Kuala Lumpur: Istilah ‘kafir harbi’ boleh terpakai jika DAP berterusan menentang Islam secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Parlimen hari ini.
“Sekiranya bukan Muslim menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan seperti melabel bahawa syariah Islam itu ekstremisme, dengan terang menyebut tidak mahu Islam, tidak kiralah nak langkah mayat atau tidak, atau merasakan mempertahankan maruah Islam itu sebagai sesuatu yang membazir tenaga dan masa, maka jelas bahawa ia adalah menentang kepada Islam.”
Mashitah menjawab soalan ahli Parlimen PKR-Tanah Merah Amran Abdul Ghani yang ingin tahu sama ada DAP sememangnya dianggap sebagai ‘kafir harbi’.
Amran merujuk kenyataan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa’amah yang mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak Islam.
Mashitah bagaimanapun berkata dalam konteks Malaysia, istilah tersebut tidak membenarkan umat Islam berperang secara fizikal.
“Ia bukan satu istilah yang membolehkan sebarang hukuman bunuh diambil tetapi sebagai satu kajian sikap sama ada kita (Muslim) masih boleh terus berkawan dengan dia ataupun tidak…itu sahaja.
“Jadi tidak timbul soalan tuduhan yang boleh membawa kepada satu hukuman atau sebagainya,” katanya lagi.
Sebaliknya, beliau menegaskan mana-mana pihak yang menuduh seseorang sebagai ‘kafir harbi’ atau ‘kafir zimmi’ boleh didakwa di Mahkamah Sivil di bawah Peruntukan 298(A) Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjurus kepada perpecahan dan memudaratkan keharmonian negara.
“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih lima tahun,” katanya.
Jamil: Tiada fatwa kafir harbi atau zimmiUlasan GB
KUALA LUMPUR - Sehingga hari ini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai kafir harbi atau kafir zimmi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebarang fatwa dan pandangan hukum hanya boleh dikeluarkan oleh badan berautoriti iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri atau Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
"Oleh itu sebarang pendapat atau pandangan hukum oleh mana-mana individu atau institusi selain dua entititi tersebut tidak boeh dianggap sebagai fatwa, sebaliknya sekadar pandangan hukum bersifat peribadi," katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi meminta menteri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutamanya media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai kafir harbi.
Presiden Pas itu juga berpendapat hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.
Menurut Jamil Khir, kerajaan sentiasa memantau dan mengambil berat terhadap isu-isu agama yang berbangkit di kalangan masyarakat.
"Walaupun kerajaan meyakini akan prinsip kebebasan bersuara dan memberi pandangan, namun perkara-perkara berkait dengan isu-isu agama merupakan isu sensitif bagi umat Islam.
"Tidak wajar bagi seseorang menggunakan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini," katanya. -SH
Demikian keliru dan celarunya menteri-menteri agama dalam UMNO. Yang seorang kekal menduuh DAP kafir harbi jika tolak Islam sementara yang seorang lagi kata tiada fatwa kafir harbi atau kafir dzimmi.
Bagaimana pula MCA? Takkah kafir harbi apabila mereka menentang hudud dan menghina negara Islam?
Bodoh sungguh la timbalan Menteri Mashitah ni..Mashitah zaman nabi Musa dulu pandai tp yg makin lama makin bodoh..MCA yg tentang ISLAM dan UMNO bukan DAP..
BalasPadamSaya telah lama tidak hormati dia ni. Patutlah UMNO nak sangat hingga lantik jadi senator.
BalasPadamKalau DAP Kafir Harbi,MCA kafir apa pulak? Dan UMNO yang bersekongkol dengan MCA dipanggil apa pulak?
BalasPadam!!!! Nak dengar abang CSL keluarkan fatwa... sita nak dengar ni.
BalasPadamBahlol dan kenyataan penuh dengan sifat kemunafikan. Ibarat peribahasa Melayu, Bangkai Gajah di depan mata tak kelihatan, Kuman di seberang laut juga yang "dicarinya".
BalasPadamKalaulah DAP itu kafir harbi, bagaimana pulak dengan status seperti Che Det dan sahabat-sahabatnya yang menolak perlaksanaan HUDUD, termasuk PM kita? Adakah depa ini juga jatuh "Kafir Harbi"?
Renung-renunglah sahabatku. Jangan cuba mengaibkan DAP sedangkan dalam puak kita pun yang sudah "kafir" kan.
seorang ustazah palsu yang sanggup mempersendakan agama Islam demi kepentingan politik kufur yang diterajui parti "Belaian Neraka"
BalasPadam