20 Mei 2012

[Bergambar] Tiba-tiba Ada Azan & Sujud Di Padang Kota Lama

Georgetown: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Gambar: Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud

Ia diikuti wacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, "
jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan. -HD



















13 ulasan:

  1. alhamdullilah,ramai yang datang.

    BalasPadam
  2. Mamak perkasa mesti sakit hati bila tgk perkara ini

    BalasPadam
  3. dlm keramaian manuasia berpakaian sopan, putih dan besih bersama alunan selawat keatas junjungan sampai air mata jatuh dlm x sedar..bertapa asyiknya...

    lokasi surau perwaja, gurun kedah..sebelum UAI ke p.pinang

    BalasPadam
  4. sapa yang terer cari muka gua dalam gambar tu.haha UAI punya psl,,lps asar gua dah bergegas ke pdg kota.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...Allahu Akbar!...sayu hati saya melihat nya...Ya Allah biar lah keadaan ini berkekalan dan bertambah baik lagi...Amin

    BalasPadam
  6. Alhamdullillah... ramai yg hendak berjinak dengan islam tapi kerajaan sekarang tidak pernah memberi peluang pada muda mudi untuk mendekatinya. terbukti apa yg dikehendaki oleh muda mudi sekarang. mereka lebih cenderung pada keagamaan jika diberi peluang. tapi apa yg dipraktikan oleh kerajaan BN sekarang yg berbau hiburan yg menyesatkan makin tenggelam. tunggulah masa dan ketika kepimpinan akan bertukar tangan.. ORANG MUDA GENG KITA...

    kopiahijau

    BalasPadam
  7. Takbirrrrr...syukur ke hadrat Ilahi...

    BalasPadam
  8. Antara perkara2 yg ana sering harap2kan & inginkan berlaku di Msia ni... teruskan, teruskan, teruskan..

    Ana ingin juga solat2 dilakukan di pantai2, di kebun2, di tapak2 pembinaan, di warong2 tepi jalan, mcm kat kbnyakan negeri Arab tu.

    Di luar sana masih ramai yg tak tau solat.. dampingi, ajar mereka dgn senyum.. mcm Ustaz Don kat tv Hijrah tu.
    Bila pulak TV, TV lain nak ajor solat dgn praktikal sekali. Kdng2 cakap aje tak faham le... esp bab masbuk, masbuk ni. Caye le..

    Mainkan perannan, mainkan peranan..

    Nabi saw pesan , solat, solat, solat, solat..... yg lain2 tu insyaAllah bereesssss..

    BalasPadam
  9. akak tau anak menakan akak budak bijak/pandai tapi liar merempit kat pulau,akak amat terharu bilamana jiran akak nampak dia solat kat padang kota.paling megejutkan mak ayah dia khabaq balik rumah cium tangan minta ampun terus sembahyang taubat.sekarang ni dah rajin pi sembahyang berjemaah,tak ponteng sekolah.subhanallah!!.

    BalasPadam
  10. Yg sakit hati tengok suasana spr ni, bole le kategorikan mcm geng2 abu jahal masa zaman Nabi saw dulu, tapi mana2 yg insaf & taubat & diberi hidayah lepas tu --> you're welcome by Allah swt sendiri, tak kire le yg kufur atau kafir.

    Pintu taubat & kembali pada Allah sentiasa dibuka olehNya , selagi lum sakratul maut. (nyampai menyampai aje apa yg Quran & Nabi saw kata)

    BalasPadam
  11. MasyaAllah rasa amat bersyukur hati ini. Selama ini Pdg Kota menjadi tempat muda-mudi bermaksiat.Alhamdulillah...PR telah memulakan ke arah yg positif.

    BalasPadam
  12. alhamdulillah...

    rasa nak mengalir air mata tengok keadaan pulau pinang skarang...

    n syabas to pimpinan dap!

    lawan terus lawan!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.