Melaka 1 Jun - Selepas dikurnia Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Tun Mohd. Khalil Yaakob mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga hari ini.
Istiadat tersebut bermula kira-kira pukul 4.30 petang apabila Mohd. Khalil melafazkan surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.... (petikan Utusan, 2/6/2012)
Ulasan GB
Dah kerana terlampau banyak memfitnah dan menyiarkan berita-berita yang tidak bersifat objektif dan adil, maka kini hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya.
Disasulkan tajuk beritanya dengan merendahkan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob sebagai Ketua Menteri.
Sama seperti kes sebuah stesyen TV swasta, TV3, yang sebelum ini pernah melakukan kesilapan yang apabila di dalam rancangan Buletin Utama, pembaca beritanya tersasul menyebut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Ketika itu begini GB ulas:
TV3, stesyen tv nombor 1 dalam negara yang kerap memfitnah dan memusuhi Pakatan Rakyat (PR). Akhirnya mereka sendiri akan "disilapkan" oleh Maha Pencipta. Berlaku bukan dengan kehendak mereka, tetapi kehendak Yang Maha Berkuasa.
GB sudah tulis banyak kali, bahawa, begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Mereka menyerang PR bertubi-tubi, tanpa disedari, natijah dari serangan itu, ia akan memakan diri mereka sendiri.
Sungguh bodoh mereka yang menegakkan kebatilan, menyembunyikan kebenaran. Hukum Tuhan hendak dilawannya.
SANG PEMUTAR & PEMFITNAH AKAN DIFITNAH & DIPUTAR SENDIRI OLEH KEBODOHAN SENDIRI,KEEGOAN SENDIRI,KERIAKKAN & KEBONGKAKKAN SENDIRI, ALLAHU AKHBAR !
BalasPadamDl akhirat nanti, Allah s.w.t akan membongkar segala penipuan dan fitnah yang telah mereka lakukan di hadapan manusia di Padang Mahsyar. Inilah yang dikatakan menjual akhirat untuk kepentingan dunia. Dapat sedikit tapi ruginya TERLALU banyak. Di dunia, mereka mungkin berasa SERONOK dengan apa yang telah mereka lakukan tetapi di akhirat nanti mereka PASTI menyesal tak sudah. TUNGGUUUU...
BalasPadamInilah bahananya kerana selalu menyiarkan berita tak betul dan sengaja melaga-lagakan rakyat.
BalasPadam