12 Nov 2012

[VIDEO] Zulfahmi Naik Podium Lagi, Lari Dari Semburan Arak Lagi

Zulfahmi akhiri musim 2012 dengan podium kedua di Valencia

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengakhiri musim MotoGP Dunia 2012 dengan penuh bergaya selepas menaiki podium buat kali kedua pada Grand Prix Valencia di Sepanyol semalam.

Pelumba sensasi pasukan AirASia-SIC-Ajo, yang memulakan perlumbaan ke petak ke-17, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hanya ketinggalan 0.114 saat di belakang juara Danny Kent daripada pasukan Red Bull Ajo.

Kent, pelumba Britain, mencatatkan masa 45 minit 5.891 saat manakala juara dunia baru Moto3, Sandro Cortese dari Jerman, yang juga rakan sepasukan Kent, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.056s.

Muhammad Zulfahmi, yang baru memenangi anugerah 'Pelumba Kelas Moto3 Paling Meningkat 2012', berkata keputusan tersebut sukar dipercayai kerana terpaksa mengharungi keadaan sukar pada sesi latihan bebas Jumaat lepas dan sesi kelayakan semalam.

"Bermula dari petak ke-17 dan mengakhiri di tempat ketiga merupakan keputusan hebat.... saya tidak boleh percaya bahawa saya berjaya menaiki podium. Saya amat bangga untuk memenangi podium kedua dalam karier perlumbaan," kata Muhammad Zulfahmi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sepang International Circuit (SIC).

"Saya tidak sabar untuk saingan tahun depan dan ia akan menjadi lebih berdaya saing tetapi saya akan bersedia," kata pelumba berusia 21 tahun yang menduduki tempat kedua pada MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, bulan lepas.

"Saya juga berasa begitu gembira apabila mengetahui SIC, promoter MotoGP Grand Prix Malaysia, memenangi anugerah 'Acara MotoGP Terbaik 2012'," katanya. - Bernama

KEPUTUSAN PENUH

MOTO3
RACE: (24 laps = 96.12 Km)
POS / RIDER / NAT. / TEAM / MOTORCYCLE / TIME / KM/H / GAP
1 / Danny KENT / GBR / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.891 / 127.88 /
2 / Sandro CORTESE / GER / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.947 / 127.878 / 0.056
3 / Zulfahmi KHAIRUDDIN / MAL / AirAsia-Sic-Ajo / KTM / 45'06.005 / 127.875 / 0.114
4 / Brad BINDER / RSA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'06.322 / 127.86 / 0.431
5 / Hector FAUBEL / SPA / Andalucia JHK t-shirt Laglisse / FTR HONDA / 45'10.262 / 127.674 / 4.371
6 / Louis ROSSI / FRA / Racing Team Germany / FTR HONDA / 45'13.496 / 127.522 / 7.605
7 / Jakub KORNFEIL / CZE / Redox-Ongetta-Centro Seta / FTR HONDA / 45'20.822 / 127.179 / 14.931
8 / Maverick VIÑALES / SPA / Blusens Avintia / FTR HONDA / 45'24.386 / 127.012 / 18.495
9 / Niklas AJO / FIN / TT Motion Events Racing / KTM / 45'29.071 / 126.794 / 23.18
10 / Luis SALOM / SPA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'29.136 / 126.791 / 23.245
11 / Philipp OETTL / GER / HP Moto Kalex / KALEX KTM / 45'33.423 / 126.592 / 27.532
12 / Juan Francisco GUEVAR / SPA / Wild Wolf BST / FTR HONDA / 45'36.222 / 126.463 / 30.331
13 / Niccolò ANTONELLI / ITA / San Carlo Gresini Moto3 / FTR HONDA / 45'37.146 / 126.42 / 31.255
14 / Alessandro TONUCCI / ITA / Team Italia FMI / FTR HONDA / 45'40.551 / 126.263 / 34.66
15 / Josep RODRIGUEZ / SPA / Moto FGR / FGR HONDA / 45'56.413 / 125.537 / 50.522

Pole Position: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h
Fastest Lap (New record): Zulfahmi KHAIRUDDIN 1'49.622 131.524 Km/h Lap 24
Circuit Record Lap: New category
Circuit Best Lap: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h 2012

FINAL CHAMPIONSHIP POSITIONS:>
1 CORTESE 325, 2 SALOM 214, 3 VIÑALES 207, 4 KENT 154, 5 RINS 141, 6 FENATI 136, 7 KHAIRUDDIN 128, 8 OLIVEIRA 114, 9 FOLGER 93, 10 VAZQUEZ 93, 11 ROSSI 86, 12 SISSIS 84, 13 MASBOU 81, 14 ANTONELLI 77, 15 KORNFEIL 71.


Taniah !! Malaysia Boleh..Zul Fahmi lari dari seburan Arak lagi...

Taniah !!!! kepada pelumba negara Zulfahmi kerana mengharumkan nama negara.beliau berjaya menaiki podium buat kali kedua setelah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di litar Valencia Sepanyol sebentar tadi.

Semasa perlumbaan di litar Sepang tempoh hari beliau telah mengejutkan para peminat pemotoran di tanah air dengan melakarkan sejarah kerana buat julung kali beliau menaiki podium.

Dan kini di Valencia Sepanyol membuktikan kemenangan beliau di litar Sepang bukan faktor nasib. Di Valencia beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah pelumba yang hebat.

Taniahhh ...semangat Zulfahmi Bolehhhh.

Tapi yang membanggakan aku lari tetap lari bila celebtare arak. naik podiumkali ke dua dan lari dari semburan arak pun kali kedua....

syabassss anak muda.
-batuvskayu



7 ulasan:

  1. Alhamdulilah dan tahniah buat fahmi kerna berjaya mengekalkan rasa sayangnya kepada ISLAM dan berada dipentas podium buat kali ke-2...amin...

    BalasPadam
  2. Jutaan tahniah buat Zulfahmi atas keberanian anda. Anda memang layak dijadikan contoh untuk semua.

    BalasPadam
  3. terharu sgt sy kerana keberanian anak Malaysia kita ni..mempertahankan suci diri dr semburan arak..sanggup lari dihadapan org ramai yg jahil disitu..kita mendoakan kecekalan beliau dpt diteruskan..aminnnn

    BalasPadam
  4. aku bangga dgn zulfahmi yg mengelak arak disaat kemasyuran

    BalasPadam
  5. Atas dasar sesama Islam, aku sokong entry blog ni. Syabas Zulfahmi, hrap 3 thn lg dh boleh bertanding MOTOGP, Mudah-mudahan lebih ramai anak muda Malaysia akan fight dlm MOTOGP dan pamer contoh yg baik.

    BalasPadam
  6. Tahniah ! Memang la lu Terbaeeekkkk punyer ! Sebagai pencinta sukan bermotor, Gua tumpang bangga tetapi gua harap same lu jangan lupa diri yer !

    BalasPadam
  7. saya pun bangga dengan tindakan zulfahmi..bagus anak muda..saya sokong pendapat diatas..anda jangan lupa diri bila berada di kemuncak..dan orang diluar sana memerhatikan anda kerana mereka sayangkan anda..jagalah maruah bangsa dan agama kita.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.