Dituduh 'Berlakon' Dalam Kes Samun, Wardina Panggil Penulis Blog
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.
Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta.
"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.
"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.
Antara petikan menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com mempersoalkan kejadian samun Wardina.
Wardina diminta mengulas tulisan RBJ menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.
Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain.
Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak.
"Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja.
Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak dalam kejadian pecah masuk di rumah mereka pada 12 Januari lalu. foto: BERNAMA
"Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai," ujarnya.
Sementara itu, Wardina berkata, penulis blog tersebut sepatutnya menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berfaedah sebagai bahan bacaan supaya dapat mengembangkan minda masyarakat.
Katanya, walaupun kejadian samun yang berlaku terhadapnya mendapat liputan luas tetapi ia telah membuka mata banyak pihak supaya menjadi lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan keluarga.
"Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa," ujarnya.
Pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.
Mohon Maaf
Sementara itu pihak mStar Online memohon maaf kepada Wardina terhadap kesilapan informasi berhubung pemilik blog berkenaan dan ia bukannya ditulis oleh Tun Faisal Ismail Aziz seperti laporan awal artikel ini. -mstar
Ulasan GB
Tuduhan bahawa kejadian samun yang berlaku ke atas Wardina baru-baru ini adakah lakonan adalah melampau dan jahat.
Satu hari jika blogger pro-UMNO itu akan ditimpa kejadian yang serupa dan bagaimana kemudiannya pada masa itu orang akan menyatakan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati?
Kemudian dah tuduh tak mahu mengajku pula beliau penulsi di blog ruangbicarafaisal. Jika bukan beliau, beliau perlu buktikan pula siapa penulis sebenarnya di blog tersebut.
Blogger yang sama juga tak mengaku menulis di blognya yang memfitnah Husam Musa sedikit hari lalu.
Baling batu cuba sembunyikan tangan. Tetapi Tuhan Maha Tahu.
Ingat, Hukum kebenaran pasti berlaku. You will get back what you give.

Yang kurang publisiti kat sini sebenarnya RBF, bukannya Wardina. Setahu saya, Wardina merupakan antara selebriti bertudung paling terkenal dan dihormati pada masa sekarang. Muka dia selalu keluar iklan susu kanak-kanak membesar, dan belum pun lama dia berhenti dari jadi pengacara MHI.
BalasPadamSiapa pulak RBF ni? tak pernah dengar pun pasal dia ni.
Seriously, who is RBF ????
Faisal Tun Ismail ini pegawai khas kepada hishamuddin hussin onn...dan memang blogger UMNO...
BalasPadamoleh kerana perkara tersebut tidak terkena atas kepala dia,atau atas ahli keluarga dia....maka atas pada sebab itulah dia berkata demikian...
BalasPadamJadi semoga RBF akan menerima pengalaman seperti yang menimpa Wardina, biar dia rasa pengalaman itu.
BalasPadamTgk la muka blogger UMNO. Sume muka gobBLOG. Stok muka x siap sama macam kepala hotak diorang
BalasPadam