuntutan Bersih ialah penggunaan dakwat kekal, membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, kempen minima 21 hari, akses media yang adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan politik kotor dan rasuah.

Semalam, Bersih memberi amaran sekiranya kerajaan masih berdegil untuk melaksanakan tuntutan tersebut, himpunan Bersih kali ketiga akan diadakan untuk terus memberi desakan kepada kerajaan. - KD

Terima kasih Kadir dedah rasuah ‘bom’ Umno

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mantan menteri yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang mendedahkan kegiatan rasuah Umno ketika pilihan raya yang lalu.

Selama ini Umno menafikan yang mereka mengamalkan rasuah atau membeli undi dengan memberikan wang ringgit dan barangan ketika pilihanraya.

Abdul Kadir yang dipetik oleh The Malaysian Insider menegaskan bahawa perkara itu memang berlaku dan disebut sebagai taktik “bom”.

“Ternyata Umno belum insaf dan baru-baru ini presiden dan seluruh pemimpin Umno turun ke serata negeri bagi mengagihkan dana 'bom' RM100 untuk pelajar sekolah, RM500 untuk isi rumah berpendapatan rendah dan RM200 untuk pelajar universiti,” kata Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad.

Katanya, agihan yang sepatutnya dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dibuat atas kapasiti Umno BN bagi memastikan rakyat mengundi mereka dalam PRU13.

Tambahnya, DPPWP juga kesal kerana Kementerian Penerangan, Felda, Felcra, Unit Cawangan Khas (SB) dan agensi lain yang tidak disebut Abdul Kadir secara jelas dipergunakan oleh Umno bagi memenangkan Umno dalam pilihan raya.

Katanya, kenyataan Abd Kadir itu jelas menyokong pendedahan Tan Sri Abdul Rashid, mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini yang mendedahkan bahawa ada pihak berkepentingan yang menghalang mereka melaksanakan penggunaan dakwat dalam PRU12 yang lalu bagi memastikan kemenangan Umno BN.

Beliau berkata, campur tangan Umno dalam urusan pentadbiran kerajaan begitu kuat, sebab itulah Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya ada caretaker goverment selepas parlimen dibubarkan yang bukan kalangan ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

Ujarnya lagi, DPPWP setuju dengan Abdul Kadir "Umno tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan. Jika anda (Umno) kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia”.

“Rakyat harus buka mata, seorang demi seorang yang pernah bekerja untuk Umno kini sudah tampil membuat pengakuan.

“Begitu liciknya politik Umno BN bagi memastikan mereka terus berkuasa, walaupun hingga terpaksa mengunakan cara yang keji dan tidak bermaruah,” ujarnya lagi.

Demi tembolok kekuasaan mereka, apa pun sanggup mereka lakukan, katanya. Hakikatnya, kata beliau segala duit yang diberikan adalah dari dana awam, milik rakyat bukan duit Umno, bak kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, "Umno bagi duit ambil, tapi undi, bagi kat PAS".
-HD



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Penyamun Sempat Berbual & Ucapkan Terima Kasih Selepas Menyamun Kedai Runcit

Kuala Lumpur: Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.

Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.

Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.

“Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.

“Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara ‘percuma’, suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.

“Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.

“Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam. -hm

Skandal NFC: Cutikan Shahrizat, Strategi Najib Untuk Selamatkan Kroni

Keputusan untuk merehatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah strategi Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan Ketua Wanita Umno itu dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Ini kerana katanya, Shahrizat hanya dicutikan selepas lebih tiga bulan skandal itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

“Mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu.

“Kelulusan permohonan cuti ini jelas satu lagi pelan strategi Datuk Najib untuk menyelamatkan Shahrizat, NFC dan kroninya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, keputusan untuk bercuti itu sudah terlambat, sebaliknya Shahrizat perlu segera berundur kerana skandal itu telah diketahui umum.

“Shahrizat harus sedar, tindakannya ini sudah terlambat kerana rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan.

“Atas dasar hormat politik, saya sarankan Shahrizat segera mengundurkan diri secara terhormat,” tegas Ahli Parlimen Ampang ini.

NFC- yang dimiliki suami dan anak-anak Shahrizat menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta dari kerajaan pada 2007, namun sebahagiannya didakwa telah diselewengkan.

Ia termasuk pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, pembelian tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009
.

Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan pinjaman itu, turut terlibat dalam skandal ini, ialah Perdana menteri sendiri selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek berkenaan. -KD

PKR: Segalanya sudah terlambat, Shahrizat

Tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang diselubungi isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercuti daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dianggap sudah terlambat.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, mengapa kini baru Shahrizat bercuti sedangkan telah digesa banyak pihak supaya berundur sewaktu isu itu didedahkan sejak awal.

"Beliau harus sedar bahawa segala tindakannya kini sudah terlambat dan rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan," katanya sambil menyifatkan "nasi sudah menjadi bubur".

Zuraida berkata, Shahrizat harus sedar bahawa rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan dan atas dasar "hormat politik" senator itu digesa berundur secara terhormat.

Shahrizat memohon cuti rehat tiga minggu mulai 9 Januari sebagai menteri dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam apa-apa keputusan kerajaan mengenai NFC.

Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida juga mengandaikan percutian Shahrizat itu sebagai pelan strategi Datuk Seri Najib Razak "bagi menyelamatkan Shahrizat-NFC dan kroni".

"Walaupun setelah lebih seminggu Shahrizat Jalil bercuti, namun PM Najib dilihat seolah terus gentar untuk membuat keputusan terhadap beliau, NFC dan semua pihak yang terlibat dalam skandal projek industri daging negara ini.

"Malahan, mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak untuk agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu," kata Zuraida, antara pemimpin PKR paling ke depan mengasak dengan isu itu. -mk


Facebook "Ah Jib Gor" Dibanjiri Sindiran: Ada Yang Mohon Nak Bela Lembu!

Mungkin di luar jangkaan dirinya, cubaan Perdana Menteri Najib Razak untuk mendampingi komuniti Cina melalui Facebook telah mengundang kesan sebaliknya, apabila warga internet membanjiri laman rasmi Facebook versi bahasa Cina ini dengan sindiran dan kritikan yang tajam.

Tidak kurang komen yang menyasarkan isteri Najib Razak, iaitu Rosmah Mansor, misalnya mengajukan soalan nakal seperti "Nak shopping kat mana hari ini bersama isterimu? Apa jenama baru yang boleh kamu perkenalkan?", malah ada yang mengungkit semula nama "Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang diletupkan dengan C4 di Malaysia pada tahun 2006.

Laman Facebook ini menggunakan Ah Jib Gor (makna: abang Jib) sebagai namanya, membuatkan tidak kurang yang menganggap laman itu direka oleh warga internet yang sengaja menyindir Najib. Ini kerana "Ah Jib Gor" adalah nama yang digelar oleh pembangkang dalam ceramah, ketika merujuk kepada Najib Razak. Gelaran ini dipopularkan di ruang internet, sedikit sebanyak berunsur "sindiran" ketika digunakan. Bagaimanapun, laman ini akhirnya dikesahkan sebagai laman rasmi oleh Setiausaha Politiknya, Wong Nai Chee.

Ketika ditanya MerdekaReview mengapa laman itu dinamakan "Ah Jib Gor", sedangkan gelaran ini selalu digunakan untuk tujuan menyindir, Wong Nai Chee berkata ramai yang memberitahu Najib bahawa beliau digelar sebegitu. Malah, Najib sendiri menganggap panggilan sebegitu agak mesra, maka tidak mengapa jikalau digunakan, menurut Wong Nai Chee.

Tiada perbincangan politik

Bagaimanapun, laman "Ah Jib Gor" mengundang kritikan sebermulanya apabila menyatakan bahawa "tiada perbincangan politik" di situ. Admin menyatakan, "Sekali lagi anda diperingatkan, bahawa tiada perbincangan politik di sini, 'mengacau' tidak dialu-alukan. Anda boleh masuk dan melihat apa yang ada di sini, tetapi anda diharapkan berniat baik dan neutral, dan bukannya berniat jahat atau sengaja sabotaj. Kami sangat mengalu-alukan seandainya perbincangan berdasarkan fakta, juga perkongsian pengalaman hidup. Terima kasih!"

Kenyataan "tiada perbincangan politik" terus mengundang kritikan warga internet, mempertikaikan "Takkan rakyat bersembang soal cinta dan kasih dengan seseorang Perdana Menteri, jika bukan politik?" Kemudian ada pula yang mengalih topik ke shopping, beg tangan, Altantuya Shaariibuu, kapal selam dan sebagainya, memenuhi kehendak PM yang enggan membincang soal politik di laman ini.

Hampir semua soalan yang diajukan berlapik, misalnya ada yang memohon untuk membela lembu, ada pula ingin mengambil alih kontrak mengendali laman Facebook ini, menyindir peruntukan RM1.8 juta untuk Facebook Kementerian Pelancongan sebelum ini.

Terdapat juga warga internet yang cuba mengaitkan sikap "tiada perbincangan politik" ini dengan MCA pada zaman Ong Ka Ting menyandang jawatan Presiden. Pada ketika itu Ong Ka Ting cuba elak untuk menyentuh agenda besar politik, sebaliknya menumpu kepada soal kebajikan, sehingga mencungkil kritikan. Wong Nai Chee adalah ahli jawatankuasa pusat pergerakan belia MCA, dilihat berada dalam sekta Ong Ka Ting sebelum ini.

Bagaimanapun, Wong Nai Chee berkata kepada MerdekaReview bahawa ia bukan bermaksud tiada langsung perbincangan politik. PM akan respon kepada perkara yang mempengaruhi kehidupan orang ramai. Wong Nai Chee menjelaskan, Najib telah memiliki satu laman yang khas dalam bahasa Inggeris, maka laman versi bahasa Cina-nya tidak berniat untuk menjadi tiruan kepada laman tersebut. Lebih-lebih lagi, laman ini tidak berniat menampilkan imej Najib yang serius sebagai PM, tetapi sebaliknya.

Menurut pengamatan wartawan, respon rasmi laman ini terbahagi kepada dua, iaitu jawapan daripada Admin, dan kedua, jawapan daripada Najib setelah soalan diterjemahkan kepadanya. Sesetengah warga internet mengadu komen mereka telah dipadamkan admin, menyindir bahawa tidak usah menubuhkan laman Facebook seandainya tidak berani berdepan dengan kritikan.

Najib baru-baru ini hadir dalam majlis penayangan filem Cina tempatan, Ah Beng The Movie: Three Wishes. Ketika ditanya sama ada beliau faham apa yang dikisahkan filem tersebut, Najib menjawab dirinya cuba memahami jalan ceritanya melalui subtitle, dan adegan yang paling disukainya adalah apabila bapa Ah Beng mengambil keputusan untuk berhenti merokok, dan berjaya mengelak dari kebakaran rumahnya.

Jawapan Najib sedemikian lantas mengundang pertikaian warga internet, "Bagaimana pula pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas yang bakal menghancurkan rumah orang?"


"Ah Jib Soh"

Tidak lama selepas laman "Ah Jib Gor" ditubuhkan, satu laman dengan wajah Rosmah Mansor ditubuhkan, bernama "Ah Jib Soh" (makna: makcik Ah Jib). Laman itu secara terang-terang menyatakan bahawa ia "perwatakan rekaan", kini menarik lebih 3,000 peminat.

Status yang diperbarui dengan memilih topik-topik tertentu, menyasarkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, misalnya rambutnya, berat badannya, malah amalan menabung sejak zaman kanak-kanak - untuk membeli cincin intan, yang menjadi bahan sindiran warga internet sebelum ini. -MR

Ulasan GB

Pengunjung FB Ah Jib Gor tak tanya ker Wong Nai Chee, ahli jawatankuasa pusat pergerakan belia MCA yang menjaga FB tersebut berapa juta dia perolehi dari Najib? Takkan cuma RM1K atau RM2K sedangkan Facebook Kementerian Pelancongan yang cekai tu pun RM1.8 juta!