Bapa Dirang Diusir Ke Negara Asal, Tidak Terlibat Kes Bunuh Anak
JOHOR BARU: Bapa kandung Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anak perempuannya itu didapati tidak terbabit dengan kes itu.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan bagaimanapun mendapati lelaki berusia 30-an yang merupakan warganegara Filipina itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini.
"Kita telahpun kemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP)dan arahan telah dikeluarkan supaya dia diusir ke negara asal secepat mungkin," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.
Beliau sekali lagi menegaskan individu yang terlibat dalam kes pembunuhan Dirang kini telahpun berada dalam tahanan polis dan tindakan pendakwaan akan dilakukan secepat mungkin.
Katanya polis kini masih menunggu beberapa laporan daripada Jabatan Kimia untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada TPP untuk tindakan lanjut.
Katanya tiga suspek berkenaan yang berumur lingkungan 30-an termasuk seorang wanita, yang kesemuanya penagih dadah juga akan dibawa ke mahkamah pada Sabtu untuk mendapatkan lanjutan perintah tahanan reman.
Nurul Nadhirah ataupun dikenali sebagai Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu.
Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di kawasan flat kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
Berikutan kehilangan mangsa, polis menahan tiga orang jiran mangsa yang merupakan penagih dadah dan bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Ibu Dirang Bimbang Bekas Suami Mungkin Dihantar Pulang Ke Filipina
JOHOR BAHRU: Roselyn Alan telah menerima dia tidak lagi berpeluang melihat anaknya Nurul Nadirah Abdullah namun kebimbangannya kini adalah bapa kanak-kanak itu mungkin akan dihantar pulang ke negara asal, Filipina.
Jika perkara tersebut berlaku, ia akan memberi tamparan hebat kepada seorang lagi anaknya, Mohd Hafiz yang berusia enam tahun.
Anaknya, Nurul Nadirah Abdullah yang juga dikenali sebagai Dirang dibunuh dan mayatnya dibakar sehingga rentung, yang dilaporkan mengenai kehilangannya pada 1 Mac ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya.
Roselyn, 25, berkahwin dengan suaminya warga Filipina di Sabah pada tahun 2005 namun bercerai selepas tiga tahun.
"Saya berharap dia tidak akan dihantar pulang kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia dan dia tidak mempunyai ahli keluarga lain di Filipina," katanya, mengenai lelaki yang ditahan kerana disyaki sebagai salah seorang suspek dalam Nurul Nadirah yang berusia lima tahun.
"Dia sering berjumpa dengan Dirang, dan abangnya dari Rawang untuk meraikan hari lahir mereka dan membeli mereka permainan," kata Roselyn, sambil menambah bekas suaminya itu sering berkunjung setiap dua bulan.
“Dia tahu Dirang suka makan kek. Dia selalu belikan kek kesukaan Dirang setiap kali datang melawat anaknya,” katanya, yang menggambarkan bekas suaminya sebagai bapa penyayang.
“Saya yakin dia tidak bersalah. Tidak kira dianggap sekejam mana pun oleh orang lain terhadapnya, saya tidak fikir dia akan menyakiti anaknya sendiri,” katanya, sambil memberitahu masih sedih akan pemergian Nurul Nadirah namun menerimanya sebagai ketentuan takdir. -mstar
Bekas tentera ditahan ugut ibu Dirang melalui SMS ditahan
Polis menahan seorang bekas anggota tentera yang dipercayai membuat ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap ibu Dirang, kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh dan dibakar di Masai, Johor.
Lelaki berumur 45 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Pulai Chondong, Machang dekat Kota Bharu kira-kira jam 3 pagi tadi.
Dia dipercayai menghantar SMS untuk mengugut Roselyn Alan, 25, bagi membuat pembayaran sebanyak RM10,000 kononnya bagi mendapatkan semula Dirang yang dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli makanan di sebuah kedai berhampiran rumahnya.
Khamis lalu, kanak-kanak itu disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA mengesahkan mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai, Masai adalah mayat Dirang atau nama sebenarnya Nurul Nadirah Abdullah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis menemui tiga buah telefon bimbit di rumah suspek dan siasatan lanjut mendapati sebuah daripada telefon tersebut telah digunakan bagi menggugut Roselyn.
Sebelum ini polis Johor telah meminta kerjasama polis Kelantan bagi mengesan suspek yang dipercayai berada di Kelantan.
"Lelaki itu telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan kita akan menyerahkan kes ini kepada polis Johor untuk tindakan selanjutnya," kata Jalaluddin kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
Beliau berkata suspek merupakan duda yang mempunyai dua orang anak dan bekerja sebagai buruh binaan setelah dipecat dari tentera kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan kes dadah di mahkamah.
Dia ditahan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 kanun yang sama kerana membuat ugutan jenayah, yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Beliau berkata suspek dipercayai cuba mengambil kesempatan dari kes kanak-kanak itu terhadap keluarga mangsa semasa membuat ugutan berkenaan.- Bernama
Bapa kandung Nurul Nadhirah Abdullah tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini - PATI. So macamana boleh nikah, boleh daftar kelahiran anak, anak dapat sijil lahir ?
BalasPadamBiarlah anak dia dapat sijil lahir.. emak nya orang Malaysia... Apa masalah kau?
BalasPadamDah jodoh.. nikah lah.. sekali lagi, apa masalah kau?
kan dah di bintikan dgn Abdullah.
BalasPadamso dah ada jawapan kt situ.
sebagai org islam, bila nikah, cukup syarat n yg wajib. sah dan halal lah pernikahan itu. cuma perlu paper work la utk memenuhi undang2. takde lah susah di kemudian hari.
Dadah, dadah, dadah . Memang masaalah. Aku sokong pembawa & pengedar klu dibuktikan bersalah dihukum mati.
BalasPadamAku cadangkan penagih2 dimasukkan dlm pusat2, yg mula2 sekali masa masuk , mandikan & beri minum air yasin sebanyak2nya, biar kasi muntah sebanyak2nya.
Lepas tu ajar ngaji, solat dll , + ilmu kemahiran hidup, mudah2an jadi hamba Allah yg komited.
insyaallah semua ini tidak akan berlaku jika hudud dijalankan...dah terbukti peraturan buatan manusia ini penuh dengan cacat cela. harap anak kecil ini ditempatkan bersama dengan orang2 yg beriman. amin
BalasPadammak dirang tu kawin dgn pati lah tu.. tak fikir masa depan.
BalasPadamperempuan selalu ikut perasaan saja tak ingat masa depan, kawin dgn pati kan banyak masalah, macam kes yg dibawa lari ke lombok. lepas kawin cerai mungkin sebab suami tak dpt sara keluaga, bila bercerai, akibatnya anak2lah jadi mangsa.
saya pun setuju dgn abu, macamana kawin dgn pati boleh daftar perkahwinan. tapi tak apalah jika perkahwinan tu sah macam org kahwin kat siam, kena daftar jugak di malaysia untuk tujuan mendptkan sijil lahir anak.
sekarang ada syarat baru nak nikahkan anak sulong, kena submit sijil kahwin ibubapa sebab nak buktikan bahawa anak itu adalah anak yg sah drp ibubapanya. Islam sgt mementingkan nasab. ada org cakap kejadian gejala sosial yg teruk dlm masyarakat kita hari ini adalah mungkin disebabkan nasab keturunan yg haru biru, yg tak layak jadi wali jadi wali cthnya.