Pas Kelantan Nafi Program Hijau Ke Putrajaya Sebagai Tindakbalas Kunjungan PM
MACHANG – Pas Kelantan menafikan dakwaan kononnya penganjuran program Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Machang hari ini adalah sebagai tindak balas terhadap kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke jajahan itu minggu lalu.
Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata, program terbabit telah dirancang sejak awal Ramadan lalu dan ia tidak ada kaitan langsung dengan kedatangan Perdana Menteri sebelum ini.
“Program ini disertai oleh semua pimpinan tertinggi parti,wakil-wakil rakyat, kerajaan negeri dan pemimpin setempat dan ia diadakan di seluruh negara jadi dakwaan yang mengaitkan dengan kedatangan Perdana Menteri itu tidak berasas,” katanya ketika ditemui di tapak program, petang tadi.
Majlis perasmian Himpunan Hijau ke Putrajaya tersebut dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata, program akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik melibatkan semua peringkat umur diadakan seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam ini.
Katanya, program yang bermula jam 2 petang itu dimulakan dengan ekspresi muslimat diikuti Jamuan Hijau.
“Majlis kemudiannya diserikan dengan program ekspresi anak muda mewarnai program mulai jam 5 petang dan diikuti ceramah perdana pada jam 9 malam.
“Himpunan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan malah diluar jangkaan melibatkan pelbagai peringkat umur,” katanya.
Lebih 30 gerai yang diwakili Pas Kawasan dari seluruh negeri dan jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai juadah hari raya pada program Jamuan Hijau itu. -detikperubahan

kami rakyat kelantan x lapa pitih, kami nakkan islam...make pasir minum air laut pun kami tetap akan bersama ulama
BalasPadamrespect dengan rakyat Kelantan...
BalasPadamwalupun di offer segunung emas...tetap istiqomah untuk terus bersama2 ulama membuatkan aku cemburu dengan rakyat negeri aku sendiri yang terlalu tebal BIRU nye..Marilah kita Rakyat Johor membuat perubahan kepada kepimpinan ulama sempena PRU13 ini..Allahhuakbar!!!
Betul tu sedaro....kito mendukung ulamak....pitih pun kalu hok kito,kito nok keno ambik jugok,royalti minyok tuh......hahaha sokong parti islam....satunya parti yg mendukung islam hari ni ialah pas,jadi kito sokong pas lah.....runtuhkan umno di bumi melayu.
BalasPadamSungguh hebat, walau kami di KL, namun kami penyokong alim ulama, sangat berbesar hati, kaedah2 yg dijalankan negeri serambi mekah tersebut, apatah lagi dibawah naungan kebawah duli tuanku, mesra rakyat. Kelantan adalah negeri tersohor, tidak terdapat dinegeri2 lain. BN tak bolih bermimpi untuk menawan Kelantan. 22tahun memerintah tanpa bantuan dari pusat bolih berdiri sama tinggi dengan negeri2 lain yg diperintah olih BN. Allahhuakbar kami berdoa semoga disehatkan MB Kelantan olih Allah yg Maha Esa. Amin
BalasPadam