Shah Alam - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.
"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.
Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.
Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.
"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.
Bagaimanapun entri blog itu menambah bahawa dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya. -SH
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Dia saja nak test market. Tgk respon tak berapa cantik buat bodoh je lah. Lagi pun dah memang bodoh. Muka pun tak de rupa genius langsung. Cam mana umno boleh bayar upah pun tak tau.
BalasPadamMUKA MACAM LEMBU KONDO ;D ! BODOH SOKMO ! ABU JANGAN LUPA !
BalasPadamSalam,
BalasPadambukan pagi tadi pun bro ada kata pasai apa ada gambar budak itu yang telah diblurkan mukanya, pastu duduk dalam kereta polis. terus bro kata ada pakatan dari polis untuk bekerjasama dengan umno dalam mewujudkan cerita liwat round 3 ni.
yang begitu tidak dipanggil fitnah ke?
Sdr hemisfera: baca balik ulsan saya:
BalasPadamJika berita papagomo itu benar, persoalannya ialah, apakah polis terlibat dengan konspirasi berkenaan sehingga menggunakan kereta polis untuk mengangkut makhluk berkenaan?
Biasanya laporan polis dibuat secara persendirian, nak kereta sendiri dan balik sendiri
Apa yang saya sampaikan di atas itu ialah pertama, JIKA BERITA ITU BENAR. Jika berita itu tidak benar maka, tiada lagi persoalan sedemikian.
Kedua, saya mengulas sedemikian ialah untuk memberikan HINT bahawa papagomo itu pendusta kera kerana tiada orang buat laporan polis dengan menaiki kereta polis. Menaiki kereta polis seolah-olah papagomo cuba mengkaitkan polis dengan kejadian berkenaan untuk "meyakinkan" pembaca blognya. Pendustaan atas pendustaan.
ade faham hemisfera???cubalah faham antara ayat fitnah dgn persoalan.lain kali bacatu teliti betul2.
BalasPadamlain kali kalau ada lagi tuduhan mcm ni soalan yg patut ditanya adalah "apa isu yg depa nak sembunyi sebenarnya dengan mainkan kepornoan ini?" hahaha
BalasPadampecacai umno mana mau faham kalau isu kena batang hidung asik dok alih isu supaya rakyat leka dengan isu utama.
BalasPadam