19 Jul 2012

Najib Berbahasa Arab, "Mufsidun" & "Muslihun"

PM label peserta BERSIH golongan 'mufsidun'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru warga imam dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negara supaya tidak menjadi golongan "mufsidun" yang mengadakan perhimpunan BERSIH di kota suci Mekah dan Madinah.

Katanya, golongan imam perlu menjadi seperti kumpulan "muslihun" - kumpulan yang disifatkannya sebagai golongan yang melakukan pembaharuan atau tranformasi.

Najib berkata, golongan "mufsidun" membuat kerosakan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam dan imej negara.

Katanya lagi, perhimpunan BERSIH yang diadakan di dua kota itu pada April lalu menyebabkan "imej negara ini rosak sehingga berkemungkinan kuota haji akan ditarik balik".

"Ini bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh sesiapa. Pernah (kerajaan Arab Saudi) tidak membenarkan jemaah sebuah negara (menunaikan haji).

"Ini bukan perkara yang perlu dimainkan. Saya tahu ada negara sudah sampai di Jeddah, tetapi disuruh patah balik. Dibayar harga minyak, disuruh balik, tak boleh tunai ibadah haji," katanya.

Menurutnya, kerajaan membenarkan sesuatu perhimpunan atau berbeza pendapat dengan kerajaan tetapi dibuat "mengikut cara, undang-undang dan berhemah".

Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara yang dihadiri lebih 10,000 orang di Serdang pagi ini.

Bagaimanapun, Najib yang juga menteri kewangan berkata selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Raja Abdullah, maka kuota jemaah haji Malaysia "tidak dikaji semula".

"Saya nak beritahu tok-tok imam, kerajaan sudah berusaha melalui saluran tertentu dan tertutup, saya juga ada hubungan yang rapat dengan Raja Abdullah untuk menyampaikan laporan sebenar (mengenai BERSIH).

"Kita khuatir ribuan (jemaah) boleh jadi tak dapat (tunai haji) tahun ini... Kita menjelas dan meyakinkan kerajaan Arab Saudi, (maka mereka) tidak kaji semula kuota haji. Alhamdulillah, ini perjuangan kita," katanya. -mk

Ulasan GB

Najib ni buat orang ketawa sahaja apabila beliau mendedahkan kejahilannya apa pengertian "muslihun" dan "mufsidun".

GB pun tak tahu siapa yang mengajar bahasa Arab kepada Najib ini atau siapa yang menyediakan teks ucapan beliau tersebut. Jamil Khirkah? Fathul Barikah?

Tetapi sebijik macam blogger-blogger pencacai UMNO, yang hanya tahu sepatah dua bahasa Arab (tapi tak tahu makna) maka yang itu diputar-putarkan sampai lunyai seperti perkataan "harbi", "khawarij" dan seumpamanya. Bila ditanya apa ertinya, terpinga-pinga nak menjawabnya. Itu belum lagi kena test baca Al-Quran.

Setahu GB sudah empat perkataan Arab yang pernah diucapkan Najib, "wasatiyyah", "Maqasid Al-Shariah" dan kini "mufsidun" & "muslihun".

Rasanya elok kita bagi teka teki untuk Najib:

Diantara yang di bawah ini yang mana satukah yang dikatakan "muslihun" dan yang mana satu "mufsidun"? :)











7 ulasan:

  1. Bhai Greenboc...

    Najib mana pandai jawab la bhai... patutnyer soklan nih ditanyakan kepada Jamil Khir, Mashitah atau Fathul Bari.... hahaha

    BalasPadam
  2. Najib memang bangangg.

    BalasPadam
  3. Yup.
    Dia ni dengar dan sampai. Faham pun x tera mana. Nak amalkan jauh sekali...

    BalasPadam
  4. Najib port dicksun wa altatiyun...

    Haram jaddah.

    BalasPadam
  5. Fuyoo bahasa Arab banyak bagus sebab tahu kutak orang yang hadir dalam perhimpunan bersih dalam bahasa arab. Walhal apa yang dicakap terkena pada diri sendiri juga sebab dia perkenalkan K-PoP, hasil daripada dasar pandang ke timur. rosak akhlak remaja kerana perkenalkan k pop di malaysia.

    BalasPadam
  6. Katanya lagi, perhimpunan BERSIH yang diadakan di dua kota itu pada April lalu menyebabkan "imej negara ini rosak sehingga berkemungkinan kuota haji akan ditarik balik".

    Sebenarnya IMEJ NEGARA ROSAK kerana perbuatan Najib dan sekutunya.

    Kerajaan Arab Saudi ada kedutaannya di Malaysia. Ia tak akan dengar bulat-bulat penjelasan Najib. Mereka akan percaya kepada duta sendiri.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.