Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet.
Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.
Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.
Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.
Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.
Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.
Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?
Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka.
Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.
Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwin muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.
Mengapa berkahwin muda?
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.
Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.
Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
Wallahualam. -mynewshub
rezeki datang daripada allah
BalasPadamsaya sokong bang..dah jadi budaya masyarakat kita memberi pendapat bersandarkan logik akal, bukannya Quran & Hadis...
BalasPadamMaybe mak bapak diorang dah tak sabar nk mnimang cucu.. tgk muka llaki tu mcm konpius je.. ke dah tak tahan..
BalasPadamSelalunya budak-budak umur begitu akan menghadapi masalah premature ejaculation. Sian bini dia pulak....
BalasPadamKalau sudah cukup syarat dan mampu tiada salahnya kawin muda. Mampu tu bukan mampu pancut saja, mampu menyara anak isteri, mampu membimbing isteri ke jalan Allah dsbnya.
Eh...Ni kenduri kat kampung aku FELDA Chini 3, Pekan, Pahang.
BalasPadamHaji Majid ada, En. Jenal, Pak Seman, dll. Biras aku si Amin pun dok mencongok jugak.
Tapi anak siapa ni eh? Tak bape cam sebab bukan zaman aku.
peluang besar pada pasangan pengantin ni bertemu dengan 'cicit'...
BalasPadamTahniah untuk mereka berdua. Semoga Allah permudahkan segala hal bagi mereka. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya sudah ditulis. Kita hanya melakonkan cerita yang sudah pun dilengkapkan. So, x payah la kita nak menyalahkan diorang berdua. Drpd diorang berkepit je ke hulu hilir utk bagi dosa kat ibubapa dan adik beradik, memang molek sgt diorang berkahwin gitu
BalasPadamJgn mempersendakan kerana hukum perkahwinan itu sah. Faktor umur tiada masalah. Hati2 keluarkan kenyataan. Rasullullah pun berkahwin dengan Saidatina Aishah pun ketika Saidatina Aishah berumur 9 thn. Takut2 anda mempersendskan juga junjungan besar kita.
BalasPadamkawin muda atau tua
BalasPadamyang penting pengajian dan
penghayatan ilmu islam tidak diabaikan.
kalau tidak jadilah islam ikut-ikutan
atau bagaimana nak kata ye
Janji halal, semua urusan serah pada Allah taala. Hidup mati,Rezeki, Jodoh pertemuan.Ikut mulut hamba hamba jahil, mampuih..semua tak kena.
BalasPadamAlhamdulillah, baguslah kahwin awal jika semua syarat2 dalam Islam dpt dipenuhi. Rezeki itu semua di tangan Allah. Kalau kahwin awal banyak manfaatnya. Banyak perkara yang buruk dapat dielakkan.
BalasPadamdiucapkan tahniah dan syabas kepada komen yg pro bsgi perkara diatas..sesungguh komen anda byk bersandarkan alquran,hadis dan riwayat sahabat tidak kepada akal,logik dan pengalaman semata-mata ..semoga Allah merahmati kalian semua..
BalasPadam