Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia (gambar sekadar hiasan -GB 27/6) :
"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"
Mufti berkenaan menangis kerana jiwanya tersentap dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan tidak ada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.
Hati "mukmin" mana yang tidak tersentuh dengan soalan sedemikian.
Sedangkan kita bermewah-mewah dan berlazat-lazat dengan pelbagai juadah, di sana... nun di sana ada saudara kita umat islam yang menderita... tiada makan untuk bersahur, tiada makanan untuk berbuka puasa...
Ya Allah ... ampunkan dosa kami dan
kami memohon serta merayu kepadaMu berikanlah pertolongan Engkau kepada saudara-saudara kami di sana...
p/s GB ingin bertanya kepada semua: Tak malukah kita meminta syurgaNya sedangkan kita belum berusaha dan berdoa supaya diringankan bebanan & penderitaan yang dialami oleh saudara Islam kita di merata dunia?
astagfirrullahalazim...Ya Allah Ampunilah dan pelihara lah kami umat islam semuanya..
BalasPadamDoa mesti diikuti dgn tindakan. Soalan GB tu patutu tujukan kpd mereka yg sering umrah tu, yg cuma sunat je. Menyumbang ke Somalia ni wajib sbb tuntutan hablumminannas. Saya cadangkan GB anjurkan kutipan derma.
PadamYa Allah turunkan RahmatMu kepada rakyat Somalia.
BalasPadamSaya juga turut sayu dan merasa insaf. Oleh itu saya pohon Parti PAS
BalasPadamatau Ngo Islam seperti ABIM (JATI tak payahlah) menganjurkan kutipan derma dengan kadar segera untuk disampaikan kepadasaudara kita di Somalia. Ingin juga diri ini menghulurkan bantuan mengikut kadar kemampuan. Sebenarnya kalau semua orang mengambil bahagian perkara ini menjadi mudah dan tidak terbeban.
Andai setiap orang menderma RM 10 dan yang menderma berjumlah 1,000,000 orang maka angkanya perolehannya RM 10,000,000. Kalau
50,000 orang mendermapun ianya sudah mengumpulkan Rm 500,000. Oleh itu marilah kita umat Islam
Malaysia membantu saudara kita di Somalia. Lupakan sengketa politik
untuk sementara,sama2 kita membantu semoga beroleh keberkatan Illahi. Pemuafakatan untuk Bantuan seperti ini juga boleh kita anjurkan untuk membantu
saudara kita dalam negara.
ya allah ..kau ampunilah dosa umat islam di seluruh dunia...
BalasPadamsemoga ditempatkan mereka yang berpuasa ke jalan ALLAH di Syurga..amin
BalasPadamKebanyakkan NGO dan persatuan2 islam di negara kita sibuk dgn nasib rakyat palestin yg tak seberapa penderitaan tapi membutakan mata terhadap masalah org2 islam di beberapa negara afrika. Kenapa? Sebab kita masih pandang pada warna kulit dan sebab dlm diri kita masih ada benih2 munafik.
BalasPadambukankah [kebuluran] disomalia ini telah lama berlaku? apakah yg dilakukan pemimpin negara2 islam dlm mengatasinya?... khususnya dari negara2 arab yg kaya raya,yg terletak hanya beberapa ratu kilometer saja dari somalia,mengenai mufti saudi ini apakah beliau tidak menyedari situasi disomalia itu selama ini?. inilah yg saya selalu katakan amat malang bagi org2 islam yg pemimpin mereka tidak menghiraukan rakyat ,sementara para ulamak pula sibuk beramal utk diri sendiri sampai tidak mengambil tahu nasib umat islam disekeliling mereka,,sepatutnya ulamak2 ini menyeru supaya penguasa2 mereka membantu2 umat islam seperti disomalia ini,apatah lagi negara mereka kaya raya hasil limpahan kurnia allah.
BalasPadamada seorang raja tu tolong bayar bil letrik masjid nabawai..mesti bole tolong rakyat somalia..
BalasPadammasyaAllah...kita kekenyangan dpn tv lps berpuasa...ada lg makanan yg berbaki..
BalasPadamsaya sokong kita SEGERA memberikan bantuan...gerakkan secepat2nya kerana Allah.
Banyak komen di atas hanya komen apa yang orang tak buat...pokoknya kita akan ditanya nanti apa yang kita boleh/dah buat.
BalasPadamBeberapa organisasi NGO ada membuat bantuan sumpama yang disebut di atas yang boleh kita sama-sama manafaatkan/ menyertai, terutamanya di bulan ramadhan ini.
Contoh : Lihat broser di : Islamic relief malysia http://irmblog.org/
atau http://ikram.org.my/v2/
dan banyak lagi kalau rajin search.
semoga mereka segera mendapat bantuan...hati sapa yang tidak sayu bila melihat penderitaan ini. Marilah sama2 kita bersatu untuk mengumpul dana atau barang2 yg boleh dijadikan sebagai bantuan..semoga mendapat keberkatan atas usaha yang dilakukan.
BalasPadamPemimpin Islam dalam negara islam, tidak wajar menghukum rakyatnya dengan kebuluran dan kedaifan melampau diluar batas kemanusiaan sampai ada diantaranya terpaksa memilih untuk menjadi lanun dilaut.
BalasPadamRaja Saudi dah bagi macam2. Tapi sebab media tak sebut, maka ramai tak tahu.
BalasPadamYang orang Islam pula tak tahu bahasa Arab. Namanya saja Islam tapi mesti tak pernah baca buku atau suratkhabar bahasa Arab. Al-Qur'an pun tak faham. Yang tahu kutuk orang je.
Dekat Syria, malam semalam je Raja Saudi bagi 20 juta untuk orang Syria. Satu malam je dkat berapa ratus juta dikumpulkan.
Somalia, Palestin itu cerita lama. Setiap tahu bagi juta2
Korang ni belajar bahasa Arab le.
Jangan jadi bodoh. Kutuk Yahudi tapi
dengar tv Yahudi, baca tv Yahudi. Baca bahasa Arab tak nak.
Jangan kutuk kalau tak tahu.
Orang Malaysia memang jenis macam tu. Sampai bila2 pun tak akan maju.
Cakap besar. Buat tak ada. Sama saja
Pasal
Anin July 26, 2012 11:25 AM
BalasPadamSepatutnya kamu yang malu. Aku nak tanya apa yang kamu buat?
Ini kisah Mufi Saudi Bin Baz dan Wanita Tua Dari Afrika. Kalau kau nak cari orang yang kisahkan ni pun dia hidup lagi.
Orang Malaysia kalau buat sumbangan riuh sekampung. Bagi sikit je. Ikhlasnya tak ada. Sebab tu hidup tak berkat. Dapat pemimpin zalim. Rakyat pun zalim juga. Pemimpin dan rakyat zalim. Tak kira halal dan haram.
Ko baca sendiri kalau ko boleh baca dalam Arab. Jangan jadi jahil. Dalam bulan Ramadhan ni, ko khatam berapa kali. Cuba kira berapa kali Allah cakap jahil dalam AQ. Jangan cakap aku kutuk orang jahil dalam bulan Ramadhan.
Ali bin Abdullah al-Darbi berkata : "Antara kisah yang paling memberikan kesan kepada diriku adalah kisah empat orang daripada salah satu yayasan bantuan (yayasan kemanusian) di Arab Saudi. Mereka dihantar untuk menyalurkan bantuan dari Arab Saudi di hutan Afrika.
Setelah berjalan kaki selama empat jam dan penat berjalan, mereka bertemu dengan seorang wanita tua di salah sebuah kemah. Mereka mengucapkan salam kepadanya. Lalu mereka memberikan bantuan kepadanya.
Wanita tua itu bertanya kepada mereka : “Kamu berasal dari negara mana?”
Mereka pun menjawab : “Kami dari Arab Saudi.”
Lalu wanita tua itu berkata : “Sampaikan salamku kepada Syaikh Ibn Baz.”
Mereka bertanya, “Semoga Allah merahmati kamu, bagaimana Ibn Baz boleh mengenali kamu sedangkan kamu berada di kawasan yang terpencil ini?”
Wanita tua itu menjawab : “Demi Allah, sesungguhnya beliau (Ibn Baz) mengirimkan wang 1000 riyal kepadaku setiap bulan setelah aku mengirimkan sepucuk surat kepadanya untuk memohon bantuan dan pertolongan setelah memohon pertolongan daripada Allah azza wa jalla.”
[Suratkhabar “al-Madinah” Edisi: 12182]
Lihat: kulalsalafiyeen.com/vb...hp?t=12742