17 Mac 2012

'Jangan Sampai Adat Susahkan Urusan Kahwin'

Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa berhutang."

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu.

“Soal nikah kahwin dalam Islam adalah perkara yang amat digalakkan dan boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas kahwin 'cincin besi'.

“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, bakal pengantin dan keluarga sepatutnya hanya memikirkan belanja mas kahwin dan jamuan untuk tetamu sahaja.

Budaya Melayu yang mahu ditonjolkan katanya, menunjukkan banyak duit tapi pada hakikatnya banyak antara masyarakat yang terpaksa berhutang.

"Kita lihat banyak pameran perhiasan, pintu gerbang perkahwinan yang sengaja dibuat-buat sedangkan ia memakan banyak belanja," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika tidak kena caranya, si suami mungkin terpaksa mengambil semula mas kahwin dan berhutang dengan isteri kerana mahu melangsaikan pinjaman persiapan majlis perkahwinan.

"Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak,"
katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara ini.

Katanya, sindiran sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana Kelantan juga negeri dalam persekutuan Malaysia yang sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain.

"Kalau kita berkereta ke sempadan Terengganu di Bukit Yong, Pasir Puteh, kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana duit yang dibelanjakan kerajaan persekutuan bukannya milik 'mak bapak' mereka.

"Sebab tu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan seperti royalti minyak yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesenpun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti," katanya. -SH

Ulasan GB

GB amat bersetuju dengan teguran TG Nik Aziz.

“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,”

Malah bukan sahaja "menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut" lebih teruk dari itu, pasangan boleh terjebak dengan perbuatan maksiat apabila gagal untuk menempuh lautan kesabaran apabila dilanda ombak percintaan dan gelora nafsu.

Itu sebab mengapa Rasulullah pernah bersabda:

Yassiru wa la tu 'assiru
Bashiru wa la tu naffiru


Permudahkan dan jangan dipersusahkan
Gembirakan dan jangan menakutkan. Sahih Bukhari & Muslim

14 ulasan:

  1. Kawan saya tu
    Anak bertunang dah setengah Juta RM
    Belum khawin lagi

    BalasPadam
  2. hm. pastu bertunang pulak guna duit rakyat.

    BalasPadam
  3. salam

    sebab tu lah zina lagi mudah dari kahwin
    zina tal perlu gi kursus
    tak perlu mas kahwin
    tak perlu duit belanja
    tak perlu hantaran

    tapi dapat ape yang orang kahwin dapat

    BalasPadam
  4. Kawan Anon 9:10AM tu xpe lerr.. sebab bukan dia sorang yg kuar belanja.. dia kutip derma seluruh m'sia sejak 50 tahun dulu lg.. hehe

    BalasPadam
  5. kawan lu memang teruk... dah ler pakai duit lu, duit wa, duit GB, duit kita semua... kah kah kah

    BalasPadam
  6. org melayu ni terikut budaya mana tak tau, ber-beran-beran, jenis makanan berbagai cenderahati pulak macam2, dlm beg segala mak nenek, pen ukir nama pengantin lah dan macam2 benda yg remeh temeh, sanggup keluar belanja mahal, kadang2 org buang aja, membazir bukan sedikit. alangkah baiknya jika duit yg dihabiskan kpd benda2 membazir tu disedekahkan kpd rmh anak yatim ka atau org yg memerlukan.

    cenderahati macam bunga telur dan macam2 tu, sapa yg untung? kedai cina yg jual lah untung, asyik direka fesyen baru, kalau ikut trend, mati.

    macamana nak didik masyarakat supaya mengutamakan yg wajib dan membuang budaya membazir dan menunjuk2. kalau sampai berutang lagilah tak ada otak, nak mulakan hidup rmhtangga baru dgn pemulaan yg membebankan.

    BalasPadam
  7. sikap orang melayu suka meniru2, nak2 tiru artis2...kawin serba-serbi nak glamor....tak masuk akal betul....tak per lah kalau artis tu berduit....orang2 kampung tengok tv artis kawin nak ikut jugak glamer gitu....macam anon 11:07 kata, yang untung ca-ya-nun-alif...tengok saja kedai2 di nilai 3.......

    dah la tu, door gifts kengkadang tu ntah hapa2 di-isi dalam beg atau kotak....sampai rumah, buang jadi sampah...tak ke membazir gitu? melayu jenis cetek ugama yang selalunya byk buat gini....

    BalasPadam
  8. anon 11:07am,
    tu bukan budaya la ngok... x salah kan kalau bagi hadiah kat org, kerana menghargai kedatangan kenduri kita..
    kalau x tau, tanya..

    BalasPadam
  9. setuju sangat, tak perlu pembaziran , nikah, mas kahwin dan jamuan saja pun sudah mencecah rm15000.00....tak perlu doorgifts..harga beg , rm1.00, belum lagi isi didalamnya. kalau rm5.00 x 1000 tetamu=Rm 5.00 utk doorgifts sahaja.
    memang selalunya doorgifts ini bukan boleh digunakan pun...nak simpan pun tak ada tempat (cawan2 kecil, kotak2 kecil, bunga telor dll), akhirnya buang saja

    BalasPadam
  10. nak buat mcm mana sahabat2.adat yang lebih melingkari masyarat berbanding agama.terlalu nak menunjuk2 yang akhirnya membebankan diri sdr.kesian tngok kawan2 lelaki yang kene kerja keras nak kumpul duit.kalau xckp memang membujangla sampai tua dan yang diidamkan terlepas ke tangan orang.

    BalasPadam
  11. melayu biasa la .. stupid

    BalasPadam
  12. setuju dengan Tuan Guru Nik Aziz. perkahwinan itu sah dengan hanya memenuhi 5 rukun ini: bakal suami, bakal isteri, wali, 2 orang saksi, ijab & kabul. adat itu hanya benda sampingan sahaja. tak perlulah sampai berlebih-lebihan. kalau saya ni orang kaya sekalipun, saya lebih rela adakan majlis perkahwinan yang sederhana saja.

    BalasPadam
  13. Teman paling suka kalau tuan rumah kenduri bagi hadiah cawan atau mug .. kat rumah teman boleh guna buat minum air, letak sudu dan garpu atau letak alat2 tulis.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.