14 Sep 2012

[VIDEO] Google Enggan Padam Video Hina Rasulullah


San Francisco – Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. – Reuters





Lokasi himpunan bantah filem hina Nabi hari ini

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan munajat dan bantahan di seluruh negara hari ini berhubung penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Himpunan tersebut akan diadakan sejurus solat Jumaat di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai lokasi himpunan setiap negeri yang telah disahkan:

a] Pahang - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan

b] Selangor dan Wilayah - Masjid Amaniah, Batu Caves

c] Perak - Masjid Negeri Ipoh

d] Sabah - Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu

e] Penang - Masjid Permatang Janggus

f] Sarawak - Masjid Bintulu

g] Terengganu - Masjid Rusila

h] Melaka, Kedah, N9, Johor sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut .

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Pusat menjemput semua umat Islam yang perihatin untuk menyertai himpunantersebut esok.



3 ulasan:

  1. Jom ramai-ramai biokot Google..banyak lagi enjin pengcari lain...ape ape hal...Marilah gi solat Jumaat dulu...menurut satu sumber yang penah aku baca..."malaikat mencatit kedatangan ke orang ke Masjid untuk solat jumaat hanyalah sehingga azan dikumandangkan kerana selapas itu malaikat tidak mencatit lagi kerana beliau juga turut mendengar khutbah jumaat...so, jomlah ke masjid secepat mungkin..Allahhuakbar!!!

    BalasPadam
  2. HARAMJADAH punya YAHUDI!
    Di mana ULAM A UMNO? Tiada bantahan secara rasmikah? Tunggu apa lagi?
    HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.
    Ya, Allah swt, ya Tuhanku, binasakan puak ni dan tunjukkan kekuasaanMU agar dijadikan teladan kepada semua insan di dunia ini termasuk pemimpin-pemimpin negara MalaysiaKU yang pro Yahudi. Ameen.

    BalasPadam
  3. beginilah bila umat Islam sendiri sudah bercakaran antara satu sama lain....pihak lain apa lagi sewenangnya mempermainkan Islam itu sendiri....banyak negara yg mengaku sbg negara islam tetapi penganutnya berbalah dan berbunuh2an sesama sendiri.....bangkitlah wahai umat Islam di bawah satu panji2 kembalilah kepada Islam asal yang di bawa oleh Rasulullah dahulu....Islam hari ini telah terlalu banyak pentafsirannya dan telah berpuak2....bangsa asing/penentang agama Islam telah melihat ini sebagai satu kelemahan umat Islam itu sendiri maka mudah diperkotak-katikkan.....di Malaysia sendiri ramai yg mengaku beragama Islam tetapi berbuat apa yg tidak dianjurkan oleh Islam itu sendiri....sesama Islam pun BERCAKARAN.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.