KWSP beli lebih banyak unit saham FGV
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 2.2 juta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) lagi oleh kerana harga saham gergasi perladangan jatuh menjunam lagi semalam sebelum pulih sedikit meningkat lima sen lebih tinggi.
Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55 semalam, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.
KWSP adalah salah satu pelabur asas FGVH dan telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus semalam.
Pengumpulan saham FGVH walaupun menurun sejak dua bulan lalu menyebabkan sesetengah pemerhati pasaran menganggap bahawa dana pencen terbesar di negara ini membantu untuk menaikkan saham kumpulan perladangan.
Harga FGVH juga membimbangkan beberapa peneroka Felda yang telah diberi pilihan untuk membeli saham pada harga runcit IPO pada RM4.45.
Dilaporkan pada 29 Ogos, kerajaan memperolehi peruntukan RM360.7 juta oleh Felda untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka sepenuhnya.
Peruntukan itu menyebabkan peneroka bebas daripada perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang mereka ambil untuk membeli saham dan peneroka akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.
Harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong.
Walaupun saham-saham perladangan telah berada di bawah tekanan disebabkan kebimbangan mengenai harga minyak sawit yang lebih rendah, KL Kepong turun kira-kira empat peratus dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya kira-kira satu peratus berbanding dengan FGVH yang telah jatuh kira-kira 12 peratus.
FGVH melaporkan keuntungan mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.
Kumpulan itu juga berhadapan dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih benyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.
FGVH juga dilaporkan mengalami kerugian dari segi produktiviti tan sehektar yang disenaraikan sebagai ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama di Malaysia.
Harga minyak sawit juga dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat oleh kerana stok penimbal Malaysia kekal tinggi dan negara ini juga menghadapi persaingan untuk eksport dari Indonesia.
Sesetengah penganalisis walaubagaimanapun mengambil perhatian bahawa FGVH menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen. -TMI
FVGH: Kerajaan tak dengar kata, saham merudum
TUMPAT: Akibat kerajaan tidak mahu mendengar pandangan orang lain termasuk pegawai Felda serta peneroka, saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) mencecah serendah RM4.57 seunit.
AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) berkata kejatuhan saham itu paling rendah sejak ianya mula merudum beberapa hari lalu sebanyak RM4.69 seunit selepas mencatat kedudukan paling tinggi sejak Julai lalu, RM5.55.
Katanya, apa yang berlaku akibat tindakan kerajaan memperdagangkan masa depan peneroka Felda melalui penyenaraian saham Felda sehingga menjadikan saham sebagai barang dagangan negara dan di peringkat antarabangsa.
Katanya, saham Felda itu kini telah menjadi milik syarikat-syarikat asing, syarikat judi yang mana semua syarikat itu motif utama mereka adalah perniagaan.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui pada majlis Aidilfitri bersama peniaga Kedai Bebas Cukai, Pengkalan Kubur, di sini semalam sebagai mengulas saham Felda menjunam jatuh sehingga RM4.57 seunit.
Katanya lagi, apabila ekonomi tidak lagi memberikan keuntungan yang mudah kepada pemegang saham itu mereka sewenang-wenang akan menjualkannya tanpa mengira kesannya terhadap peneroka.
“Walaupun jumlah unit saham hanya 800 sahaja, tetapi dengan kerugian yang dialami, mereka terpaksa membuat pinjaman bank dan pinjaman yang lain untuk membeli sahaja-saham itu,” ujarnya lagi.
Kamaruddin seterusnya berkata, peneroka tidak pandai menjual atau membeli saham apa lagi menguruskannya, tetapi apabila disedari tiba-tiba harga menjadi rendah.
“Bila dicampur dengan kos kerugian, pinjaman dan sebagainya peneroka mengalami kerugian yang amat besar berikutan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan rakyat serta pihak lain,” ujarnya.
Katanya, Felda, hasilnya dan bumi Felda sepatutnya seratus peratus dimiliki oleh peneroka dan seterusnya generasi kedua kedua atau ketiga dan seterusnya.
Beliau tidak menafikan apa yang berlaku itu ‘permainan’ saham dan lumrah berlaku, sebaliknya risiko yang tidak sewajarnya berlaku terpaksa ditanggung oleh peneroka kerana ‘offer’ tidak bijak kerajaan untuk rakyat.
“Kerana kedegilan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan pegawai Felda, ramai antara mereka disisihkan, ditukar dan berbagai lagi dan sekarang kita tengok apa yang berlaku,” ujarnya.
Katanya, bagi membantu kerajaan menampung kerugian dalam saham itu, KWSP pula diminta membantu.
Sambungnya, jika langkah itu diambil dividen yang diperolehi pencarum juga akan menjadi kecil jumlahnya.
Katanya, kerajaan seharusnya menjadikan pengalaman Tabung Haji Plantation yang gagal sebagai panduan sebelum saham Felda disenaraikan.
“Soalan kita, adakah ahli-ahli Tabung Haji mendapat keuntungan yang besar atau dividen yang tinggi selepas ianya disenaraikan sebagai saham.
“Hujah yang sama diberikan pada saham FGVH ini, jangankan mendapat untung yang besar, rugi pula yang terpaksa ditanggung,” ujarnya. -HD
BalasPadamMari kita beramai-ramai rakyat 1 mesia mem Bail-out saham orang2 felda tu...so, orang felda kenelah berterima kasih pada kita 1 Mesia sebab dah selamatkan diaorang dengan izin Allah!! mekasey la Najib sebab tolong pelingkupkan kita semua..huhuhu
1. fgv umpama gajah, kena guna 'tenaga' yg kuat utk tolak dia naik. setakat 2.2 juta unit, memang payah.
BalasPadam2. kwsp beli saham utk selamatkan fgv atau memastikan pulangan yg baik kpd pencarum2? apa tanggungjawab kwsp? fgv hakmilik najib, kwsp pun dia punya jugak ka?
Kepada Pengurus-pengurus dana di KWSP, Saya tidak akan Halalkan tindakan anda membeli saham Felda atas dasar untuk menyelamatkan harga saham yang semakin merundum
BalasPadamabisss.. duit kami rakyat se'mesia kat dalam kwsp tu
BalasPadamKWSP? habih duit aku! kalo org2 felda bersyukurlah wang kami 'dipaksaguna' untuk selamat kan korang.terima kasihla kat kami, bukan kerajaan k. !@#$%^&*()
BalasPadamsikit ari lagi abisla makcik pelda jadi hakmilik pemegang saham yahudi..itu yg kao orang nak itu yg korang dapat.
BalasPadamAtas nama apa skli pun duit pncrum2 KWSP yg juga trmasuk duit aku digunakan utk FELDA, slagi ada nama isa samad, najib, daim serta pemimpin2 UMNOyg lain, aku tak akn halalkn wlu stengah sen, abadhan!
BalasPadamDah kata UMNO tu parti Umat Melayu Naif Otak nya.. Sbab tu mreka tu degil. Dh la degil bingai & bengap plak tu! Tpi klu nk perabih duit rakyat, dia la no 1 & mereka la perampok berlesen khazanah negara!
Tolak sesiapa sja calon Umat Melayu Naif Otak pd PRU 13 nanti. Kita wajib ubah kepimpinan ngra sbelum brtmbh paRah. Kuborkn UMNO agr Be End kita talkin kn brsama dmi agama, rakyat, negara & bngsa.
ako mengharamkan serta menjadahkan KWSP menggunakan duit ako tok selamatkan felda... org felda dapat ribu2 walau pon rugi nnt plak duit ako plak yg hilang...
BalasPadamsaya juga takkan halalkan sesen pun duit saya.....baik dalam kwsp, tabung haji....dan setiap sen yang anak2 oku saya sepatutnya layak diterima mereka dari kerajaan tapi telah dinafikan pun saya akan tuntut di akhirat nanti...
BalasPadamkesian orang2 felda/melayu
BalasPadamdah terang2 kena JUAL
tapi apa nak buat, dah orang felda\melayu gak yg suka sgt nak kena jual!
tanggunglah sendiri!
tapi bab guna duit kwsp tuh aku hangin sikit! itu duit semua rakyat malaysia bukan duit mak bapak pm/menteri2
Harap Allah beri balasan kat dunia lagi pada mereka yang tidak amanah menguruskan duit rakyat. Amin.
pada mereka yang amanah, mudah2an Allah lapangkan kubur mereka apabila mati nanti. Amin
Biar rasakan peneroka2 yg tamak haloba yg setuju dgn penyenaraian felda di bursa saham tu.... Rasakanlah beban.yg bakal ditanggung nt...yg dikejer tak dpt yg dikendong berciciran.... Nasihat org tak mau dengar skrg tanggung lah hutang bank tu....memang aku ucapkan padan muka....syg najib inilah akibatnya..hahahah
BalasPadamTatik kroni buat duit. bila saham jatuh depa pakat beli. bila kwsp inject fund saham naik kroni lak jual saham depa. dapat untung. bila jatuh balik depa beli dan kwsp inject lagi fund untukbbagi saham naikbalik, kemudian kroni jual balik., dapat untung dan begitu lah seterusnya... last sekali pencarum kwsp yg jadi mangsa.. sabo je la.. memang tak halal dunia akhirat duit ...
BalasPadamTu yg duk pong pang nak naik umor pencen60.... xsempat merasa...mati dulu....duit tu senang nak konar...
BalasPadamChanges in Sub. S-hldr's Int. (29B)
BalasPadamFELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD
12/09/2012 05:16:28 PM
Particulars of substantial Securities Holder
Name
LEMBAGA TABUNG HAJI
Address
201, JALAN TUN RAZAK
PETI SURAT 11025
50732 KUALA LUMPUR
NRIC/Passport No/Company No.
ACT 5351995
Nationality/Country of incorporation
MALAYSIAN (GOVERNMENT AGENCY)
Descriptions (Class & nominal value)
Ordinary Share of RM1.00 each
Name & address of registered holder
LEMBAGA TABUNG HAJI
201, Jalan Tun Razak
Peti Surat No. 11025
50732 Kuala Lumpur
(Total No. of shares : 279,294,900)
Aminvestment Bank Bhd
22nd Floor, Bgn Ambank Group
55 Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
(Total No. of shares : 205,000)
Mayban Investment Mgt Sdn Bhd
Level 13 Tower C Dataran Maybank
No. 1, Jln Maarof
59000 Kuala Lumpur
(Total No. of shares : 165,000)
Details of changes
Currency: Malaysian Ringgit (MYR)
Type of transaction
Date of change
No of securities
Price Transacted (RM)
Acquired
05/09/2012
1,000,000
Acquired
06/09/2012
1,000,000
Acquired
07/09/2012
1,000,000
Acquired
10/09/2012
1,000,000
Acquired
06/09/2012
75,000
Acquired
07/09/2012
15,000
Circumstances by reason of which change has occurred
1) LEMBAGA TABUNG HAJI - Purchase of 1,000,000 shares on 05/09/2012
2) LEMBAGA TABUNG HAJI - Purchase of 1,000,000 shares on 06/09/2012
3) LEMBAGA TABUNG HAJI - Purchase of 1,000,000 shares on 07/09/2012
4) LEMBAGA TABUNG HAJI - Purchase of 1,000,000 shares on 10/09/2012
5) Mayban Investment Mgt Sdn Bhd - Purchase of 75,000 shares on 06/09/2012
6) Mayban Investment Mgt Sdn Bhd - Purchase of 15,000 shares on 07/09/2012
Nature of interest
Direct
Direct (units)
279,664,900
Direct (%)
7.67
Indirect/deemed interest (units)
Indirect/deemed interest (%)
Total no of securities after change
279,664,900
Date of notice
11/09/2012
EPF beli lagi FGVH.
BalasPadamCurrency: Malaysian Ringgit (MYR)
Type of transaction
Date of change
No of securities
Price Transacted (RM)
Acquired
10/09/2012
3,000,000
Acquired
10/09/2012
100,000
Circumstances by reason of which change has occurred
CITIGROUP NOMINEES (TEMPATAN) SDN BHD EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD - Purchase of 3,000,000 shares on 10/09/2012
CITIGROUP NOMINEES (TEMPATAN) SDN BHD EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (MAYBAN) - Purchase of 100,000 shares on 10/09/2012
Nature of interest
Direct
Direct (units)
260,135,170
Direct (%)
7.13
Indirect/deemed interest (units)
Indirect/deemed interest (%)
Total no of securities after change
260,135,170
Date of notice
11/09/2012