20 Mei 2012

[Bergambar] Program Ambiga Di Merlimau Diganggu Pemuda Liar. Dua ADUN DAP Jadi Mangsa

Program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga di Merlimau terganggu ekoran serangan oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga dihadiri sekumpulan pemarah yang tidak berpuas hati, menurut malaysiakini.

ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong berkata kumpulan pengacau itu menyerangnya dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew apabila mereka meninggalkan tempat acara itu.

"Batu dan telur mengenai kereta kami. Cermin depan anggota kami turut pecah," katanya.

Salah satu daripada tayar kenderaan Tey juga dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Merlimau.


















3 ulasan:

  1. Itulah Malaysiaku. Negara paling selamat.

    BalasPadam
  2. nasib baik kereta tu xterbalik mcm kereta polis kat K.L... Kira pendemo BERSIH ligi liarla dari pemuda di Merlimau

    BalasPadam
  3. Salam GB
    Sudah nyata dan jelas, UMNO sudah hilang kredibilitinya sebagai sebuah parti melayu yg wibawa. Mempergunakan geng2 haram ini dengan melakukan kerja2 jahat sudah melambangkan UMNO tidak ada political milleage untuk membolehkan rakyat menyokong mereka. Hanya mempergunakan budak2 haram jadah untuk menakut2kan rakyat nyatalah semakin hari semakin dekat yg UMNO akan dikuburkan. Kini budaya jahat sudah meresapi dan menular UMNO, sebuah parti melayu yg hanya ada melayu haram jadah yg hampas..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.