22 Okt 2012

Kamera AES Berharga RM120,000 Tumbang Menyembah Bumi!


Rempuh AES kerana Silau!

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.

Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.

.

Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome.

19 ulasan:

  1. hehehe jahanam RM120k.

    Harga sebijik rumah :)

    BalasPadam
  2. kihkihkih... RM 120, 000.00!!!
    lembik mcm ketua dia jugak

    BalasPadam
  3. kroni easy money, rakyat easy pokai

    waksab.blogspot.com

    BalasPadam
  4. pemandu patut saman je syarikat pasang AES tu krn sebabkan kemalangan...mujur tak mati.

    BalasPadam
  5. Tumbangnya. AES tanda nak tumbang BN

    BalasPadam
  6. Kalau nak hapus PTPTN dan AES kena tumbangkan BN PRU13

    BalasPadam
  7. "Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal"

    Yang mahal tu Kamera kat atas tu, bukannya tiang yang kat bawah tu. Lainlah kalau kamera tu datang pakej dengan tiang.

    Apa2 pun, keta yang langgar tu terbabas. Terbabas sebb bawa perlahan kot.

    BalasPadam
  8. nampak macam lawak. Saya harap kajian perlu dilakukan segera kerana ia sudah memberikan gambaran buruk dan undangan maut kepada pengguna !

    BalasPadam
  9. harga pakaian kereta depa pun aja dah boleh beli rumah rakyat juga yang susah

    BalasPadam
  10. ini bererti BN akan tumbang seperti tumbangnya AES

    BalasPadam
  11. guru disekolah dibebankan kerja oleh BN, keluar sekolah kena saman AES, Undilah Pakatan naik gaji lagi RM500

    BalasPadam
  12. Speed doesnt Kills...AES kills dengan 'silau kelipan nyamakahai,tiukow leiyala..hahahahapraknye RM120K lebur...ฮะฮะฮะฮะ!! เย็ดแม่ง badot2 BN-UMNGOK...

    *from I'm EVILx*

    BalasPadam
  13. Aku bukan nak sokong AES tetapi nak komen pasal mereka yang membenci pelaksanaan AES. Tak kira dimana sekali pun kamera tu diletakkan sekiranya jalan tersebut telah diwartakan pada kelajuan 60/70/80/90 km/j maka sekiranya kita bawa lebih laju kita dah lakukan kesalahan jalanraya. Itu prinsip asas. So my advise sila patuhi undang-undang. Kalau benda simple macam ini tak boleh ikut maka kalau tuan-tuan semua diberi kuasa kelak tak mustahil maka akan cari berbagai alasan untuk menghalalkan cara.
    Yang perlu dilakukan adalah kajian untuk menentukan had laju yang bersesuaian kerana banyak tempat yang had laju dah tak relevan. Selama nie kita bernasib baik aje tak kena saman.

    BalasPadam
  14. Ko paham ke 90km/j tu mende... takkan la kalau lebuhraya 3 lorong pakai kereta 2400cc, jalan dlm jarak 90km dlm masa sejam. dahla roadtax mahai... jln mcm masuk ladang.. Pastu bayar tol lagi.. mmg tolol betulla.. abu

    BalasPadam
  15. Ko paham ke 90km/j tu mende... takkan la kalau lebuhraya 3 lorong pakai kereta 2400cc, jalan dlm jarak 90km dlm masa sejam. dahla roadtax mahai... jln mcm masuk ladang.. Pastu bayar tol lagi.. mmg tolol betulla.. abu

    BalasPadam
  16. Kepada anon 1.18am dan 1.19am sila baca balik komen aku..jangan mudah bodohkan orang aje. Tapi kalau lihat komen yang diberikan aku percaya kau pakai kereta bawah 1.5cc sebab tu bagi contoh kereta cc besar. Mentality nak menunjuk nunjuk. Aku ulang semula statement. perlu ada kajian semula had laju untuk ambil kira semua keadaan. Bukan membantah sembrono aje. Selagi dah digazetkan kawasan tu 90kmj kita kena ikut aturan bukan main langgar aje.

    BalasPadam
  17. AES membebankan rakyat. bukan soal had laju. alasan yg diberi kawasan kerap accident. letak jela zebra line tu bg tebal lintang jalan n kaji struktur binaan jln.kadang2 speedtrap kat jln 3 lorong dpan umah aku pn ada. sedangkn stahun skali pun jarang dengar accident. mmg dasar kerajaan mnyusahkan rakyat. Kpd anon 9.48am; kereta aku mmg xbesar. Tp ada 3 biji cc semua besar2.. bkn nk mnunjuk2, tp kalau aku yg Allah bg sedikit nikmat pun xstuju.. mcmna la org yg mmg pakai cc kecik tp kena aes tu...fikir2kanlah

    BalasPadam
  18. Anon 10:13 dan 9:48
    Bkn had laju yg dipertikai. Tapi kenapa denda tinggi (RM300 - RM2000) dikenakan sdgkan sblm ni maks RM300 je? Dah tu ade plak PROFIT SHARING 50-50 ngan swasta. Dah tu ade TARGET plak sekurang2nye 10 juta saman setahun. Nmpk sgt nak buat duit! Lain kali buat research baru komen! Ada paham?????

    hansafire

    BalasPadam
  19. mmg tak patutu AES.. Aku benci AES.. Aku tak percaya akan polis yg jg speed trap. Kdg2 sengaja nak menyorok utk dapatkan saman. Tak mcm UK, speed trap hnya ada kat kawasan yg tertulis kawasan speed trap. Kat malaysia ada jg tulis tp polis lepak kat tmpat lain. UmnorBn la ni.. saman sm mcm byr rumah+kete. tak ker giler kerajaan BN ni.. pk la betul2.. kerajaan jg rakyat atau kejam rakyat.. siapa yg baik nak backup kerajaan tu, nak tnya, ko tak pernah bw lebih 110 km/j ker? Jgn tipu la..ABU!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.