7 Dis 2012

Jangan Berlagak Jika Ada Ilmu Silat - Pengasas Silat Pusaka Gayong

Jangan salah guna ilmu silat – Pengasas Silat Pusaka Gayong

rang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.

“Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.

“Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.

Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu’ meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.

Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

“Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.

“Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya.

Beliau juga mengarahkan pesilat Gayong bersiap-sedia menghadapi kemungkinan gangguan berikutan program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar Kedah, 7 Disember ini.

15 ulasan:

  1. Semoga Pak Majid dirahmati oleh Allah S.W.T. TK memberi nasihat yg baik kpd ahli silat gayong dan juga remaja yg lain.

    BalasPadam
  2. Salam

    Terbaik Pak Andak Majid. Sebagai Anak Gayong saya amat bersetuju.

    Silat sifatnya adalah melindungi. Dan kita akan kekalkan sifatnya begitu sampai bila2

    BalasPadam
  3. steady la...baru la tgk anak gayong ka hebat...anak lincah ka hebat..lagi pun...mamak mana ada silat bro...

    BalasPadam
  4. dah lama tak bersua dengan cikgu Majid. dulu banyak kenangan manis tercipta antara Cikgu Majid, Cikgu Awang, Abg Tuah, Abg Jebat dgn rakan2 seguru. seronoknya menimba ilmu dengan guru tanpa campur tangan politik sempit.

    BalasPadam
  5. Melayu telah bangkit menentang UMNO7 Disember 2012 pada 4:53 PTG

    Betul tu. Kita belajar silat nak pertahankan agama, rakyat, dan diri sendiri seandainya diserang, bukannya nak tunjuk lagak. Megat Zulkarnain ingat penyokong Pakatan takde yg belajar silat ke?

    Cuba2lah amalkan politik secara sihat, wahai org2 UMNO. Takyah nak guna kekerasan dan politik samseng. Zaman sekarang zaman IT, bukan zaman TV hitam putih. Rakyat sekrg dah cerdik, mereka nak politik secara sihat dan aman, OK.

    BalasPadam
  6. Saya nak tanya Megat Zulkarnain kenal tak peluru M-16. Peluru emas ke atau peluru perak. peluru tersebut tak belajar silat pun. Kalau rasa boleh tepis atau tangkap peluru, gua tabik spring!

    BalasPadam
  7. like father like son, ilmu silat untuk pertahanan diri, jgn sombong dan angkuh, Allah maha berkuasa, bukan anda , terutama Silat Lincah kukuhkan sillaturrahim bukan memporak peranda kan sesama insan. nak jadi ahli politikUMNO jgn babitkan kumpulan silat tajaan anda.. muhasabah diri siapa yg sebenarnya Melayu..anda siapa.megat?

    BalasPadam
  8. sy belajar silat cekak dari ustaz Hanafi diKg Baru tu..tahun 70an dulu..skrg ni adalah bersama PKR..bukan nak jd samseng taik kucing utk umno

    BalasPadam
  9. Inilah akibatnya bila masuk umno....x kiralah samaada ia pesilat, profesor, tok mufti n rakyat jelata..semuanya jadi punah ranah & otak jadi sewel....ABU..

    BalasPadam
  10. oleh pemimpin2 umno propaganda mengatakan beliau yg mcm `bagus` sangat, membelakan agama dan melayu kononnya (menyebabkan samseng pensilat bangang ni merasakan leh buat sesukahati) ..sebenarnya umno sendiri yg merosakkan agama dan melayu diMalaysia ni..

    BalasPadam
  11. Mamak Megat Zulkarnain Omardin bijak! Dia suruh anak murid pergi buat kecoh. Keturunan penghasut. Yang Melayu bodoh lagi banggang ni ikut saja. Belum di ajar ilmu belajar elak batu.Padan muka.

    BalasPadam
  12. Belajar silat nak jadi samseng. Tak lama lagi silat ini akan berkubur kerana orang dah tak minat untuk belajarnya.

    BalasPadam
  13. si mamak zul, pasti kecut
    dengan amaran pak majid tu.
    jangan ingat dia punya silat aje.
    silat pak majid lagi terer.
    pr patut berunding dengan
    pak majid untuk tubuhkan
    pasukan pengawal menjaga ceramah pr.
    kalau ada umno/bn buat kacau
    kasi silat sama mereka.
    nak harapkan polis, sudahlah...
    pr tak kacau ceramah mereka,
    apa pasal mereka kacau ceramah pr.
    ini samseng umno/bn patut
    kasi ajar sama mereka.
    johor tak boleh masuk,
    melaka tak boleh masuk,
    gombak tak boleh masuk,
    felda tak boleh masuk.
    apa, mereka ingat malaysia ini
    mak bapak mereka punya ke?...

    BalasPadam
  14. Poyolah Megat Zulkarnain dan bapaknya. Bajet samseng. Tak berkat ilmu yg dituntut. Last2, peristiwa ni akan menyebabkan lebih ramai pesilat2 sokong PR dan tak nak sokong parti samseng UMNO. Para pesilat, marilah membuat perubahan. Humbankan UMNO/BN keluar dari putrajaya pd PRU-13.

    BalasPadam
  15. Belajar silat kalau nak jadi samseng rentikanla... tala dengan M-16 berterabur gigi masing-masing ...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.