15 Jul 2012

Najib Dimalukan Di Hari Koperasi Negara


Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama.

Difahamkan juga, ramai para pelajar telah paksa untuk diangkut ke stadium. Hasilnya para pelajar ini telah membuat bising dengan membunyikan air-horn tatkala Najib berucap, menyebabkan najib beberapa kali meminta supaya penonton diam namun rayuan Najib tidak dihiraukan.

Jumlah kehadiran: BERNAMA dan akhbar arus perdana menyatakan 80,000 yang hadir.



Ulasan GB

Kan dah betul GB kata dulu di SINI, petikan:

"Bagi mereka yang mengikut perkembangan berita-berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA mengenai kehadiran orangramai terhadap acara-acara yang duisertai Pakatan Rakyat biasanya akan disusutkan dengan membahagikan angka itu dengan 10, iaitu jika yang hadir 200,000 maka dikhabarkan hanya 20,000 dan jika yang hadir di dalam mana-mana program anjuran PR seperti ceramah itu mencecah 50,000 maka ditulisnya 5,000. Jika 3000 maka ditulisnya hanya 300 orang.

Contoh semasa perhimpunan BERSIH 1.0 dahulu, BERNAMA tanpa segan silu menyatakan kehadirannya cuma 4,000 orang!

Tetapi mana-mana program anjuran UMNO BN, maka angka sebenar akan didarabkan dengan 10. Misalnya jika kehadiran itu 8,000 ditulisnya 80,000. Di Gua Musang baru-baru ini, program Najib yang disertai 3,000 orang ditulisnya 30,000 dan apa juga program NGO yang sehaluan dengan UMNO BN seperti JATI juga demikian, 800 akan ditulisnya 8,000. Jika ada NGO sedemikian buat demo yang dihadiri 20 orang maka akan ditulisnya 200 orang.

Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu. Sungguh bebal BERNAMA ini. Mengubah angka semata-mata nak "gah"kan UMNO BN....."


memang media pencacai kaki spin sepertimana yang diakui oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia sendiri semalam:

klik untuk baca




10 ulasan:

  1. Biarkanlah Media Pencacai UMNO menipu dengan angka untuk seronokkan pemimpin2 mereka.Mereka sebenarnya menipu diri dan parti mereka sendiri.Bohong yang diulang2 oleh mereka akan menyebabkan mereka sendiri percaya pada pembohongan itu.Rakyat sudah maklum dengan perangai pembohongan puak itu.

    BalasPadam
  2. Kesilapan pengurusan. Sepatut penganjur panggil FRU kawal setiap pintu. Sesiapa yang keluar pukul. Tak ada yang berani keluar kalau kalau kena pukul. Setiap lorong juga diisi dengan FRU dan polis serta rela bagi menghalang peserta daripada bangun dan keluar.

    Pak Long

    BalasPadam
  3. Bodoh ke apa!!! ada ke patut pengetua dan pk koko suruh budak sekolah datang ke majlis waktu malam. Malam minggu pulak tur!! Dari sekolah bas angkut jam 4 petang, lepas tu tunggu hingga jam 9 malam sampai pm datang. Kalu berlaku apa2 kejadian, pm nak tanggung ker???

    Pasal duit tambang bas, klu di kl dapat 300. Makan bungkus free. Pasal duit imbuhan rm30 tu aku tak dengar pulak. Mungkin ada pihak lain dah kelepet kottt!!!

    BalasPadam
  4. tempat kosong tu diduduki pengundi hantu UMNO

    BalasPadam
  5. 80000 orang termasuklah jin, hantu dan bunian. Sebab diorang selalu keluar pada waktu malam dan kebetulan majlis itu dibuat pada waktu malam.

    Lagipun mata wartawan Utusan dan bernama terlampau hebat sampaikan makhluk bunian pun dia boleh nampak, sebab itulah boleh dapat angka 80000.

    BalasPadam
  6. Sek lebong dulu kini dan selamanya

    BalasPadam
  7. masalahnya bro, pernah ke najib rasa malu????????

    BalasPadam
  8. agaknya dah lima belas tahun aku tak baca akhbar bodoh ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tmbh skit, bodoh dan bangang..hehe

      Padam
  9. ramai pegawai koperasi kena tukar 24 jam beb..mesti najib malu tuh..

    kesian depa tu..pi sana dari petang sampai malam..nak solat pun air tak dak..kena pakai air botol untuk minum buat ambil wudhu..

    ada mak cik2 komplain dapat Rm20 makan tak diberi..yg ada cuma roti yang hampir nak expire..

    nak lepak tunggu najib pun tak da tempat...kesian budak2 dan mak cik pak cik tuh

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.