8 Nov 2012

Pelajar Tidak Mengakui Berzina Dengan Guru

Pendang – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekol ah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.

Gambar: Waris mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat.

Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.

Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.

“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.

“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.

Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.

“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.

“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,” katanya.

Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.

Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.

“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.

“Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini,” katanya.

17 ulasan:

  1. Masya ALLAH, apa nak jadi sudah malapetaka mula mendatangi kita. Fitnah bermaharaja lela, tiada bukti 4 saksi sudah mula menghukum. Tidak takut dosa kah mereka mereka ini yang menganiaya budak sekolah buta buta.

    BalasPadam

  2. Mesti ada sesuatu. Masakan tiada angin dahan bergoyang. Cikgu sekolah tuh tidak buat kerja gila tampa ada sesuatu ynag serius.

    Kepintaran seseorang bukan jaminan ia berkelakuan baik. Bahkan kepintaran itu juga boleh mencipta berbagai helah untuk kepentingan tertentu.

    Aku tidak tahu hujung pangkal kisah berkenaan. Siasatlah. WalLaahi'aklam.

    BalasPadam
  3. Aku rasa cikgu disiplin tu ada hati kat cikgu sandaran tu.. sbb budak tu rapat dgn cikgu sandaran.ni mesti kes tak layan.

    Yg cikgu sandaran tu pulak mana pergi..komen.. etc ??

    BalasPadam
  4. Apa nak pelik,di malaysia ni bekas pemimpin no2 pun difitnah inikan budak sekolah.

    Inilah akibatnya masyarakat yang tidak melaksanakan islam sebagai cara hidup.

    BalasPadam
  5. bila setan yang dikenali jadi guru lingkoplah anak bangsa ! ABU !

    BalasPadam
  6. Nak hairan apa? Kebanyakan gurux yang
    mempunyai KEPENTINGAN DIRI akan kekal
    Dulu Kini Dan selamanya!!!!Guru yang
    dididik oleh UMNOYAHUDI!!!!!

    BalasPadam
  7. Bagaimana mereka boleh menuduh zina sedangkan tiada 4 saksi, jika berdasarkan pengakuan pun masih ada keraguan berdasarkan penafian pelajar ini. Ini perlu disiasat lebih mendalam oleh pihak yang berkecuali.

    BalasPadam
  8. Inilah padahnya bila Mahathir guna kaedah seksual semasa nak singkir Anwar pada tahun 1999 yang lalu.

    Selepas 10 tahun, taktik ini dah jadi trend. Nak singkir budak sekolah pun kena guna kaedah seksual?

    Kenapa? Dua orang guru lelaki tu berkenan kat guru sandaran perempuan tu ke?

    BalasPadam
  9. Kesian kepada kedua2nya kerana tidak diberi ruang utk membela diri. Bagi aku, lebih baik aku bersangka perkara zina x berlaku supaya lepas dr dosa

    BalasPadam
  10. kes ini akan menunjukkan kepada kita beberapa perkara

    1. kelemahan dalam undang2 berkaitan dengan kelakuan disiplin pelajar disekolah
    2.SWikap ibu bapa yang cuba melindungi anak2 mereka dengan kebijaksanaan dalam akademik.
    3. kegagalan pihak sekolah untuk bertindak mengikut standert operasi untuk kes2 buang asrama.
    akhir sekali kedua2 pihak hendaklah berunding demi masa depan anak dan pelajar tanpa sebarang sikap prejudis.Kepada para pengomen jangan samakan hukum hudud dalam bab ini,hukum hudud bermaksud kena sebat 100 rotan untuk kesalahan zina tetapi ini bukan hudud tapi hanyalah buang asrama.

    BalasPadam
  11. Betul ke mereka itu berzina..ada 4 saksi ke..ada bukti..kalu ada saksi dan bukti barulah kenakan hukuman..tapi dalam kes ni tertuduh tidak diberi untuk mempertahankan diri..ni dah macam kes fitnah..aku setuju dengan apa yg kate di atas..kalau benar bdak dan guru itu bersalah patut dihukum..tapi ni terus2 saje nak buang budak tu dari sekolah..cuba tuan-puan bayangkan kalu perkara itu terjadi pada anak-anak tuan..jangan cepat menghukum tanpa bukti yang kukuh..selidik dulu dulu..pihak sekolah pun satu hal..selidik kes ni betul-betul2 n dengar dari dua belah pihak..aku yang jd guru pun turut malu dengan apa yang terjadi....apa nak jadi dimalaysia ini..

    BalasPadam
  12. Ini kes panas sampai neraka.Warga sekolah tu,tau cerita sebenar.Tak yah dok cover line la.Ini bukan masalah politik,ni masalah melibatkan sahsiah dan iblis....

    BalasPadam
  13. Astaghfirullah. Berdasaran kes ini, kita dapat simpulkan Wan tidak bersalah, tapi yang bersalahnya ialah pihak sekolah yang durjana! Pihak sekolah sepatutnya ambil tindakan jika mereka ada bukti, bukannya menuduh tanpa sebarang bukti yang kukuh. Saya setuju dgn komen2 di atas. Pihak sekolah macam ni patut disaman. Tak pun heret ke mahkamah saja.

    BalasPadam
  14. Saya juga seorang guru, tetapi tidak menyebelahi sesiapa.Saya dah lalui banyak kes macam ni. Masalah di sekolah kita tak boleh dedahkan maklumat kes pada umum. Banyak kes keluarga pelajar enggan menerima kes disiplin anak mereka. Berdasarkan laporan, yang membuat report ke polis adalah bapa saudara pelajar. Bapa sebenar pelajar berdiam atau berdalih seolah melindungi sesuatu. Pihak sekolah sebolehnya enggan mendedahkan keburukan pelajar. Itu sebab diberi pilihan tukar sekolah. Yang terlibat pulak guru sandaran bukan guru tetap. Biasanya kes macam ni memang pelajar tu ada sesuatu yang disembunyikan cuma pihak sekolah enggan memperbesarkan kerana tertakluk kepada perintah am kerajaan. Zalimnya kes ini pelajar seolah tidak diberi peluang tetapi sebenarnya dalam banyak kes pelajar-pelajar telah diberi banyak peluang. Masyarakat sebagai permerhatian harus memberi peluang kepada guru dan pelajar terlibat membela diri. Seharusnya pihak PPD atau JPN haruslah cepat bertindak. Kesian pihak guru kerana mereka tidak boleh menceritakan hal sebenar. Dalam keadaan ini soal politik jangan dicampuraduk. Berikan pendapat yang bernas bukan mengikut hati.

    BalasPadam
  15. Aku setuju dengan komen cikgu.Pembaca jangan cepat menuduh.Kes ini Insya-Allah dapat diselesaikan dengan baik tanpa campur tangan-tangan yang JAHAT.Cikgu tak akan menganianyai anak muridnya.Anak murid anianya cikgu...perkara biasa.Dunia nak terbalik.

    BalasPadam
  16. Kalau faham, mangsa sebenarnya bukan pelajar tersebut...

    Mangsa sebenar ialah guru sandaran.

    Jika tindakan pihak sekolah sampai ke tahap menyingkirkan palajar terbabit tanpa bukti sebenarnya adalah untuk perlindungan identiti kepada mangsa sebenar.

    Yang pemangsa cuma nak menjaga nama baik tanpa mahu bertanggungjawab.... Moga tak terjadi kepada guru-guru perkara yang tak baik...

    BalasPadam
  17. Guru sandaran pakai menggiurkan tak?
    Skrg ni pakaian hatta jubah2 pun bnyak yg transparent & nipis2. Smpai nampak bekas seluar dalam.

    Tak caya, cari le kat tenet, atau pi majlis2 kawin, ramai yg pakai, kononnya dah lengkat tutup aurat.
    Tu yg Nabi saw sebut ..berpakain tapi telanjang'.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.