27 Sep 2012

Suspek Utama Kes Bunuh, Samun RM1.2 juta Ditahan

Ipoh - Seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya dan melarikan wang tunai RM1.2 juta di Aulong, Taiping, minggu lepas, ditahan di Bukit Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis semalam.

GAMBAR: Suspek utama kes bunuh dan samun wang tunai syarikat keselamatan berjumlah RM1.2 juta di Taiping minggu lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan polis - Foto Bernama

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 11 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

"Dengan tangkapan itu, kes itu dianggap selesai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM7,250 dan mata wang Thai 550 Bath daripada lelaki terbabit.

Jumaat lepas, polis menahan enam suspek iaitu empat lelaki dan dua wanita berusia antara 25 dan 30-an bagi membantu siasatan kes itu.

Dalam kejadian 18 Sept lepas, pemandu van syarikat keselamatan, Hasnul Hafiz Saad, 28, mati di tembak empat das dari jarak dekat ketika mangsa dan rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai di beberapa bank di bandar Taiping - Bernama.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



7 ulasan:

  1. patut dikenakan hukuman qisas...bunuh dibalas bunuh...moga dpt bg pengajaran kpd semua penjahat diluar sana......ikutla hukum Islam.......

    BalasPadam
  2. kes selesai?

    mana pegi lagi balance duit yg kena curi tu? dh habis enjoy kat siam ke?

    Dia punya partner yg bawak keta blkg van tu mana?

    anyway syabas polis dapat tangkap manusia setan ni.. salam takziah kepada keluarga mangsa

    BalasPadam
  3. mana lagi duitjta tuu ? takkan hanya 7 ribu lebih saja ? tapi pdrm mesia memang boleh dipercayai & diharap punya ! AB jangan lupa !

    BalasPadam
  4. Confirm ke tali gantung punya si mamat ni.

    Merompak satu kesalahan.
    Membunuh satu kesalahan.

    BalasPadam
  5. Apa punya turrrr.
    Tak payah ler di'blur'kan mukanya.
    Dalam tv siap terpampang jelas punyer....

    BalasPadam
  6. pergaulan bersama orang2 yang lemah akal fikiran dan rakus dalam hal2 duniawi juga dapat meransang perwatakan syaitan dalam seseorang. siksaan kubur amat mengerunkan....ketahuilah mati itu benar, walaupun dalam kesenangan bersahaja dalam kereta bentley.

    bertaubatlah sebelum goal!

    BalasPadam
  7. Jenayah meningkat, tumbangkan BN PRU13

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.