Guatemala City: Polis Guatemala menahan pakar perisian Amerika Syarikat (AS), John McAfee, semalam kerana memasuki negara itu secara haram.
Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla, berkata Guatemala akan mengusir McAfee ke negara jiran, Belize, kerana dia dikehendaki untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan jirannya. McAfee, 67, bersembunyi selama tiga minggu sebelum memasuki Guatemala bersama teman wanitanya berusia 20 tahun bagi mengelak ditahan polis Belize.
Dia dianggap “individu berkepentingan” dalam kes kematian seorang warga AS, Gregory Faull.
Menurut Bonilla, McAfee ditahan polis Guatemala dan anggota Interpol di hotel Intercontinental di Guatemala City.
Menjadi seorang daripada usahawan pertama Lembah Silikon di AS, McAfee mengumpul kekayaan melalui perisian antivirus yang kini dikenali dengan namanya sendiri. -HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.