19 Jul 2012

[TERKINI] Ada Isyarat Pilihanraya Bakal Diadakan Dalamasa Terdekat

SPR bertemu parti politik pagi ini, isyarat PRU makin hampir

PUTRAJAYA, 19 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia pagi ini.

Aktiviti simulasi tempat mengundi yang diadakan semasa majlis perjumpaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bersama parti-parti politik dan taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Putrajaya Marriott Hotel & Spa pada 18 Julai, 2012.

Selain itu, SPR juga akan mengadakan simulasi pilihan raya, bagi menerangkan kepada parti-parti politik tentang perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam proses pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal.

Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihanraya.

Menurut seorang petugas SPR yang tidak mahu namanya disiarkan, pertemua ini adalah petunjuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir.

“Biasanya, ini petanda PRU makin hampir.

“Mungkin selepas Raya.

“Tetapi yang ada kuasa adalah perdana menteri.

“SPR sudah bersiap sedia untuk menjalankan pilihan raya pada bila-bila waktu, kata petugas SPR itu kepada The Malaysian Insider.

Telah banyak spekulasi mengenai tarikh pilihan raya. Sebelum ini, ramai menyangka PRU ke-13 akan diadakan sekitar bulan Jun.

Angka terkini jumlah pengundi berdaftar seperti yang diwartakan oleh SPR pada 7 Jun 2012 adalah berjumlah 12,912,045 juta orang. -TMI

Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya

RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.

"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.

"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.

Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang".

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.

"Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya.

Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.

Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.

Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.
-HD


10 ulasan:

  1. Tak kisah bila-bila pun. Undi aku bukan rahsia semua orang boleh tau iaitu ASAL BUKAN UMNO.

    Puak umno toksah kempen-kempen lah kat aku. Buang masa je. Undi aku + 10 lagi ahli keluarga aku dah confirmed... ABU

    Puak PR pun toksah buang masa kempen kat aku sekeluarga. Pegi terus pada melayu hutan simpan yg masih bangang lagi tu.

    BalasPadam
  2. betul kata waris tu...dah sampai 150% keluarga sy pasti akan undi utk PR..wpun hanya 6 undi..100 % ABU..kami xsbr nak mengundikan ni sampai umno roboh...kerana dan bnyk kerosakan umno dah wat utk Malaysia ni

    BalasPadam
  3. PRU 13, semua rakyat mesti ambil peluang buat perubahan. MESTI BERANI tolak BN.Jangan buat kesilapan lagi.

    BalasPadam
  4. GB,

    Apakah mungkin PRU13 dalam bulan puasa?
    Kalau tidak silap ada pilihanraya kecil dahulu diadakan dalam bulan puasa.

    BalasPadam
  5. Mungkin cuti hari raya ramai2 balik kampung sekali p/raya atau sebulan selepas raya.

    BalasPadam
  6. SPR pun nampaknya sibuk melawat pusat2 mengundi minggu ini.

    BalasPadam
  7. tak kesah bila2 pun pilihanraya, nak pilih pemimpin untuk 5 tahun akan datang. kalu kena 3 kali pun balik kampung sempena menyertai raya, tengok hantu raya ke atau pilihanraya ke, do problem. PRU memang ditunggu2 untuk gunakan KUASA YG ADA PADA RAKYAT. TUNGGU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! KAU.....

    BalasPadam
  8. Kalau Najib anak jantan, jangan adakan pilihan raya di musim ibadat haji.

    Saya percaya kalau tidak Najib akan didoakan 'perkara buruk' di Makkah oleh para jemaah.

    BalasPadam
  9. Eh! Waris… sama la kita… ABU

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.