KPN: Kes culik tidak berleluasa, cuma disensasikan
MELAKA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai tidak tersalah sangka seolah-olah kejadian culik berleluasa di negara ini sehingga keadaan tidak terkawal.
Katanya, laporan akhbar tentang satu dua kes yang berlaku kebelakangan ini telah disensasikan berikutan orang ramai yang suka membaca laporan itu.
Sehubungan dengan itu, tiada keperluan menubuhkan pasukan petugas khas untuk kes culik, kata beliau.
"Penting saya jelaskan, jangan anggap satu dua kes (yang dilaporkan) dah merosakkan, kita tak selamat, anak kita tak selamat, ini tidak betul," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Negeri, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kebimbangan orang ramai berhubung kes culik - terbaru seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 16, yang dilaporkan diculik di Kuantan, Pahang pada Ahad lepas.
Sebelum itu, pada 30 Januari lepas, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berasal dari Shah Alam dilaporkan diculik oleh sindiket pelacuran antarabangsa dan dilarikan ke Thailand.
Remaja itu bagaimanapun berjaya dibebaskan oleh polis Thailand dan dihantar balik ke sini dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Pada 1 Mac lepas, seorang kanak-kanak, Nurul Nadhirah Abdullah, 5, ataupun dikenali sebagai Dirang yang sebelumnya dilaporkan hilang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai, Johor Baharu pada 8 Mac.
Menurut Ismail ketua-ketua polis negeri boleh menangani masalah itu termasuk laporan pasukan penyiasatan dari negeri berkenaan berhubung kes itu.
"Saya yakin kes di Johor dah diselesaikan dan yang terkini (di Pahang), tunggu satu, dua hari, ada berita baik untuk semua," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan menjalankan siasatan secara terbuka berhubung dakwaan wujud elemen rasuah melibatkan anggota polis dalam aktiviti "bookie" bola sepak di Johor.
Beliau mengulas laporan media semalam berhubung dakwaan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak negeri Johor (PBNJ) bahawa anggota polis terlibat dalam aktiviti menentukan perlawanan atau bookie bola sepak.
Baginda meminta polis Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu. - Bernama
Ulasan GB
Apa maksud "jangan sensasikan"?
Bukankah setiap kehilangan perlu dihebahkan dengan menyebar poster kehlangan untuk menjejaki mangsa? Bukankah tugas itu juga dilakukan oleh pihak polis selama ini?
Apakah kerana hendak menyelamatkan airmuka menteri yang menyatakan negara Malaysia paling selamat dalam Asia Tenggara maka KPN harus bertindak untuk melarang berita penculikan dan kehilangan rakyat supaya jangan disensasikan? Jangan hebahkan? Jangan sebarkan poster? Jangan cari orang hilang lagi? Biar yang hilang itu hilang? Biar yang mati itu mati tanpa pembelaan?
Pelik!

Lagi gadis dilapor hilang di Pahang
KUANTAN - Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut.
"Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis dialog usaha memerangi jenayah bersama penduduk Taman Tas, dekat sini, malam ini.
Beliau berkata pihak polis masih menyiasat kes berkenaan.
Sementara itu, ibu remaja berkenaan, Norazlina Osman, 47, ketika ditemui di rumahnya di Taman Koperasi, Jerantut berkata anak bongsunya itu keluar bersama seorang rakannya, Norsyazwani Mazlan, 15, dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 8 malam Isnin lepas.
"Sehingga 11.30 malam itu, Nornabila masih tidak pulang ke rumah, rakannya Norsyazwani ketika dihubungi memaklumkan yang dia telah menghantar Nornabila pulang sebelum itu," katanya.
Norazlina, berkata usaha mencari Nornabila termasuk menghubungi telefon bimbitnya turut dilakukan tetapi gagal.
"Pada 8.04 pagi tadi, satu pesanan ringkas (SMS) telah dihantar daripada telefon bimbit anak saya memaklumkan yang Nornabila selamat," katanya.
Pada Ahad lepas, seorang remaja perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilaporkan hilang disyaki diculik di Taman Tas, Kuantan.
Bagaimanapun gadis yang dikatakan diculik itu sebenarnya mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. - Bernama
Ulasan GB
Apa maksud "jangan sensasikan"?
Bukankah setiap kehilangan perlu dihebahkan dengan menyebar poster kehlangan untuk menjejaki mangsa? Bukankah tugas itu juga dilakukan oleh pihak polis selama ini?
Apakah kerana hendak menyelamatkan airmuka menteri yang menyatakan negara Malaysia paling selamat dalam Asia Tenggara maka KPN harus bertindak untuk melarang berita penculikan dan kehilangan rakyat supaya jangan disensasikan? Jangan hebahkan? Jangan sebarkan poster? Jangan cari orang hilang lagi? Biar yang hilang itu hilang? Biar yang mati itu mati tanpa pembelaan?
Pelik!
bodoh tol...kes hilang kenalah sensasi kan..kalau tak orang tak tau...ni kes rumah tangga orang takper pulak ko biar sensasi...bahlol.
BalasPadamnegara selamat cara BN tak siar atau tipu laporan...
BalasPadamdasar penyamun perintah negara?
BalasPadamkalau tak pandai kerja dan tak tahu kerja, memang tak mahu orang tahu kebodohannya
BalasPadammangkuk hayun! camtu plak kan....so yang diculik, yang menjadi mangsa terus tak terbela la yer....apa punyer dasar laaa.......
BalasPadaminilah lah yang berlaku bila hak kemanusiaan asasi penjenayah lebih diutamakan daripada mangsa jenayah.......
ape yang ko merepek ni labu.ko ni macam tak nak siasat/buat kerja kes orang hilang je. Aku ada bukti.Kes sharlinie, nurin jazlin dan lain lain , mana penculik tu ko tangkap.Pastu ko cakap jangan sensasikan orang hilang.Haiila ! nasib rakyat Malaysia para penguasanya Ngok belaka
BalasPadamAnon March 23, 2012 7:59 AM - bagi la bukti tu kat polis, senang boleh siap cepat...IC ilang pun ko report polis suruh cari; ni lom org curi kambing...kalau nak komen pun agak2 lah...
BalasPadamsebab tak disensasikan kes orang hilang maka rakyat tak tahu, lepas tu PDRM dengan bangga buat kenyataan bahawa kadar jenayah turun, inilah dia NKRA = Nak kelentong Rakyat Aje
BalasPadamTolak Barisan Nasional
BalasPadamangkat Pakatan Rakyat.