22 Okt 2012

Kenyataan Najib Bukti BN Sudah Gelabah Dan Semakin Terdesak

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga sanggup memburukkan perikatan itu kononnya DAP-PKR-Pas bersandiwara dalam membentuk kerjasama politik.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin yang BN kini semakin takut dan merasakan yang PR merupakan saingan sengit mereka hingga Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Tun Razak sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan menunjukkan kebimbangan yang tinggi terhadap pimpinan PR.

“Saya rasa Najib mula bimbang dengan sokongan rakyat yang diberi kepada kami (PR) ketika ini dan beliau juga mula rasa takut menerima kenyataan dengan prestasi dan ketokohan yang ada dalam PR ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Najib menegaskan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai tiga parti berbeza sanggup bersandiwara dan berpura-pura sesama sendiri semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Beliau berkata, berbeza dengan pakatan pembangkang, BN tidak bercakap soal mahu menjatuhkan mana-mana parti politik.

"Itu sahaja matlamat mereka, dan ini bukan bermakna mereka boleh dipercayai untuk memimpin negara kita," katanya.

Sambil menafikan kenyataan Najib, Salahudin turut menambah kenyataan Perdana Menteri ini merupakan salah satu manifestasi kebimbangan yang ditunjukkan secara halus terhadap kemaraan PR ketika ini.

“Setakat ini, seokongan rakyat semakin meningkat kepada kami, program-program yang dianjurkan PR juga mendapat sambutan luar biasa dari kalangan rakyat, jadi mengapa perlu buat kenyataan segitu?” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, PR ketika ini komited untuk melunaskan tanggungjawab terhadap rakyat dan tidak menjadi satu isu jika rakyat bimbang menerima kehadiran pembangkang sebagai pemerintah.

“Jadi, dengan kenyataan yang dibuat Najib ini, kita dapat buat kesimpulan yang Najib ketika ini terdesak untuk meraih semual sokongan rakyat.

“Selama ini, apa saja yang cuba dilakukan kami, tidak sedikit pun beliau ambil pusing, mengapa baru kini mahu berbunyi?” katanya.

PKR turut melahirkan pandangan yang sama dengan Pas dan mengatakan Najib terlalu takut dengan kehadiran pembangkang ketika ini.

Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, BN kini mula bertindak dan cuba melawan PR bagi meraih semula undi rakyat.

“Jika dulu, apa saja yang kita lakukan, mereka tidak pernah hirau, buat-buat tak nampak malahan diperlekehkan pula, sekarang ini, mereka terpaksa cuba lawan kami semula,” katanya.

Tambah beliau, kebimbangan BN ini jelas kelihatan lebih-lebih lagi semasa di dalam persidangan Dewan Rakyat, BN acap kali memainkan isu Belanjawan Pakatan bagi menarik perhatian rakyat.

“Kenyataan yang dibuat Najib ini hanyalah untuk melarikan tumpuan pengundi namun saya percaya, rakyat kini semakin bijak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, kenyataan terdesak yang banyak dikeluarkan oleh BN ini merupakan salah satu petanda yang Pakatan mampu menang dalam PRU13.

“Apa yang BN cuba buat ketika ini, buruk-burukkan pembangkang merupakan ‘sign of desperation” dan mereka bimbang dengan kehadiran kami,” tegasnya.

Pada masa yang sama, DAP turut menyelar dakwaan Najib yang kurang berkeyakinan dengan pipinan yang bakal PR bawa jika dapat menerajui tampuk pimpinan negara kelak.

“Sila lihat kemampuan PR menerajui kerajaan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Kami telah membuktikan mampu mengurus belanjawan negeri dengan baik.

“Saya yakin rakyat kini bijak dan sudah boleh memilih kerajaan yang sesuai untuk mengurus Negara dengan baik,” katanya.

3 ulasan:


  1. Ini Kali lah
    Bukan sekarang bila lagi
    Tiada lagi UMNO dan Barisan.
    Biar lupus buat selama-lamanya. Sejarahnya pun tidak patut dikenang-kenangkan.

    UMNO itu kerana tidak pernah merasakan padah, menjadikan mereka melintah, menjarah dan mentekedarah apa sahaja yang diselerainya. Segala ini dan pati khazanah negara mereka perah, hanya hampasnya sahaja yang ditaburkan kepada rakyat terutama menjelang setiap PR-Umum.

    RAKYAT BUKAN BODOH LAGI

    Helah berhelah bukanlah masalah. Masalahnya rakyat telah membenci kerajan yang diterasi UMNO itu.

    Untuk menikmati sebuah kerajaan baru maka rakyat kini sedng bersatu hati menunggu PRU-13. BN dan UMNO mesti dialahkan. Itulah padahnya bermaharajalela mencengkam rakyat berdekat lamanya.

    Cadangan DSAI untuk tukar tugasan Najib. Daripada seorang PM kepada seorang duta khas di Monggolia. Sebelum inipun dia memang 'berminat' berurusan di sana. TEPAT.

    BalasPadam
  2. kalau BN berani luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat, dah bertahun tahun tak lulus apa cerita?

    BalasPadam
  3. BN seharusnya lebih mengelabah lagi apabila CSL membuat kenyataan yang menghina Islam. Kerana apa? Kerana ramai orang-orang melayu yang selama ini di atas pagar telah tersinggung dengan kenyataan yang tidak bertanggung jawab itu dan tidak ditegur oleh UMNO. Mereka tidak lagi berbelah bagi untuk membuat keputusan menyokong PR. Pengundi Cina pula telah lama merancang untuk mengundi PR, tidak akan berpaling kepada MCA, kerana isu rasuah, ketidak adilan dan isu lain adalah lebih utama dari isu hudud yang mereka anggap telah batat ini.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.