22 Nov 2012

Di Johor, Penduduk & Kontraktor Bergaduh Kerana Air


Johor Bahru – Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan.

Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi semalam.

Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan.

Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air.

"Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu.

“Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk.

"Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini, namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah,” katanya pada sidang media, semalam.

Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk.

“Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa.

"Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan tidak munasabah.

“Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja.

“Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik. Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, dia akan membantu membawa perkara itu kepada pihak berkaitan malah mendakwa isu pampasan pernah diutarakan kepada Kerajaan Negeri, namun tiada reaksi diterima.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi berkata, seramai 15 orang termasuk kontraktor ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Manakala lima yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.

Ulasan GB

Bukan di Kelantan atau di Selangor yang UMNO BN sentiasa manipulasikan berita mengenai air, tetapi apa yang berlaku kini ialah di negeri Johor, negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO.BN.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berlaku - dulang paku serpih, nak mengata negeri orang, rupanya negeri dia yang lebih.

5 ulasan:

  1. berita tipu ni...kat tv3 taktunjuk pun...tak baik o pitnah ni....

    BalasPadam
  2. Inilah dikatakan "kroni diutamakan rakyat dibelakangkan". So UMNO please tukar kau punya moto kepada yang ini. Memalukan sahaja.

    BalasPadam
  3. UMNO Johor dok buat apa?

    BalasPadam
  4. Kat Selangor, BN siap upah pihak produksi & pelakon2 tambahan unt. menggambarkan isu kritikal air. Pelakon2 yg tak tahu hujung pangkal diminta berteriak mahukan air.Kmdn disiarkan di TV3 kononnya rakyat S'ngor buat demo. Hebat sungguh fitnah BN...(berita dipetik dr. MK)

    BalasPadam
  5. Projek kroni....tak guna lapor polis pun....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.