4 Ogo 2012

Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis Kata Rais Yatim Bebal Politik & Minta Letak Jawatan

Rais rosakkan sambutan merdeka

KANGAR: Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.

“Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.

“Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.

“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.

“Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib,” kata beliau hari ini.

Pakatan Rakyat tolak

Menurut Hashim, tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga yang merdeka.

Bagaimanapun, katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.

“Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya.

“Menteri-menteri kabinet juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi,” tambah Hashim lagi.

Pakatan Rakyat menolak tema Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.

Sebaliknya memilih tema alternatif “Sebangsa, Senegara, sebagaimana diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said baru-baru ini.

Pakatan Rakyat juga memberi tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik. -FNT

Ulasan GB

Tidakkah GB sudah katakan sebelum ini?

Lagu Tema Merdeka Ditolak: Isyarat Jelas Untuk Rais Yatim Berundur!

8 ulasan:

  1. mmg bebal..kasihan...

    BalasPadam
  2. Salah seorang menteri yang tak ada karisma.

    BalasPadam
  3. Dah tua dah tu lupa banyak

    BalasPadam
  4. Mula2 rakyat tak ada semangat kibarkan jalur gemilang, sekarang rakyat dah tak nak join kerajaan BN sambut kemerdekaan.

    BalasPadam
  5. inilah masalahnya, kalu nk kekal jawatan, BODEK yg tak kena tempat, menyusahkan dan membebankan PARTI, elok letak jawatan secara terhormat dari disingkir

    BalasPadam
  6. Rais yatim dah tahap NYANYOK dah... Otak tu dh tahap maximum... Rehat aje lagi bagus... Kubur kata mari2... Dok nak kejar dunia... HIDUP TAKDE HALATUJU...

    BalasPadam
  7. Ini pengaruh Kak Mah jugak. Kalau tk krn Kak Mah, Si Rais dh diberambuskan. Tp Kak Nah rakan sekolah Kak Mah. Mana Bang Jip berani tegur Kak Mah.

    BalasPadam
  8. Dah lama dah.. dah lama dah...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.