TERAS merumuskan jalan untuk membawa perubahan di Putrajaya berliku tetapi tidak mustahil asalkan semua pencinta keadilan dan kebenaran bergabung tanpa sebarang niat lain melainkan untuk membangun masyarakat dan negara yang berasaskan keredhaan ALLAH.
Menjadi suatu keanehan jika seorang Muslim tidak beriman kepada ketetapan ALLAH bahawa ALLAH memberi kuasa kepada siapa yang Ia kehendakki dan merampas kuasa dari siapa yang Ia kehendaki.
Namun semua ketetapan juga akan menuntut kepada syarat hatta untuk memenangkan Agama ALLAH sekalipun.
Benar peringatan oleh Presiden Datuk Seri Hadi Awang dalam amanatnya di Perhimpunan Hijau ke Putrajaya semalam.
Prasyarat utama adalah mengukuhkan hubungan dengan ALLAH.
Dengan penuh kesedaran bahawa segalanya akan ditentukan oleh ALLAH S.W.T. Bagi setiap pejuang AgamaNya yang mengguna medan politik berdasarkan sokongan rakyat, syarat hati yang ikhlas kepada ALLAH akan mampu memenangi hati rakyat yang mahukan kemenangan Islam.
Adapun persoalan strategi dan tektik, Teras berpandangan sememangnya pertolongan ALLAH memerlukan persiapan dan kesungguhan dalam perjuangan.
Inilah intisari dari tuntutan ALLAH agar kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan kekuatan apa sahaja bila berhadapan dengan musuh.
Teras mengira bahawa hampir 100,000 orang dari seluruh pelusuk Negara yang membanjiri Pehimpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Alor Star Kedah semalam adalah digerakkan oleh hati-hati yang jernih untuk matlamat memenangkan Islam.
Tidak ada upah dan elaun, tidak ada kemudahan kenderaaan, tidak ada saguhati, tidak ada kemudahan penginapan, tidak ada kerahan agensi kerajaan untuk memenuhi stadium itu.
Menggagahi hujan yang lebat pada petangnya, berhimpit-himpit di padang dan tangga stadium sehingga tidak ada ruang sedikitpun untuk bergerak, tekun dan sabar serta bersemangat untuk solat berjamaah bersama pemimpin mereka, tekun mendengar ucapan sejumlah pemimpin dan penyokong kebenaran, menumpu perhatian kepada doa Mursyidul Am mereka, semua ini adalah ciri ke arah menyiapkan syarat kemenangan yang perlu dikekal dan dijadikan gelombang.
Inilah perbezaan dengan mereka yang berhimpun dengan cara pacingan wang, kemudahan pengangkutan yang ditanggung semua, acara hiburan yang mengelorakan nafsu, elaun poket yang dibayar tunai, peruntukan wang kerajaan yang dibelanja tetapi berselindung di sebalik justifikasi program agensi kerajaan.
Perbezaan inilah yang menggerunkan pihak yang melihat PRU13 sebagai “ibu segala pilihan raya”.
Kami berpendapat bahawa sementara sangat sukar untuk memperolehi kemenangan dalam kepungan sebuah sistem yang sudah dirangka sehingga tidak membenarkan ruang yang sama rata untuk berhujah dan bersaing dalam ruang demokrasi yang adil, namun tidak mustahil tsunami bakal berulang lagi.
Semangat dari kecintaaan kepada kebenaran Islam yang jitu walaupun dalam sekatan yang dianggap maha mencabar inilah yang akan menentukan kemenangan hakiki. Ia perkara kecil jika ALLAH sudah memutuskan bahawa bila kebenaran tiba, kebatilan pasti akan hancur.
Antara harapan dan yakin kepada ALLAH dan kerja keras inilah yang akan menjadikan perjuangan ini dirasai nikmatnya. Bagi mereka yang berpandangan dan beranggapan para pejuang Islam itu akan lelah dan kecewa sebenarnya akan jauh lebih kecewa kerana perjuangan Islam tidak pernah mati. Diperlaku sezalim mana sekalipun nafas perjuangan Islam tetap terus disambung.
Ikhwan Muslimin di Mesir sudah melalui babak yang jauh lebih pahit. Kini ruang terbuka dan dengan penuh istiqamah mereka meniti kemenangan sedikit demi sedikit dan selangkah demi selangkah.
Kami menyeru agar rakyat bersiap menempa zaman dan sejarah baru dengan gagah dan penuh bermaruah. Saatnya Putrajaya berada ditangan rakyat sudah tiba. -SH
Ulasan GB
Demikianlah, mereka yang beriman kepada Allah akan meyakini kemenangan Islam itu akan sampai juga bila tiba masanya.
Kebenaran dan keadilan akan tetap akan mengalahkan kebatilan dan kezaliman. itu sunnatullah.
Sudah seringkali GB tulis di dalam beberapa ulasan-ulasan GB yang lepas-lepas, ia nampaknya selari dengan nada kenyataan di atas.
Dan seperkara yang menarik perhatian GB ialah pengakuannya:

Ia sekaligus melenyapkan tuduhan jahat manusia yang bernama Muhyiddin Mohd Yassin yang menyataan peserta himpunan hijau mungkin dibayar.

Terimalah hakikat tiada benda yg kekal dlm dunia ini. tiori RAHMAN telah sampai kepenghujongnya.
BalasPadamMuhyiddin Yassin the mangkok ayun will forever be the mangkok ayun.. haa..haa...haaaa...haaaaayunnnn..
BalasPadamKita bukanlah perintis kepada perjuangan Islam ini. Namun, kita adalah merupakan mata rantai- mata rantai daripada perjuangan Islam yang telah dirintis oleh orang-orang yang terdahulu. Yakinlah bahawa mata rantai- mata rantai ini akan bersambung hingga ke Hari Kiamat. Di sana nanti, mudah-mudahan kita akan dapat berkumpul bersama-sama dengan para syuhada dan mereka yang berjuang dalam menegakkan Islam di mukabumi. Tiada apa yang kita inginkan melainkan keredhaan Allah di dalam apa yang kita usahakan di dunia ini. Wallahua'lam.
BalasPadamlu langsi lu mati
BalasPadamotak pemimpin umno tidak dapat menerima hakikat bahawa baik bersih 3.0 atau perhimpunan hijau di kedah adalah bukti dukungan rakyat walaupun tanpa bayaran, tetapi mereka tetap menuduh, semua ini dibayar. berapa kosnya? cakap2 ini adalah nada kecewa sebenarnya, mereka hairan bagaimana perhimpunan yang tidak dibayar rakyat sanggup turun? bagi pemimpin umno semuanya adalah duit belaka.
BalasPadamPARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO DAH TAK ADA SOKONGAN JADI MODAL MEREKA BUAT FITNAH & TUDUHAN MACAM-MACAM BILA MAU TARIK PERHATIAN RAKYAT ,RAKYAT BUKAN MACAM DULU SENANG DICCUK HIDUNG & JAI LMBU PAWAH DAA ! MELAINKAN ADA LAGI SIKIT-SIKIT BALANCE PENGAPU TOTOK KARAT BIRU FANATIK DAPAT UPAHAN SECIPUT DOK MENYALAK MERATA SERANG PARTI ISLAM & PR,BUAT KACAU & TUNJUK SAMSENG KAT CERAMAH-CERAMAH PR PASAL PDRM BUAT BUTA & PEKAK ! TAPI KALU PR BUAT KACAU COBA TENGOK CEPAT DAK MANGKU-MANGKUK BERTINDAK !
BalasPadamAku bawa kluaga ...duit minyak keta sndiri...makan mnum sendiri...beli tshirt hijau utk anak branak duit sndiri...derma lagi pakai duit gaji sndiri...tapi apa aku dapat....aku dpt kepuasan....aku bangga...semua aku buat aku brniat jadikan ibadah....paling teruja aku dan kluaga dpt solat berjemaah bramai2 diatas track yg basah... Dgn penuh kekusyukan dan kesyahduan... Aku yakin misi keputrajaya pasti jadi kenyataan...takbir Allahuakbar
BalasPadamWa nak komen sikit.
BalasPadamUmno fikir PAS macam diaorang. Semua duit. Kalau tak ada cucuk duit, sori lah nak gerak. Penyokong PAS bergerak atas dasar kesedaran dan kecintaan kepada perjuangan menegakkan syiar Islam.
Haram Jadah UMNO. Phuuiii!
nampak sangat mentaliti umno/muhyidin sama aje... asyik2 duit... duit... duit... sex... sex... sex... k-pop...
BalasPadamhahaha
jelas dan terang apa yang ada dalam pala manusia2 nih kan?
Ya allah kau terimalah perjuangan/pergobanan/jihad bapak aku sejak dari aku kenal alam ni sehinggalah sekarang yang kadang kala mungkin akan menjadi sombong and angkuh. Namun mungkin kerana teruja sangat kerana telah ramai orang membondong-bondong menyokong jemaah nya..amin..
BalasPadamTakbir... Allahu akbar... Semoga Rakyat dipelihara iman & kekuatannya. Sudah tibanya rakyat seluruh malaysia & melayu seluruh asean bangkit menentang Parti telunjuk Yahudi... Parti mana? Parti AMMNOR-ApCO....
BalasPadam