12 Sep 2012

[GEMPAR] Portal Jabatan K'jaan Guna Logo Merdeka Pakatan Rakyat Sempena Hari Malaysia

Satu demi satu agensi kerajaan UMNO BN "bergaya" dengan logo merdeka Pakatan Rakyat dan bukan logo "Janji Ditepati" ciptaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sebelum ini Pos Laju, sebuah produk dari POS Malaysia Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri telah menggunakan logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".


Terkini, portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor pula menggunakan Logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia di lamanwebnya (imej slide show).

Satu tamparan hebat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila sebuah jabatan kementeriannya seperti seolah-olah "mengiktirafkan" logo Pakatan Rakyat berkenaan. Lebih menarik, jabatan pelajaran itu di negeri di mana Muhyiddin menjadi seorang ahli parlimennya.

Samada disengajakan, atau tidak sengaja atau TERsengaja... hakikatnya logo merdeka Pakatan Rakyat nampaknya berjaya menawan hati rakyat sehinggakan pihak agensi kerajaan sendiri "tersasul" menggunakannya.

Atau berkemungkinankah sememangnya selepas ini Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah baru bagi negara Malaysia tercinta dengan bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" menggantikan 1Malaysia yang hanya tinggal slogan sedangkan amalannya tersangat rasis dan "assabiyah" itu?

Pagi ini akan kelam-kabutlah Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan logo itu dari lamanwebnya, mujur kita telah dapat membuat "printscreen"nya terlebih dahulu seperti gambar di atas.

6 ulasan:

  1. Salam GB

    Yong seronok bebenor baca N3 ini. Keterlanjuran demer yang memberi kelebihan kepada PR ini kuasa Allah! Alhamdulillah!

    BalasPadam
  2. Sebenar yang memasukan logo 3S ni pun dah pening mana satu yang betul.. Itulah hukum kebenaran yang benar tetap muncul juga.

    BalasPadam
  3. Itu tandanya rakyat mahukan "transformasi" (perubahan) dpd kerajaan yg ada kepada kerajaan yang baru selepas PRU-13 nanti.

    BalasPadam
  4. Dah takde dah. Dia dah tukar dengan logo 1 Malaysia.

    Buat kelakar je puak-puak tu. Lalalala...

    BalasPadam
  5. Salam...

    Aku buka doh laman portal rasmi Jbtn Pljarn Johor...Logo dh tuko doh!!!jadi satu mesialoh pulok huhuhu

    BalasPadam
  6. perasan x logo hari malaysia yg baru tu nampak mcm siput babi...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.